Tuesday, September 27, 2011

Jamuan Raya (Bahagian)

Jumaat lepas ada jamuan raya untuk bahagian pengurusan.....setiap staff kena bawa satu menu sebagai tambahan untuk main menunnya..........

Aku bawa kek batik dan puding terengganu.....

Inilah kek batiknya.....percubaan pertama. Aku buat agak nipis sebab tak ada loyang yang kecik tu sebab keknya nipis je. Rasanya boleh tahan sedap gak....:P


Ini puding terengganu, aku minta resepi ni dari mak...belajar buatpun melalui telefon je...akhirnya jadi jugak puding aku ni. Warna je agak tidak menarik sebab terlalu banyak sangat aku menggunakan warna coklat. Kalau berwarna warni lagi nampak cantik dan menarik.




Menu untuk hari itu juga semuanya berat-berat. Ada nasi ayam, nasi beriyani, nasi dagang, mee kari & mee soto.


Lemang, nasi impit dan rendang memang menu wajib setiap kali jamuan hari raya. Sudah menjadi tradisi bagi masyarakat kita menyediakan juadah sebegini.


Antara kuih muih yang ada, sumbangan dari kawan-kawan opis.



Sebahagian dessert yang ada........



Ketibaan tetamu jemputan dari bahagian-bahagian lain dan balai. Memang meriah hari tu, satu hari kerjanya makan, makan dan makan lagi.....macam mana berat tak naik...:P


Jamuan kami berakhirnya jam 3.00 petang, disebabkan terlampau banyak sangat makanan jadi kenalah gotong royong bungkus membungkus untuk di bahagikan kepada orang-orang yang nak bawak balik. Mana yang tak dapat bungkusan tu minta maaf la ye, sebab keadaan memang diluar kawalan...

1 comment:

Unknown said...

wah sedap2x mknnnnya..suke..suke