Friday, July 29, 2011

Program Edisi Ramadhan Syawal (PERS)

Ini merupakan Program Diet kedua yang aku daftar, saje daftar dua sekali sebab untuk cabaran diri sendiri, semoga berjaya mendapat berat yang diidamkan.
Program kali ni aku masuk di bawah anjuran Puan Nadia iaitu Program Edisi Ramadhan Syawal, ni linknya bagi kawan-kawang yang berminat untuk masuk sama dalam program ni:

Kenapa aku masuk program ni?
Jawapan dia mudah je sebab aku nak kurus, aku rasa dah tiba masanya untuk aku singkirkan lemak-lemak jahat yang ada dalam badan ni. Memanglah sekarang nipun aku jaga gak makan dan hari-hari bersenam, tapi bila ada program diet macam ni dia akan jadi lagi seronok sebab kita ada persaingan secara sihat. Kalau diet sorang2 itu memang agak membosankan jugaklah.

Apa matlamat yang aku nak capai bila masuk program ni?
Yang pertama sekali nak dapatkan berat 50kg semula, disebabkan aku ni rendang jer jadi berat sekarang ni memanglah amat tidak sesuai dengan ketinggian aku tu.

Matlamat kedua aku nak pakai balik baju nikah kurung moden yangsangatcantikdimataakutu masa raya nanti, barulah leh feeling pengantin baru balik..:P


dan kat bawah ni aku sertakan gambar terkini dan juga berat terkini (jangan terkejut ye..:P)

Gambar terkini masa floria 2011

berat terkini saya : 75kg

4 comments:

N a d i a said...

Status = COMPLETED!


Tinggi Azrin berapa eh? Macam tak percaya plak berat Azrin 75kg.. tengok macam lagi ringan jee..


Apapun, all the best and good luck dalam perjuangan menjadi lebih sihat!

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak! =)

azrin_zelina said...

Nadia: tinggi saya 152 je,memang ramai tak percaya itu berat saya pasai saya ni jenis rangka besar...

N a d i a said...

Ooo.. saya tinggi 2cm dari Azrin. ehehehehe..


Kira ideal weight tuk Azrin adalah 47kg lah.. takpe.. tahun 2013 punya azam yeah.


Sekarang fokus untuk PERS dulu. Selamat berbuka puasa! =)

azrin_zelina said...

Nadia kalau berat lin 47kg, wah dah macam nasha aziz la...hahahaa