Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya


Untuk semua kengkawanku, blogger & readers...


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kalian semua...


Mohon Ampun dan Maaf andai sepanjang penulisanku ada yang terasa atau kecik hati...



Pada yang balik kampung tu...


berhati-hati di jalan raya.....

Wednesday, August 24, 2011

Pancake Durian

Selama ni asyik tengok dekat blog orang je pasai pancake duriankan....
Sabtu & ahad lepas aku pergi midvalley, singgahlah stall yang jual pancake durian itu...

Apa rasanya?????
Bagi aku sedap jugaklah tapi hanya 2 ketul je yang mampu aku makan sebab cepat muak.
Lepas ni tak adalah aku sampai termimpi2 nak makan pancake durian lagi...:D

Photobook

Akhirnya photobook yang aku tunggu-tunggu dah berada dalam genggaman...sekejap je proses dia, aku rasa dalam 3-4 hari juga la...

Aku beli photobook ni murah je tau aku dapat dalam harga RM68.00, dia lebih kurang macam milkadeal tu la....harga asal untuk photobook ni RM200++ juga.


Disebabkan aku ni tak berapa pandai sangat nak edit gambar, maka ini jelah yang terhasil...hehehe, tapi aku rasa puas hati jugak sebab cantikkkkkk....


Lepas ni bolehlah tengok coupon photobook ni lagi, untuk deal yang lain pulak...:D

Tuesday, August 23, 2011

Biskut Mazola...

Ini hasil air tangan aku sendiri ye, sejak kawen ni rasa rajin pulak nak buat biskut raya...kalau tak jangan harap la aku nak nolong mak buat biskut raya tau, sangat-sangat liat dan malas.

Bila dah kawen ni, kenalah berubah...nak-nak dapat suami yang tak suka membeli di luar, redha jelah ye bila kena masuk dapur buat biskut raya.

Inilah rupanya biskut mazola aku tu, tak adanya nak tekap2 bagai...aku hanya buat bulat-bulat je senang cite dan cantik pe...hehehehe.

Aku buat biskut mazola ni sebab encik suami suka, dia suke semua yang berkaitan dengan kacang tanah, hantu kacanglah jugak ni...:P


Inilah rupa biskut aku sebelum di bakar. Saiz memang ada besar kecik sebab ramai budak kecik yang tolong. Dorang nak tolong layankan aje, mula-mula aku okey lagi bila dorang tolong tu, tapi bila saiznya dah makin besar gedabak, aku suruh dorang tinggalkan je dan masuk dalam. Main kat dalam jangan kacau aku buat keje...:P


Sekilo kacang tanah hanya dapat banyak ini sahaja. Satu bekas aku bagi mak mertua...sekurang-kurangnya ada jugak kuih hasil air tangan menantu dia ni...hehehehehe


Aku buat 2 jenis biskut raya je, mazola ngan kuih ros a.k.a kuih goyang.....cukuplah tu, banyak-banyak buat bukan makanpun, nanti hapak je dalam bekas...:P

Thursday, August 18, 2011

samperit atau semperit???

Tahun ni teringin nak makan biskut samperit....ibarat pucuk dicita ulam mendatang...ewahhh
akhirnya dapat gak aku merasa kuih samperit tahun ni, kebetulan ada opismate jual...
balik ni bolehlah aku rasa sedap ke tak kuih ni......

Wednesday, August 17, 2011

Aktiviti Hujung Minggu...

Jalan-jalan window shoping kat jj seremban 2....bosan duduk rumah punya pasalkan, siap tengok wayang lagi tu, cerita zookeeper, best jugak cite ni...

macam ni je ke dekorasi untuk raya kt jj sbn2????macam tak berapa nak lawa je...hehehehe


aku yang suka belek membelek...nak belinya idoklah,sekarang ni aku dah jadi baik tak suke membazir tak tentu hala.............:P


aku suka ada satu corak curtain tu, cantiklah...bolehlah nanti cari untuk rumah baru...weeee, tak sabarnya nak soping barang rumah.


banyak booth yang jual barang persiapan raya....pilih je mana yang berkenan

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Selamat bercutilah pada kengkawan yang bercuti sempena Nuzul Al-Quran, aku tak cuti ye...jadi bekerjalah seperti biasa.



"Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah dan kitab yang menerangkan (Al-Quran). Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan (dan dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus"




[Surah Al-Maidah, Ayat 15-16)

Tuesday, August 16, 2011

Misi mencari kasut raya yang gagal

Tarikh kejadian : 14 Ogos 2011
Waktu kejadian : 12.00 tenghari
Tempat kejadian : Vincci, JJ Seremban 2



Ye ye je aku membelek kasut...tapi semuanya tak berkenan kat hati...
susah betul rasanya nak cari kasut yang berkenan dek hati ni....


last-last balik dengan perasaan hampa je...
nanti sambung balik shoping bila balik puchong....
tak sabar nak balik jumaat ni....
macam2 plan dalam kepala ni ada tau...
nak ke JJ IOI Mall, JJ Taman Equine, Alamanda takpun Sunway Pyramid...:D
Soping, soping...........duit, duit, duitttt..............:P




Sekarang baru ku tahu...



Meleleh air mata bila dengar lagu ni tau....
Rasa rindu kat family di puchong...
walaupun jaraknya tak adalah jauh mana...
tiap-tiap haripun boleh balik...
tapi tetap rasa lain....

* Rindu dengan suasana kecoh bila nak buat persiapan raya....

Bonus!!!



Semalam bonus dah masyuk, mesti ramai yang dah sopingkan...

Alamanda mesti penuh punyalah....hehehe

Aku lak, masih belum keluarkan lagi duit bonus...

Masih tersimpan rapi di dalam bank...

Encik suami belum bagi kelulusan tok keluarkan duit tu...:D


Dan hari ini jugak, duit raya dah boleh tukar....

Akupun dah tukar....

Tahun ni bajet duit raya memang 2x ganda dari tahun lepas....

Tapi mujurlah berkongsi ngan suami hilanglah sikit rasa beban tu.....

korang lak bape bajet duit raya tahun ni?????



* pic sumber dari google

Monday, August 15, 2011

Menjengok ke Uptown

Sabtu malam minggu lepas solat isyak, aku dan encik suami ke uptown...saje jalan-jalan cuci mata.

Plan asal nak pergi Jumaat malam sabtu tapi disebabkan hujan, makanya terpaksalah lupakan niat yang murni itu...eceh..

Umat manusia kat sana memang ramai, nak2 dah masuk minggu kedua puasakan, haruslah orang berpusu-pusu serbu uptown nak cari baju raya. Jalan masuk memang jem, parking usah cakaplah memang tak ada, makanya kami parking tepi jalan jelah.

Harga bulan tahan jugak rupanya ek, saya ingatkan murah...yelah ni pertama kali jejak ke uptownkan...memanglah tak tahu.

Mula tu nak belilah sepasang kasut nike kt sini, nak ganti kasut joging aku yang dah uzur dimamah usia itu, tapi bila tanya harganya terus tak jadi beli, encik suami cakap kalau harga macam ni baik beli yang ori punya kat Al-Ikhsan, jadi akupun letaklah balik kasut tu...tak jadi belilah jawabnya.


Baju kurung banyak, baju melayu banyak, tudung banyak, baju budak-budakpun banyak jugak tau. Aku ni asal jalan je pegang, asal jalan je pegang tapi belinya tidak jugak...pasai harganya agak mencekik darah jugaklah. En suami aku ni bukan boleh kalau harga mahal-mahal macam tu, dia kata tak berbaloi.


Korang tengoklah sendiri lautan manusia di malam minggu. Tapi aku rasakan minggu ni mesti lagi sesak sebab orang gomen dah dapat bonus..:P


Masa kat sana aku cuma sambar baju gaun budak je, aku memang gila sikit kalau tengok baju budak-budak ni, tergugat iman dibuatnya.


Antara barang yang aku sambar kat sana, gaun untuk anak buah en. suami, cekak rambut yang bunga2 tu ngan perfume tiruan.

Friday, August 12, 2011

Lulus!

Semalamkan aku ada citer pasai teh kan....kalau nak tau klik kt sini
petang semalam aku trylah bancuh teh seperti yang kawan2 ajar tu.....
encik suami kata lulus!....
walaupun tak bape sedap sangat tapi masih dalam kategori boleh diterima la...
yesssss!..:P

Kad Raya Pertama...

