Monday, October 18, 2010

Bertuah?????

aku dah lama nak cerita pasai bertuah ni....pasai ada seorang sahabat kata aku ni bertuah....tapi akupun tak tau bertuah dari sudut yang mana.......dan kalau betui aku ni bertuah........syukur Alhamdulillah.....

kalau nak cakap pasai tuah ni...bagi aku semua orang yang lahir kat muka bumi ni ada tuahnya masing-masing..........tuah setiap orang berbeza antara satu sama lain....semua ada pro & kontranya....

ada yang bertuah dilahirkan kaya tapi mungkin hidup kesunyian...ada yang lahir dalam keluarga yang kurang berada tapi bertuah ada keluarga yang bahagia...mungkin ada yang belajar tak tinggi tapi bertuah pasai mampu ada simpanan yang banyak....mungkin jugak ada orang yang bertuah berjawatan tinggi tapi kewangan selalu tak mencukupi....

jadi tepuk dada tanya selera.....:P...mungkin kita semua ni bertuah cuma kita je yang tak nampak....bagi aku pulak aku bersyukur dengan rezeki yang ada...aku bersyukur mempunyai keluarga yang bahagia (walaupun selalu bertengkar...adatlah tu kan, gaduh2 sayang)....dan aku bersyukur dapat ditemukan jodoh dengan lelaki yang baik.....Alhamdulillah

1 comment:

Jamiel said...

Tuah orang kita nampak,
tuah sendiri tak perasan..
Yang penting kita bersyukur..