Plan asal nak pergi Jumaat malam sabtu tapi disebabkan hujan, makanya terpaksalah lupakan niat yang murni itu...eceh..
Umat manusia kat sana memang ramai, nak2 dah masuk minggu kedua puasakan, haruslah orang berpusu-pusu serbu uptown nak cari baju raya. Jalan masuk memang jem, parking usah cakaplah memang tak ada, makanya kami parking tepi jalan jelah.
Harga bulan tahan jugak rupanya ek, saya ingatkan murah...yelah ni pertama kali jejak ke uptownkan...memanglah tak tahu.
Mula tu nak belilah sepasang kasut nike kt sini, nak ganti kasut joging aku yang dah uzur dimamah usia itu, tapi bila tanya harganya terus tak jadi beli, encik suami cakap kalau harga macam ni baik beli yang ori punya kat Al-Ikhsan, jadi akupun letaklah balik kasut tu...tak jadi belilah jawabnya.
Baju kurung banyak, baju melayu banyak, tudung banyak, baju budak-budakpun banyak jugak tau. Aku ni asal jalan je pegang, asal jalan je pegang tapi belinya tidak jugak...pasai harganya agak mencekik darah jugaklah. En suami aku ni bukan boleh kalau harga mahal-mahal macam tu, dia kata tak berbaloi.
Korang tengoklah sendiri lautan manusia di malam minggu. Tapi aku rasakan minggu ni mesti lagi sesak sebab orang gomen dah dapat bonus..:P
Masa kat sana aku cuma sambar baju gaun budak je, aku memang gila sikit kalau tengok baju budak-budak ni, tergugat iman dibuatnya.
Antara barang yang aku sambar kat sana, gaun untuk anak buah en. suami, cekak rambut yang bunga2 tu ngan perfume tiruan.
No comments:
Post a Comment