Dapat kad raya yang pertama dan mungkin juga yang terakhir...
yelah zaman moden sekarang ni penghantaran kad raya makin dilupakan...
semua orang hantar pakai hp je sekarang ni.....

Tapi bila dapat kad raya ni rasa macam nostalgia pulak...hiks!


Thursday, August 11, 2011

Topik panas hari ini : Teh....:P

Wah tak agak-agak tajuk entry, saje nak bikin gempak…hehehe
Pagi tadi on fb terus tanya kawan-kawan macam mana nak buat teh….
bunyi soklan nya lebih kurang mcm ni ye kengkawan….

“kawan-kawan nak tanya ni...macam mana nak buat teh tarik yang sedap, sebab sya ni tak minum teh jadi tak reti wat teh....masalahnya sekarang bila en suami nak minum teh, mak mertua saya yang terpaksa buat....takut kang saya di cop sebagai pemalas lak....padahal tak berani nak buat takut tak sedap nanti dorang tak minum lagi ai sentap tau...hehehe “


dan banyak jugaklah saya dapat respon dari kengkawan fb…macam2 ada…hehehe
sekarang saya dah pahamlah sikit-sikit macam mana nak buat teh tarik....

bak kata orang 'malu bertanya sesat jalan' ye dok...
disebabkan saya ni tak maulah sesat selama-lamanya tu yang dok tanya kawan-kawan....


jawapan kak ila paling sempoi...dia kata beli je kat kedai mamak...ye saya setuju!..hehehehe



saya akan praktikkan semua ilmu yang dorang bagi dan semoga encik suami saya suka la ye air
teh saya nanti…kalau tak sedap bagitaulah jangan cakap belakang pulak atau nak perli-perli bagai….hehehehe



* saya tak pandai buat teh tapi saya pandai masak ye...tak caya???tanyalah mak saya...

Wednesday, August 10, 2011

Carta Kuih Raya

Time raya memang seronok. Kalau pergi beraya tu macam-macam jenis kuih raya ada, ada yang moden dan tak lupa juga yang tradisional.

Macam aku, aku lagi suka kuih raya yang tradisional. Mungkin sebab perubahan zaman dan peningkatan umur kot, tu yang suka makan kuih tradisional lak sekarang ni, nak-nak kalau dapat makan kerepek…fuyooo memang best, tak ingat dunialah nampaknya…(rosaklah diet time raya ni)…:P

Okey, nak tau apa kuih @ biskut raya yang menjadi pilihan aku, moh nengok carta kuih raya yang aku…hehehe, gedik nak bercarta-carta bagai…:P

Tempat Pertama:


kuih ros @ kuih goyang

aku memang hantu dengan kuih ni, kalau makan tu memang boleh jadi lupa diri,...aku akan kunyah dan terus mengunyah tanpa henti tau. Silap-silap boleh habis satu balang...eh, itu tipu ye..:P

Tempat Kedua:

Tart Nenas Gulung

Inipun aku suka juga.. Aku paling suka tart nenas hasil tangan along..memang sedap, dia punya lembut, rasa nenas tu semua cukup....alamak hai meleleh air liur bila teringatkan tart nenas along...Along tolong buatkan untuk aku, aku nak order 50biji.


Tempat Ketiga:



Kerepek Pisang

Kalau dapat pisang tanduk @ pisang nangka lagi aku suka. Adik ipar aku ajar kalau nak kerepek pisang yang sedap dan cantik kekuningan letak sikit marjerin masa menggoreng pisang tu..Fuh memang mabeles, sedap tau...



Tempat Terakhir:






Kuih Tiram @ lidah jin

kuih nipun menjadi salah satu kegemaran aku, sedapkan kawan-kawan. Tapi kuih ni tak boleh makan banyak lah sebab dia manis.



Ini jelah kuih kegemaran aku, yang lain-lain tu biasa-biasa je. Kalau kuih moden ni aku jadi tak berapa suka sangat, pasai muaklah. Sebab tulah aku jarang order kuih raya kat kengkawan. Kalau belipun sebab aku kesian makannya idok..:D



*Gambar-gambar sumber dari google


Tuesday, August 9, 2011

Alhamdulillah....dapat duit raya^_^

PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini. Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.

Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos ini. Ini adalah kali ketiga berturut-turut penjawat awam dan pesara mendapat duit raya. Pada tahun lalu dan 2009, kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada kedua-dua kumpulan itu sebelum 1 Syawal.

Kali terakhir kerajaan membayar bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam adalah pada September dan Disember 2008. Sementara itu, Najib yang bercuti sejak 1 Ogos lalu selepas menjalani pembedahan ‘Arthoscopic’ di lutut kiri memulakan tugasnya pagi semalam.Beliau yang tiba di pejabatnya di bangunan Perdana Putra kira-kira jam 9.40 pagi kelihatan ceria dan sihat sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata, Najib dibenarkan bertugas selepas doktor berpuas hati dengan proses penyembuhannya.Kecederaan lama Perdana Menteri berulang selepas menendang bola ketika merasmikan pertandingan futsal di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada Mei lalu.

Bagaimanapun, doktor menasihatkan beliau mengehadkan aktiviti harian pada waktu ini sehingga pulih sepenuhnya.Selain melaksanakan tugas pejabatnya, Perdana Menteri hadir pada majlis berbuka puasa bersama anggota Kabinet di kediaman rasminya di Seri Perdana petang semalam.


sumber dari: berita harian

Monday, August 8, 2011

Jalan Ke GIANT!

Bila bulan puasa aku lagi suka keluar soping waktu malam, lepas berbuka. Pergi waktu macam ni sejuk sikit dan kalau penat boleh minum…:P

Sejak duduk jauh ni jarang sangat dapat bawak mak keluar beli barang dapur, bila ada peluang macam ni barulah boleh bawak mak jalan-jalan, sambil jalan cari barang sambil tu boleh cuci mata sekali, bak kata orang omputeh window shoping..hehehe



Sekarang ni pergilah mana-mana pasaraya kuih raya mesti belambak dah jual, cepat betuil dorang ni jual biskut rayakan. Aku tak beli kuih raya tahun ni, semalam dah bincang ngan mak nak ajak mak buat kuih raya sama-sama. Lagi 2 minggu aku balik puchong barulah operasi kuih raya akan bermula. Aku nak buat kuih yang simple je yang penting kena buat kuih raya yang encik suami suka.


Barang-barang untuk buat biskut rayapun dah banyak yang dijual. Awal-awal macam ni memang eloklah beli barang-barang ni semua, nanti bila dah hujung-hujung semua barang-barang dah abis. Takut nanti cita-cita nak buat biskut raya hanya tinggal angan-angan jelah...:P


Si puan empunya blog sedang leka survey harga sabun basuh...^_^

Kami yang sedang berbincang nak beli barang apa…hehehe, tak adalah kami berbincang sebenarnya nak beli tepung gandum berapa kotak….last2 mak buat keputusan untuk beli sebanyak………………..tengok kat bawah ni!

5 kotak ye, dalam tu ada 1kg x 10 peket...harga memang murah time kami beli ni RM18.89 tapi kena bawak keratan kupon dalam paper baru boleh dapat harga macam kat atas tu...:P


* stok tepung dah ada, tak sabar nak memulakan operasi membuat kuih raya...:P

Menu 7 Ramadhan

Grilled Chicken Chop dengan sos cendawan.....homemade by along

Hepi Besday Mak

08.08.2011 genap usia mak 56 tahun,
angah nak ucapkan selamat hari lahir mak
semoga mak panjang umur, diberi kesihatan yang baik,
dimurahkan rezeki serta diberi kerahmatan hidup didunia & akhirat

Love u forever & ever mak...................

*mood : tetiba sedik le plak...:(

Friday, August 5, 2011

Inspirasi Rumah - Dapur

Bila dah beli rumah ni macam-macamlah nak kena buat. Sekarang memang tengah survey2 nak hias rumah macam mana. Search itu search ini, semuanya berkenan...macamlah beli rumah banglo...hehehe

Hari tu dah survey pasai ruang tamu, kali ni ruang dapur pulak. Macam-macam jenis yang ada untuk kitchen cabinet, sampai akupun tak tau sangat, apa yang aku tau nampak cantik, sesuai dengan harganya dan paling penting kemas.


Ini antara contoh-contoh kitchen kabinet yang aku search, dapur aku nanti lebih kurang macam ni jelah keluasan dia.


