Semalam petangpun tak joging gak, en suami kepenatan sebab kat sekolah dia tengah uruskan persiapan untuk hari sukan ahad ni.
Jadi bila tak joging tu, kamipun merayaplah ke senawang, en suami memang macam ni tiap2 petang kalau tak joging memang dia akan bawak aku pusing-pusing ambil angin, katanya tak mau isterinya bosan kalau duduk rumah je.
Berbalik pada tajuk kat atas tu..........misi mencari hadiah buat en suami sempena besday.
kami ke kedai sukan apatahnamanya, kat senawang....misinya adalah mencari kasut untuk joging, ye ini adalah hadiah yang disponser oleh kak long nya, di ulangi adiah dari kak longnya ye bukan dari isteri...isterinya masih berpikir2 hadiah apa yang sesuai sebab semua benda dia dah ada, mahal2 dan tahan lama lak tu....
dan inilah kasut joging yang menjadi pilihan, inipun pilihan kedua, pilihan pertama lagi cantik tapi saiz yang nak pulak dah habis...makanya amiklah yang ini
aku yang pilih kasut ni sebab utama adalah merah & hitam, warna kegemarankun...:P
No comments:
Post a Comment