Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi, aku bersyukur padamu Ya Allah kerana masih lagi memberi peluang untuk aku merasai kedatangan Ramadhan. Bulan yang sangat mulia, bulan yang penuh dengan amal ibadah dan bulan yang penuh dengan ganjaran.


Selamat berpuasa buat semua, semoga puasa kali ini akan membawa seribu keberkatan buat kita semua.

Ramadan al-Mubarak bulan tarbiah dan juga tazkiyatun nafsi buat manusia agar kembali kepada fitrah yang suci. Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:




"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu."


(Riwayat al-Bukhari & Muslim)




No comments: