Friday, July 30, 2010

Kursus Hari Kedua - Akhir

hari kedua kursus best...banyak game ilanglah rasa bosan tu skit...aku rasa kursus ni memang banyak bagi kesedaran dan jugak aku lebih kenal siapa diri aku sendiri...


tapi masuk je hari ketiga ngan hari last memang bosan gilerrrr....mengantok aku dibuatnya tu bukan nak menghilangkang stress tapi menambahkan stress lagi ada...:P, tapi tulahkan lain orang lain cara penyampaiannya, lain cara latihannya...memanglah banyak info yang dia bagi tak macam tak berapa nak kena ngan jiwa muda aku ni je tau...hiks!..:P


tak kisahlah tu semuakan yang penting aku sudah berjaya menghabiskan kursus dan dapat sijil...tak adalah nanti skt aku kosong je kt part latihan tu...

Monday, July 26, 2010

Kursus hari pertama

akhirnya aku berjaya menamatkan kursus dihari pertama...bolehlah nak kata seronok sangat tu tak jugak kot...tapi hepi jugaklah, mujurlah ada liyana kewangan...aku berkawan ngan dia jelah...tapi time dalam kelas tu aku joinlah ngan ahli kumpulan aku...mujurlah aku dapat satu kumpulan ngan orang yang aku kenai....2 orang budak hq, sorang akak dari wpkl ngan kak bada dari inspen...sume tu aku kenai dan selalu berurusan ngan dorang, jadi tak adalah bosan sangatkan...

hari pertama kursus dh nyanyi2 dah...ada ciken dance...sonok ciken dance ni, leh ilang stress...zila kene try tarian ni tau...hiks!, tapi yang paling best masa main kuiz tok kenal personaliti....yeee, aku dalam kategori api...panas tuuuuuu...:D, pasai tu aku suke warna merah, sesuai ngan perwatakan unsur2 manusia kategori api ni...berani dan semangat tinggi...:P, memang betuilah tu...aku ni jugak jenis orang yang cepat marah dan cepat sejuk serta agak cerewet nak tentukan apa2....

oklah, esok tak tau lagi apa yang berlaku kt kursus...harap2 sume okey

Saturday, July 24, 2010

kursus

minggu depan 26/7 - 29/7 aku ada kursus pengurusan tekanan kerja...dekat je kt inspen, bangi..ni kursus pertama aku kt inspen tau...dh keje lima tahun kat jpph nilah pertama kali aku gi kursus kt sana...

berdebar ni...gila poyooooo...yelah ko, aku mana ada pengalaman g kursus kt inspen...akupun tak tau macam mana prosedur dia...nak lapor diri kat mana...dahlah gi sensorang tak ado kawan....kenelah aku beramah tamah minggu depan nampaknya....aduhai, harap2 semuanya okeyyy...

mujur jugaklah keje2 kt opis aku sume dh sattle tu aku berani g kursus...kalau tak jangan haraplah aku nak gi tau...:D

Monday, July 19, 2010

Saya sangat suker cerita ini...

ye sekarang aku tengah gile nengok vcd BOYS OVER FLOWERS ni......aku sudah ulang tayang tengok dekat 10x kot, kalau tak silap lah sampai mak, ayah & adik2 aku tensionlah dibuatnya...asyik2 korea, asyik2 korea katanya...kalau dah suke orang cakap apapun aku tak kisah...masuk telinga kanan kua telinga kiri...hiks!

nape ekk aku suke cerita ni?????...jawapan dia senang jer aku suke kisah cinta dorang...tak perlu jiwang2...aku sememangnya geli dengan cerita jiwang2 ni...not me lah....oklah, aku suke cerita ni sebab jalan cerita dia memang menarik sangat2...kisah seorang gadis yang miskin bercinta dengan anak orang kaya yang hensem....cinta dorang unik tau, suke gaduh2 cakap kasar2...tapi yang penting lelaki tu setia dan sangat2 sayangkan aweknya...syok2...:P, lagi satu lagu2 dalam cerita ni semuanya best2...aku suke giler...siap download letak dalam hp tu...ari2 nak denga...

ni lah heronya Jun Pyo...hensemkan dia...dia nyanyi tau dalam cerita ni..lagu My Everything, memang bestlah suara dia lagu tupun sedap sangat2...tetiba terus tujukan lagu tu untuk en. amir..wakakaka...:P

dan ini plak heroinnya...sangat2 cantik & comel...aku suke kulit dia...cantikknyaaa...leh tak nanti nak anak macam ni...ecehhh tetiba plaks ekk.....


lepas ni aku nak nengok vcd full house lak...tapi apa2pun cerita BOF ni akan aku nengok ulang2 sampailah aku jemu....rasanya macam takan jemu kot...:P




p/s : gambar tu sume thanks pada encik google

Friday, July 9, 2010

Kad Kawen - Done!

akhirnya siap sudah kad kawen aku...tersangat2 lega bila sumenya dah siap...debaranpun dah mula terasa walaupun ada lagi 4 bulan...alah 4 bulan tu jup jekan pejam celik dah sampai masanya...tui tak????


gambar kad kasi blur dululah mana boleh bagi tengok kad sepenuhnya kang basi pulak rupa kad aku tu...huahuahua...aku gi amik ari selasa baru ni gi ngan member opis aku ziela...cume ziela je yang dah tengok rupa sepenuhnya kad aku tu...simple jer....tapi tulah rasa geram gak macam manalah aku boleh tak perasan 1 huruf tu salah...aduhaiiiiii, rasanya dah tengok betui2 dah masa dorang panggil untuk preview ari tu...tension gueee....aku dah siap asingkan 600pcs untuk En. Amir & 500pcs untuk aku...

malam tu plak terus terjah popular kt jusco taman equine beli sticker untuk taip nama kasi lekat pada itu kad..:P, tulisan buruk haruslah guna komputer kan...lagipun tanganpun tak adalah lenguh nak menulis jer...:D

Restoran Ayam Penyet

Ni kali kedua aku makan ayam penyet...dari pemilik yang sama cume tempat jer berbeza...kali pertama makan kat bandar puteri & yang terbaru ni makan kat IOI Mall Puchong...aku belanja adik & sepupu aku makan kt sana...lagipun adik sepupu aku tu belum pernah lagi makan ayam penyet...

ayam penyet ni memang sedaplah...crispy2 dia yang sedap sangat tu...aku makan ratah je tak amik nasipun...jenuh gak nak mengabihkan bagi aku besar jugaklah ayam tu...

konon nak trylah makan mee soto...tapi tak menepati selera lah...tak bape nak sedaplah...tak makan abihpun buang gitu jer...membzir sungguh!

Wednesday, July 7, 2010

Kenduri Akikah & Marhaban QQ

minggu lepas kat rumah ada wat kenduri marhaban QQ, ni pertama kali dalam keluarga kami wat kenduri macam ni...seronoklah aku rasa..lagi satu yang wat aku seronok sangat2 semangat keluarga adik beradik belah mak aku lah..kalau ada kenduri memang dorang akan berkampung dari pagi sampai ke tengah malam...seronok sangat time tu...sebab tulah aku suke bila ada kenduri kat rumah aku..bila berkumpul sedara mara ngan adik2 sepupu yang macam2 kerenah...best woooooo...bulan 11 ni dorang berkampung lagi untuk kenduri besar lak lah...kenduri apa???adalah..wekkkkk!

hari sabtu lagi memang kat umah dah mula bz dengan sedara mara yang datang menolong...lauk pauk memang kami masak sendirilah..gotong royong sedara mara...kebetulan adik sepupu akupun baru lepas bersalin jadi dia tumpanglah sekali wat marhaban untuk anaknya sekali...3 ekor kambing tumbanglah time tu..sekor untuk QQ dan 2 ekor lagi untuk Kimi..kenyang makan kambing le dorang ekk...aku tak makan kambing yer, busuk ler...tak tahan baunya...hiks!..

hari ahadnya plak lagi meriah pukul 9.30 pagi orang2 marhaban dah sampai..bagi dorang minum pagi dulu...dalam pukul 10.00 pagi barulah start marhaban...lama jugak yer pukul 1.00 petang baru selesai marhaban, manalah aku tahu...katapun pertama kali tengokkan....si QQ & Kimi elok jer dok dalam buaian sambil mendengar alunan suara2 marhaban...kimi elok je tido tapi QQ merengek jugaklah...yelah time tido dia terganggukan..dah macam pengantin jer si QQ & Kimi tu...mak aku siap sponser pelamin untuk majlis ni dan aku plak sponser jurukamera..tu pasai cite aku ni tak ada gambo pasai aku memang serahkan kesemuanya pada jurukamera...nanti dah siap gambo baru leh jaja dalam ni tupun kalau rajin lah ekk..tak pun aku upload dalam facebook jelah...

walaupun hari ahad tu ada 3 kenduri kat kampung aku tapi alhamdulillah ramai jugaklah yang datang...lauk2 pun abis tak adalah membazir...terima kasih pada yang sudi datang..:D

Friday, July 2, 2010

Tips Perkahwinan

aku copy paste je dari Majalah Pengantin bulan Julai...sekadar peringatan & panduan untuk aku nanti...

1. Jangan berbohong dengan suami kerana dengan cara ini suami meragui kejujuran dan berprasangka buruk terhadap andan. Perkara ini adalah racun kehidupan rumahtangga.

2. Jangan terlampau mengikut perasaan kerana ia menjadikan rumahtangga seperti neraka.

3. Jika suami anda seorang yang cemburu, anda tidak perlu berlebihan dalam berdandan atau berhias diri.

4. Walaupun dengan niat dengan yang baik, anda perlu berhati-hari ketika memuji orang lain di hadapan suami anda.

5. Jangan makan sehingga terlalu kenyang kerana ia boleh merosakkan kecantikan rupa paras.

6. Kegembiraan anda berkait rapat dengan kegembiraan suami anda. Jika anda dapat membahagiakan suami, maka dia dapat membahagiankan anda. Oleh itu, berhati-hati agar tidak berlaku kebencian antara diri anda dan suami.

7. Taat kepada suami dan hindarkan percakapan yang bersifat olok-olok, mengejek dan perbicaraan yang tidak berguna. Jangan sesekali cemburu kerana itu adalah kunci penceraian.

8. Jaga kesihatan diri dan jauhi daripada penggunaan alat-alat kecantikan yang boleh merosakkan kesegaran wajah dan kemanisan air muka anda.

9. Lakukan kerja dan kewajipan anda dengan tabah dan sabar

10. Aturkan urusan rumahtangga dengan baik elakkan daripada orang lain mengetahu rahsia anda.