Thursday, August 4, 2011

PDR & PERS - STRATEGI UNTUK KURUS

Tadi blogwalking kat blog si penganjur PERS si manis nadia mengenai strategi untuk kurus, macam-macam strategi si nadia rancang dan aku akui tanpa perancangan yang kuat memang sesuatu usaha itu akan menjadi sia-sia.


Aku sendiri pernah melalui bermacam-macam pengalaman untuk kurus. Kadang-kadang tu perasaan memang membuak-buak untuk kurus. Masa tu usah cakaplah memang aku jaga makan betul-betul dan aku akan pastikan aku bersenam setiap hari tak pernah miss. Dan hasilnya memang boleh dibanggakan aku jadi kurus, masa tu aku tak perasanpun yang berat aku dah turun sehingga seorang teman menegur yang aku dah nampak kurus. Bila member dah cakap macam tu barulah aku timbang berat dan ternyata angka tu memang berubah. Berat yang paling rendah aku pernah capai adalah 58kg.


Tapi bila dah kawen ni berat naik balik, mungkin disebabkan aku ni tak jaga makan sangat. Senaman memang tak pernah miss tapi heran pasai berat tak turun-turun. Sekarang barulah terpikir ni mesti penangan makan nasi lemak @ roti canai setiap sabtu ngan ahad. Bila berat dah mencanak naik baru mengelupur nak kuruskan balik, kalau tak memang keje aku melantak jelah, seolah-olah esok dah tak jumpa makanan lagi….hehehehehe
Sempena bulan puasa ni aku bangkit dengan azam yang baru, aku ingin menjadi orang yang baru. Aku nak singkirkan lemak2 yang ada. Sebelum Allah masih belum mengurniakan aku zuriat aku berazam nak kurus dulu, supaya nanti kalau dah mengandung senang untuk aku pantau pemakanan aku dan beratpun tak adalah naik banyak sangat….:D


Aiyoooo dah panjang rupanya aku melalut ni, tapi strategi aku nak kurus tak cite-cite gak lagi. Okeylah meh aku nak bagitau sikit apa strategi yang perlu aku buat untuk kurus.



1. Setkan Jangkamasa Untuk Kurus – done!


Yang ini paling aku pentingkan, sebab kalau kita tak letakkan target nanti ibarat macam tak ada arah pulak, terumbang ambing kata orang dan boleh menyebabkan kita lalai apa tujuan asal kita berdiet.


(target aku nak dapatkan berat idaman 50kg dalam masa 3 bulan)




2. Stop Makan Nasi, Benda Manis & Fast Food (dlm tempoh berdiet)- done!


Sepanjang puasa ni nasi memang aku kena ambil pasai tu untuk tenaga aku sepanjang hari, nak-nak tiap petang aku bersenam, kalau tak ada tenaga aku takut nanti aku jadi lemah. Tapi aku hadkan pengambilan nasi kalau sebelum ni makan separuh kali ni aku hanya amik 1 senduk nasi je bersamaan dengan 3x suap. Dah habis puasa nanti barulah aku akan stopkan sementara nasi ni dan gantikan dengan makanan yang tinggi protein.




Benda manis dan fast food memang tak menjadi masalah sebab aku memang boleh kawal nafsu untuk makan semua tu.








3. Senaman 30 minit setiap hari – done!




Ini memang aku amalkan, kadang-kadang tak dapat pergi hari-hari tapi make sure akan buat senaman 3 kali seminggu. Jadi ini tak menjadi masalah buat aku.






4. Jangan Putus Asa




Apa-apa yang kita nak haruslah jangan berputus asa. Kalau minggu ini berat kita tak ada perubahan masih di angka lama kita kenalah positif dan pikir balik apa yang kita makan hingga menyebabkan berat kita tak turun.




(aku memang ada sediakan buku nota kecil dan akan catit apa yang aku makan setiap hari)


dan akhir sekali..........




5. Beli baju kecik 1 inci dari saiz kita yang sebenar – done!




Baju raya kali ni memang aku beli yang lebih kecik skit. Tujuan aku buat macam ni supaya menjadi motivasi untuk aku kurus. Nanti aku boleh beringat skit kalau badan tak kurus nanti tak dapat pakai baju raya yang cantik itu!





Aku rasa ini jelah strategi yang aku buat, dan kepada semua kawan2 PERS & PDR selamat maju jaya, semoga kita semua dapat berat badan yang kita idamkan. Semoga raya ni semua boleh melaram sakan la ye..:D







P/s: kesemua gambar adalah sumber dari google





















4 comments:

N a d i a said...

wow wow!

strategi yang mantap juga ni! Nak ikutkan, Azrin kiranya dah follow strategi ni.. saya pon belom buat lagi tang exercise tu. hhuuh..

dan betul, kena ada diari / buku kecil tentang catatan perjalanan harian kita ke arah menjadi lebih sihat ni.. macam saya, saya peruntukkan satu blog khas untuk mencatat apa yang saya makan / aktiviti senaman yang dibuat bagi tujuan pemantauan =)

Dan.. satu strategi dari Azrin saya perlu cilok iaitu membeli satu baju lebih kecil dari saiz sebenar.. itu saya akan buat!


Sama-sama kita berusaha untuk capai target yeaa.. =)

All the best untuk result Minggu 2!

azrin_zelina said...

Hehehe, itu yang lin belajar...kalau nak kurus beli baju yg lebih kecil dari saiz sebenar...baru ada semangat berkobar2....dulu lin penah g slimworld, org kt sanalah bg petua mcm ni...hehehe

HaLiMaTuN SaAdIaH said...

saya malas nak catit dalam buku..maka saya guna myfitness pal sajork..senang sikit sebab dia tolong kira sekali calories...

anyway, samalah target kita:) heheheh..mari berusaha :)

azrin_zelina said...

Halimatun : Myfitness pal tu amik kat mana??