Tuesday, June 29, 2010

singapore part 1

Alhamdulillah akhirnya percutian kami ke singapore menjadi realiti...ni percutian yang memang tak pernah masuk dalam dairi langsung dan aku memang tak pernah bermimpi untuk sampai ke sini...ni semua along yang punya plan, dia offer aku on jer

kami ke singapore hanya bertiga beradik jer iaitu along, aku & sikin..macam tak sangka jer yang kami boleh redah kt negara orang hanya berpandukan peta di tangan sahaja...

kami sampai kat sana dalam pukul 9.00 pagi dengan menaiki ktm...lama jugak dok dalam ketapi tu dekat 10 jam bertolak dari kl sentral dalam pukul 10.30 malam...mujurlah along beli tiket yang ada katil bolehlah tido sepanjang perjalanan tu...mula2 masuk dalam train tu lucu jugak...tp bila dah naik rasa selesa jugak boleh je aku lena sampai ke pagi...:D

esplanade, lawakan ni semua gambar yang diambil pada waktu malam hari pertama kami tiba...siang dah amik tp along kata kalau ambil gamba waktu malam lagi cantik...kt sana kua malam2pun masih lagi selamat tak macam dekat malaysia...kami berjalan jer dari hotel ke tempat2 ni...memang rasa macam pengembara betuilah....hiks!

gayat aku tengok bangunan ni...beraninya dorang makan kt puncak tu ekk...kalau aku tobatlah tak mau aku naik ehh...

cantikkan pemandangan waktu malam...kalau tak silap aku time ni dah pukul 10 malam kot...masa ni kami masih lagi lepak kt tepi merlion tu, kalau kawan2 nak tau sepanjang kt singapore ni kami bergerak hanya naik MRT atau berjalan kaki sahaja...kalau penat sangat barulah kami naik teksi..tupun jarang sgt naik teksi...berjalan kaki lebih jimat duit pasai kt sana semua mahaikan...selain tu leh gak excercise...:P

No comments: