Friday, July 2, 2010

Tips Perkahwinan

aku copy paste je dari Majalah Pengantin bulan Julai...sekadar peringatan & panduan untuk aku nanti...

1. Jangan berbohong dengan suami kerana dengan cara ini suami meragui kejujuran dan berprasangka buruk terhadap andan. Perkara ini adalah racun kehidupan rumahtangga.

2. Jangan terlampau mengikut perasaan kerana ia menjadikan rumahtangga seperti neraka.

3. Jika suami anda seorang yang cemburu, anda tidak perlu berlebihan dalam berdandan atau berhias diri.

4. Walaupun dengan niat dengan yang baik, anda perlu berhati-hari ketika memuji orang lain di hadapan suami anda.

5. Jangan makan sehingga terlalu kenyang kerana ia boleh merosakkan kecantikan rupa paras.

6. Kegembiraan anda berkait rapat dengan kegembiraan suami anda. Jika anda dapat membahagiakan suami, maka dia dapat membahagiankan anda. Oleh itu, berhati-hati agar tidak berlaku kebencian antara diri anda dan suami.

7. Taat kepada suami dan hindarkan percakapan yang bersifat olok-olok, mengejek dan perbicaraan yang tidak berguna. Jangan sesekali cemburu kerana itu adalah kunci penceraian.

8. Jaga kesihatan diri dan jauhi daripada penggunaan alat-alat kecantikan yang boleh merosakkan kesegaran wajah dan kemanisan air muka anda.

9. Lakukan kerja dan kewajipan anda dengan tabah dan sabar

10. Aturkan urusan rumahtangga dengan baik elakkan daripada orang lain mengetahu rahsia anda.

No comments: