Wednesday, August 10, 2011

Carta Kuih Raya

Time raya memang seronok. Kalau pergi beraya tu macam-macam jenis kuih raya ada, ada yang moden dan tak lupa juga yang tradisional.

Macam aku, aku lagi suka kuih raya yang tradisional. Mungkin sebab perubahan zaman dan peningkatan umur kot, tu yang suka makan kuih tradisional lak sekarang ni, nak-nak kalau dapat makan kerepek…fuyooo memang best, tak ingat dunialah nampaknya…(rosaklah diet time raya ni)…:P

Okey, nak tau apa kuih @ biskut raya yang menjadi pilihan aku, moh nengok carta kuih raya yang aku…hehehe, gedik nak bercarta-carta bagai…:P

Tempat Pertama:


kuih ros @ kuih goyang

aku memang hantu dengan kuih ni, kalau makan tu memang boleh jadi lupa diri,...aku akan kunyah dan terus mengunyah tanpa henti tau. Silap-silap boleh habis satu balang...eh, itu tipu ye..:P

Tempat Kedua:

Tart Nenas Gulung

Inipun aku suka juga.. Aku paling suka tart nenas hasil tangan along..memang sedap, dia punya lembut, rasa nenas tu semua cukup....alamak hai meleleh air liur bila teringatkan tart nenas along...Along tolong buatkan untuk aku, aku nak order 50biji.


Tempat Ketiga:



Kerepek Pisang

Kalau dapat pisang tanduk @ pisang nangka lagi aku suka. Adik ipar aku ajar kalau nak kerepek pisang yang sedap dan cantik kekuningan letak sikit marjerin masa menggoreng pisang tu..Fuh memang mabeles, sedap tau...



Tempat Terakhir:






Kuih Tiram @ lidah jin

kuih nipun menjadi salah satu kegemaran aku, sedapkan kawan-kawan. Tapi kuih ni tak boleh makan banyak lah sebab dia manis.



Ini jelah kuih kegemaran aku, yang lain-lain tu biasa-biasa je. Kalau kuih moden ni aku jadi tak berapa suka sangat, pasai muaklah. Sebab tulah aku jarang order kuih raya kat kengkawan. Kalau belipun sebab aku kesian makannya idok..:D



*Gambar-gambar sumber dari google


3 comments:

Bella said...

Saya suka makan kuih bahulu , kuih rotan dgn almond london.. hehehehe.. Nak menyebuk kat sni...

azrin_zelina said...

Bella:
sharing is caring, hehehe...bahulupun sedap gak...

Mia-Ina said...

semua kuih yg disenaraikan tu mia suke..plg suke tart nenas..