Monday, September 5, 2011

Salam Lebaran

Entry pertama di bulan september, setelah habis cuti raya...nak pergi kejepun agak lemau jugak macam tak puas je cuti...:D

Macam mana raya kawan-kawan semua, seronok tak????...bagi aku seronok juga cuma yang tak bestnya bila cerita raya kat tv semuanya membosankan, asik2 ulang tayang citer lama je yang aku dah tengok berpuluh kali...hehehe

Raya pertama tahun ni aku berpeluang menyambutnya bersama family tercintaku di puchong, best sebab semua adik beradik & anak buah ada, kira lengkaplah family kami raya kali ni....

Raya pertama juga aku berjaya habiskan beraya kat rumah semua pakcik dan makcik aku yang ada kat puchong ni, sebab belah petang tu pulak aku dah balik seremban beraya kat umah mertua pulak...

dan buat pertama kalinya kami dapat amik gambar family...kalau tak memang tak pernah langsung dapat peluang bergambar macam ni.....harus cuci besar2 dan framekan gambar ni.

Family ku tersayang.....dari belakang kanan (along, wawa, aku, ghafar) dan belah depan dari kanan (sikin, emak, ayah dan adik bongsuku ami)



Hari raya kedua pulak aku dan family mertua beraya kat kampung abah di telok panglima garang...

Kami bertolak ke sana dalam pukul 10.00 pagi, dan sampai sana dekat pukul 12.00 tengahari, jauh betul aku rasa...

Sampai-sampai je kat sana kami tuju rumah wan dulu, kat sana kami disambut dengan juadah yang membuka selera, nak2 perut ni memang tengah lapar...raya kedua juga menghancurkan diet aku...huhuhuhu...sedih!


hari raya kedua, dia rumah mertua


kat telok juga banyak rumah yang kami pergi, perut ni usah cakaplah memang menangislah sebab belum sempat hadam lagi aku dah isi yang lain...hehehehe




bergambar bersama mertua dan adik-beradik belah suami




raya kedua memang terisi, dari pagi sampailah ke petang.....kami semua sampai seremban agak lewat juga, badan usah cakaplah memang penat....dan esoknya pulak raya ketiga bertolak balik ke temerloh, kesian encik suami tak henti2 drive, aku nak drive dia tak bagi....





*raya tahun ini padat dengan aktiviti ziarah menziarahi......memang terisilah cuti aku selama seminggu ini....

1 comment:

Unknown said...

ble teringat edisi raya kali ni azrin, mujuq mia x byk bersinggah rumah org, klu x mmg menatap menu yg best la...huhu...pepun nice to have shoot pic with family