Monday, August 8, 2011

Jalan Ke GIANT!

Bila bulan puasa aku lagi suka keluar soping waktu malam, lepas berbuka. Pergi waktu macam ni sejuk sikit dan kalau penat boleh minum…:P

Sejak duduk jauh ni jarang sangat dapat bawak mak keluar beli barang dapur, bila ada peluang macam ni barulah boleh bawak mak jalan-jalan, sambil jalan cari barang sambil tu boleh cuci mata sekali, bak kata orang omputeh window shoping..hehehe



Sekarang ni pergilah mana-mana pasaraya kuih raya mesti belambak dah jual, cepat betuil dorang ni jual biskut rayakan. Aku tak beli kuih raya tahun ni, semalam dah bincang ngan mak nak ajak mak buat kuih raya sama-sama. Lagi 2 minggu aku balik puchong barulah operasi kuih raya akan bermula. Aku nak buat kuih yang simple je yang penting kena buat kuih raya yang encik suami suka.


Barang-barang untuk buat biskut rayapun dah banyak yang dijual. Awal-awal macam ni memang eloklah beli barang-barang ni semua, nanti bila dah hujung-hujung semua barang-barang dah abis. Takut nanti cita-cita nak buat biskut raya hanya tinggal angan-angan jelah...:P


Si puan empunya blog sedang leka survey harga sabun basuh...^_^

Kami yang sedang berbincang nak beli barang apa…hehehe, tak adalah kami berbincang sebenarnya nak beli tepung gandum berapa kotak….last2 mak buat keputusan untuk beli sebanyak………………..tengok kat bawah ni!

5 kotak ye, dalam tu ada 1kg x 10 peket...harga memang murah time kami beli ni RM18.89 tapi kena bawak keratan kupon dalam paper baru boleh dapat harga macam kat atas tu...:P


* stok tepung dah ada, tak sabar nak memulakan operasi membuat kuih raya...:P

2 comments:

Mia-Ina said...

tu dia tepung gandum..watpe2????

azrin_zelina said...

Mak saya berniaga, jadi tepung tu untuk berniaga dan jugak tok buat kuih raya...hehehe