Aku dah jatuh cinta dengan design dapur macam ni, rasa2nya macam nak wat sebijik macam ni je...dan encik suami tolong approvekan ye....:P



*gambar2 di atas ehsan dari google & http://www.impiana.my/

Penimbang Baru

Dah lama berzikir kat telinga encik suami nak penimbang berat yang baru...kalau boleh nak penimbang digital.

Akhirnya semalam encik suami makbulkanlah impian isterinya yang lama dah tersimpan ni....terima kasih ye encik laling.

Taraaa, dan inilah dia penimbangnya. Penimbang yang baru ni best sikitlah pasai kita kena set jantina, umur dan tinggi kita dalam tu, lepas tu dia akan timbang berat kita siap ada bmi, jumlah lemak dalam badan, kepadatan jisim tulang kita dan jugak jumlah kalori yang ada dalam badan kita. Beli kat giant je, harga asal RM89.00 tapi ada offer dapat RM49.90. Berbaloi baloiiii

Thursday, August 4, 2011

Blog Khas Untuk Program Diet jer

http://misidietkubermula.blogspot.com/

Untuk tidak mencampur adukkan kehidupan harian dengan kisah-kisah perjalanan diet aku, maka dengan ini aku telah buka blog baru khusus untuk perjalanan diet aku jer...jangan segan2 klik yer...terima kasih..:P

PDR & PERS - STRATEGI UNTUK KURUS

Tadi blogwalking kat blog si penganjur PERS si manis nadia mengenai strategi untuk kurus, macam-macam strategi si nadia rancang dan aku akui tanpa perancangan yang kuat memang sesuatu usaha itu akan menjadi sia-sia.


Aku sendiri pernah melalui bermacam-macam pengalaman untuk kurus. Kadang-kadang tu perasaan memang membuak-buak untuk kurus. Masa tu usah cakaplah memang aku jaga makan betul-betul dan aku akan pastikan aku bersenam setiap hari tak pernah miss. Dan hasilnya memang boleh dibanggakan aku jadi kurus, masa tu aku tak perasanpun yang berat aku dah turun sehingga seorang teman menegur yang aku dah nampak kurus. Bila member dah cakap macam tu barulah aku timbang berat dan ternyata angka tu memang berubah. Berat yang paling rendah aku pernah capai adalah 58kg.


Tapi bila dah kawen ni berat naik balik, mungkin disebabkan aku ni tak jaga makan sangat. Senaman memang tak pernah miss tapi heran pasai berat tak turun-turun. Sekarang barulah terpikir ni mesti penangan makan nasi lemak @ roti canai setiap sabtu ngan ahad. Bila berat dah mencanak naik baru mengelupur nak kuruskan balik, kalau tak memang keje aku melantak jelah, seolah-olah esok dah tak jumpa makanan lagi….hehehehehe
Sempena bulan puasa ni aku bangkit dengan azam yang baru, aku ingin menjadi orang yang baru. Aku nak singkirkan lemak2 yang ada. Sebelum Allah masih belum mengurniakan aku zuriat aku berazam nak kurus dulu, supaya nanti kalau dah mengandung senang untuk aku pantau pemakanan aku dan beratpun tak adalah naik banyak sangat….:D


Aiyoooo dah panjang rupanya aku melalut ni, tapi strategi aku nak kurus tak cite-cite gak lagi. Okeylah meh aku nak bagitau sikit apa strategi yang perlu aku buat untuk kurus.



1. Setkan Jangkamasa Untuk Kurus – done!


Yang ini paling aku pentingkan, sebab kalau kita tak letakkan target nanti ibarat macam tak ada arah pulak, terumbang ambing kata orang dan boleh menyebabkan kita lalai apa tujuan asal kita berdiet.


(target aku nak dapatkan berat idaman 50kg dalam masa 3 bulan)




2. Stop Makan Nasi, Benda Manis & Fast Food (dlm tempoh berdiet)- done!


Sepanjang puasa ni nasi memang aku kena ambil pasai tu untuk tenaga aku sepanjang hari, nak-nak tiap petang aku bersenam, kalau tak ada tenaga aku takut nanti aku jadi lemah. Tapi aku hadkan pengambilan nasi kalau sebelum ni makan separuh kali ni aku hanya amik 1 senduk nasi je bersamaan dengan 3x suap. Dah habis puasa nanti barulah aku akan stopkan sementara nasi ni dan gantikan dengan makanan yang tinggi protein.




