Monday, July 11, 2011

Potluck ngan BFF

setelah merancang berminggu-minggu, akhirnya dapat jugaklah kami bertiga berjumpa. Kali ini tak jumpa tak cukup geng lah, pasai si ramlah, asma & linda ada hal lain dan leha pulak dalam pantang lahir anak sulungnya.

kami buat potluck kecil-kecilan sahaja tapi meriah juga, meriah dengan telatah anak-anak dorang, best sangat.


kesian budak2 ni dah kepenatan, sampai ada yang tertido termasuklah si kecik yang aku bawa tu, tido dalam kepenatan.


el & suaminya



kami yang bersiap2 nak makan, hehehe...


dan menunya adalah pengat durian + roti (noli bawak), laksa (aku bawak) dan el pulak bawak bihun & nasi goreng, dan jugak sagu gula merah (el, suami aku suka betui sagu ko wat ni)


laksa yang aku bawak tapi mak yang tolong buatkan, aku tolong beli bahan-bahan dia je. budak-budak kecik tu pun makan laksa ni gak tapi dengan kicaplah, berjasa sungguh kicap yang el bawa, dapatlah budak2 ni makan.



qalesya yang seronok dapat jumpa kawan baru. dalam kolam tu banyak ikan tu yang budak2 suka sangat main kt situ. dorang seronok nampak ikan berenang2.


dan akhir sekali gambar kami bertiga, dari kanan el, aku & noli bersama anak sulungnya.


best sangat dapat picnic ngan korang macam ni, lain kali bolehla kita buat lagi kan. aku juga berharap semoga ikatan persahabatan yang kita bina sejak dari zaman sekolah menengah ini akan terus berkekal sehingga ke akhir hayat.

No comments: