Wednesday, July 6, 2011

Alahai kisah basi, tapi nak jugak cite.....

untuk kenangan katakan haruslah cerita walaupun sudah basi....


ni semua cerita masa cuti sekolah bulan 6 lepas, aku telah kidnap budak kecik bernama haziq danial. Budak yang pernah mak aku jaga masa umur dia 6 bulan sampailah 5 tahun tapi keakraban tu masih kekal sampai sekarang.


walaupun dia dah sekolah kat putrajaya dan memang jarang2 sangat datang rumah kitaorang tapi dia masih ingat lagilah pada mak aku yang asuh dia masa kecil.

Satu yang aku kagum pasai dia nikan, dia sangat bijak tau...baru je darjah 1 tapi dia membaca sangat lancar macam kita ni orang dewasa. Kalau baca paper tu memang laju je, kalah adik sepupu aku yang darjah 3 tu..:P. bukan setakat lancar membaca dalam bm dalam bi pun dia lancar gak.


cuti sekolah hari tu, kami bawak dia jalan-jalan kat pusat sains...tengok pameran dinosour, aku ingatkan dia tertariklah ngan dinosour tu semua, tapi hampeh jer dia tak heranpun, dia lagi ligat main2 permainan kat dalam tu, sabar jelah budak ni.

masa ni kat taman rama2 yang ada kt dalam kawasan pusat sains juga, aku ingatkan ye2 lah rama2 tu jinak duduk atas tangan si atir, tapi rupa2nya rama2 tu dah mati...aiyakkkk, sabar jelah...:P

1 comment:

Unknown said...

Keakraban sebab dah dok bersama..
Thanks 4 sharing..