Benda manis dan fast food memang tak menjadi masalah sebab aku memang boleh kawal nafsu untuk makan semua tu.








3. Senaman 30 minit setiap hari – done!




Ini memang aku amalkan, kadang-kadang tak dapat pergi hari-hari tapi make sure akan buat senaman 3 kali seminggu. Jadi ini tak menjadi masalah buat aku.






4. Jangan Putus Asa




Apa-apa yang kita nak haruslah jangan berputus asa. Kalau minggu ini berat kita tak ada perubahan masih di angka lama kita kenalah positif dan pikir balik apa yang kita makan hingga menyebabkan berat kita tak turun.




(aku memang ada sediakan buku nota kecil dan akan catit apa yang aku makan setiap hari)


dan akhir sekali..........




5. Beli baju kecik 1 inci dari saiz kita yang sebenar – done!




Baju raya kali ni memang aku beli yang lebih kecik skit. Tujuan aku buat macam ni supaya menjadi motivasi untuk aku kurus. Nanti aku boleh beringat skit kalau badan tak kurus nanti tak dapat pakai baju raya yang cantik itu!





Aku rasa ini jelah strategi yang aku buat, dan kepada semua kawan2 PERS & PDR selamat maju jaya, semoga kita semua dapat berat badan yang kita idamkan. Semoga raya ni semua boleh melaram sakan la ye..:D







P/s: kesemua gambar adalah sumber dari google





















Wednesday, August 3, 2011

Menu Hari Ke3 Ramdhan [PDR & PERS]

Sahur
Air Kosong
1 Senduk Nasi Putih
1 Ekor Ikan Kembong Goreng
3 Ketul Kecil Daging Masak Sup



Berbuka
Air Kosong Suam
Bihun Goreng
3 Biji Kurma
1 Ketul Popia Sayur
Murtabak Sebesar Kotak Mancis 1



Dan hari ini aku sangat puas hati pasai dapat bersenam. Mula-mula aku masuk gym dulu kayuh basikal selama 15 minit, lepas dah berpeluh selencun-lencunnya aku masuk padang track pulak untuk joging selama 15 minit. Jadi hari ini aku berjaya bersenam selama 30 minit, Alhamdulillah.

Inspirasi Rumah - Ruang Tamu

Makin rajin mengoogle gambar-gambar menarik untuk mencari inspirasi. Mencari idea untuk rumah sendiri nanti. Yang paling penting aku suka konsep moden.

Kalau nak rumah cantik warna cat dinding memainkan peranan yang pentingkan dan yang paling penting kena dengan bajetnya.

Aku rasa nanti rumah aku nak cat warna putih je, tapi kalau ada sentuhan merah macam kat ats tupun nampak menarik jugak.


Sangat suka deko macam kat atas ni....


macam ni pun cantik gak, terutama sofa tu...aku sangat suka...agak2 bape ribu harga sofa tu ek??



*pic semua thanks kpd Mr. google

Menu Diet Hari Kedua

Sahur:
Nasi Putih 1 senduk
Telur Dadar 1/2
Ikan Goreng 1 ekor
Air Kosong



Berbuka:
1 Gelas Susu Anlene
Air Kosong
Tauhu Bakar 2 keping
Samosa 1 ketul
1/2 Potong Pulut Panggang
Buah Kurma 3 biji
2 Potong Kecil Tembikai

Tuesday, August 2, 2011

SR

Sambungan dari entry sebelum ini ye...

Lepas dah siap shopping bagai, perutpun dah berkeroncong kami berjalan menuju ke arah sogo. Ingatkan nak makan kat food court sogo tu tapi disebabkan nak masuk dalam sogopun kena beratur makanya wawa ajak makan kat SR jelah.

Chicken Cordon untuk si sikin



Kid's Fish & Chip untuk si kecik qalesya (tapi dia tak mau makan last2 aku yang bedal)



Chicken Mushroom untuk emak



Nasi goreng satay untuk encik laling ku....




Wawa order fish & chip gak tapi gambarnya lupa nak snap, manakala aku hanya makan makanan qalesya aje sebab aku spagethi yang aku order tak sampai-sampai, katanya aku tak ada order...banyaklah, dia siap tanya lagi nak beef ke chicken, last2 katanya aku tak order...sabau jelah






dan gambar dak kecik qalesya sebagai penutup entry untuk hari ini...:P