Tuesday, August 2, 2011

Shoping baju raya

Hari ni baru hari pertama puasa dah sibuk nak cerita pasai baju rayakan..:P
Saje nak jaja cerita kat sini biar semua orang tahu yang aku dah beli baju raya...hehehehehe

Kami pergi jalan tar sabtu lepas, MasyaAllah dia punya jem usah cakaplah. En lalingpun aku tengok dah wat muka bosan. Risau gak takut mengganggu mood nak shoping nanti.

Lepas sejam barulah kami dapat parking tau, tupun open parking RM10 per entry, kalau nak parking dalam sogo tu memang tak adalah dan kebetulan hari tu ada sogo card, manusia punyalah ramai beratur nak masuk sogo tau. Fuhhhh aku tengokpun pening..:D

Lepas dah parking semua kami menuju ke First Lady nak cari baju raya aku....beli ready made sudah tak koser lah aku nak tempah2 ni, beli yang dah siap senang....nasiblah badan aku ni jenis senang nak cari baju...


Budak kecik nipun ikut jugak, mula2 mood dia memang baik lepas tu dah ke laut....yang tak boleh bla siap yak lagi tu...aduhai budak kecik, terpaksalah ibunya tumpang tandas kat anw tukar pampers dia.


Kami yang begitu kusyuk memilih baju, rambang mata dibuatnya pandang itu cantik pandang ini cantik...kalau boleh semua nak...mau rabak poket laki aku...:P


Mula-mula tu aku nak ambil 2 pasang baju kat sini, tapi bila pikir2 balik tak maulah baju kurung moden banyak sangat, pasai kat opis aku lagi selesa berbaju kurung biasa.

Lepas dah try segala bagai, aku buat keputusan nak ambil sehelai jelah baju kurung moden warna soft pink.


Dari First Lady kami ke Gulatis pulak, misi mencari baju raya seterusnya...poyo je ayatkan.


Kat sini aku berjaya merembat 2 pasang baju kurung biasa, kainpun sedap hargapun sedap gak pasai ada sale kan. Memang puas hati tapi yang paling aku rasa puas hati sebab baju yang aku rembat tu saiz S okey, wah macam tak caya je aku leh masuk baju saiz s...biar betui...:P


Sale sana sini, tengok harga memang rambang mata..tapi kenalah berbelanja mengikut kemampuan kita kan...:D


Encik laling akupun dah sattle beli baju raya, 3 helai t-shirt berkolar dan sepasang sandal raya beli dekat kedai2 kat campbell tu, kasut dia tak perlu beli pasai kasut hantaran tupun dia tak pakai lagi, raya tahun ni dia pakai kasut tu jelah. Lega rasanya bila semua dah sattle, tinggal aku je nak cari kasut raya.



*bersambung

5 comments:

Popoi said...

nice entry~~ semangat nk raya kn,, hee

amal said...

huu syoknye shopping.. saya dan husband nanti recycle baju kawen je nanti ehe

azrin_zelina said...

popoi : hehehe,raya tahun pertama sebagai isteri tu semangat lebih..:D

amal ; lin pun nak recycle baju nikah gak, tp kena dietla pasai dah ketat...hehehe, jadi kena amik langkah awal la beli baju baru

N a d i a said...

Oooo.. tahun pertama beraya sebagai isteri kee azrin? Memang excited gitu!


Tak boleh tahan dah siap beli baju raya.. dapat saiz S?? Jeles jeles!

azrin_zelina said...

Nadia : A'ah thn pertama, hehehe...walaupun baju tu saiz s tp tpp nampak badan berisi bila pakai,tu kena diet..:D