Friday, July 29, 2011

Makan2 Ngan Opismate

Mentang-mentanglah hari ni last leh makan siang, bukan main lagi kami pergi makan kat The Windmill Station, makan2 sambil borak2...tak sedar sejam lebih kami dok dalam tu..:D

Sebelum aku jamu korang ngan hidangan yang kami order, meh tengok dekorasi dalam kedai ni dulu. Aku sangat tertarik dengan konsep hitam putih kedai ni, mulalah berangan nanti kat rumah sendiri nak tema hitam putih gak...:P


Kami berempat dari kanan : Jenny, Pn. Harizah, Mas dan jugak aku si puan empunya blog...:P

Sebelum order sampai haruslah berposing dulu.




Air yang kami order : 2 Ice lemon Tea, 1 lime juice & 1 air 100 plus



2 set Chicken & Fish untuk aku dan mas, kami makan menu yang sama....harga untuk set menu ni RM18.90, bagi aku harga yang berbaloi sebab sedap dan makanan dia memang kenyang gila.


Nasi goreng cendawan untuk jenny. Harga bagi sepinggan NGC ni RM6.50


Manakala Nasi Goreng Nenas Chicken Chop ni pulak untuk Puan Harizah, dan harga bagi sepinggan NGNCC ni RM13.80




Total harga makanan kami berempat ni + Onion Rings + Fries adalah RM70.50. Korang rasa murah tak??? dan bagi aku harganya berbaloi sangat-sangat.

Program Edisi Ramadhan Syawal (PERS)

Ini merupakan Program Diet kedua yang aku daftar, saje daftar dua sekali sebab untuk cabaran diri sendiri, semoga berjaya mendapat berat yang diidamkan.
Program kali ni aku masuk di bawah anjuran Puan Nadia iaitu Program Edisi Ramadhan Syawal, ni linknya bagi kawan-kawang yang berminat untuk masuk sama dalam program ni:

Kenapa aku masuk program ni?
Jawapan dia mudah je sebab aku nak kurus, aku rasa dah tiba masanya untuk aku singkirkan lemak-lemak jahat yang ada dalam badan ni. Memanglah sekarang nipun aku jaga gak makan dan hari-hari bersenam, tapi bila ada program diet macam ni dia akan jadi lagi seronok sebab kita ada persaingan secara sihat. Kalau diet sorang2 itu memang agak membosankan jugaklah.

Apa matlamat yang aku nak capai bila masuk program ni?
Yang pertama sekali nak dapatkan berat 50kg semula, disebabkan aku ni rendang jer jadi berat sekarang ni memanglah amat tidak sesuai dengan ketinggian aku tu.

Matlamat kedua aku nak pakai balik baju nikah kurung moden yangsangatcantikdimataakutu masa raya nanti, barulah leh feeling pengantin baru balik..:P


dan kat bawah ni aku sertakan gambar terkini dan juga berat terkini (jangan terkejut ye..:P)

Gambar terkini masa floria 2011

berat terkini saya : 75kg

Aku Yang Semakin Gemuk!!!

Ye aku tahu aku dah semakin kembang, tak yah la korang nak cakap2...kang sentap akak nok!..:P



Baru 8 bulan kahwin badan dah kembang semangkuk, kalau 1, 2, 3 tahun macam manalah agaknya ekk...ish2 sangatlah menakutkan, aku rasa aku dah jaga makan tapi kembang gak lagi, agaknya percampuran hormon kot..:P



Untuk mengecilkan badan aku yang semakin kembang itu, aku telah masuk satu pertandingan ala2 the biggest loser la, tapi ni secara maya...



Macam mana aku leh join pertandingan tu? citenya begini, masa aku blog walking kt blog2 yang best2 tu tetiba aku ternampak satu blog ni pasai kejayaan dia kuruskan badan, aku ni memang pantang sikit kalau jumpa blog yang pasai berat badan ni, mesti aku akan tertarik punya.



Dari situlah aku tertarik untuk join dorang dalam Program Diet Ramadhan, sebelum ni dorang dah mula wat Program Diet 50 hari, aku tengok ramai jugaklah yang berjaya kurus..apa yang penting aku suka pertandingan macam ni, pasai kita semua berlumba-lumba untuk kurus dan tengok sape yang berjaya mendapatkan berat badan idaman. Tak sabar lak aku rasa nak mula program ni. Program ni berlangsung selama 1 bulan ye, mula dari 1 Ramadhan dan akan berakhir pada 1 syawal. Pemenang akan diumumkan masa 1 syawal nanti.



Dulu masa zaman mula2 masuk keje kt jpm, time tu anak dara lagi, sahabat aku ina yang menjadi pembakar semangat untuk kurus, pasai dia sangat cantik dan pandai jaga makan untuk kekalkan berat badan dia. Tiap2 petang kami akan bersenam samada joging kat Taman Putra Perdana yang berbukit bukau itu ataupun kami ke gym yang disediakan kat -B1 dan akhirnya aku memang berjaya kurus.






Buat permulaan ni aku tak harap sangat berat aku turun dengan banyak, pasai masa yang diberi hanya sebulankan, tapi kalau berjaya turun ke berat yang aku idamkan tu (50kg) kira bonuslah untuk aku...:P



Harapan aku adalah semoga aku berjaya memakai baju nikah aku tu masa raya nanti...sebab baju itu sangat2 cantik dimata aku. Dan semoga aku berjaya mendapat berat idaman aku...



Okey hari diet bermula hari ini........prittttttttttttttttttttttttttttttttt...semoga berjaya lin, caiyok, caiyokkkkkk!..:D, tak sabar nak tengok hasilnya.

Hujan Rahmat Dipagi Jumaat

Alhamdulillah hujan pagi ni, sejuk skit aku rasa....
Hujan Rahmat sebelum menyambut bulan Ramadhan....
Disebabkan hujan jugak kat opis hari ni ada 4 orang je....
Merdeka la nampaknya hari ni...yippieeeee!

Thursday, July 28, 2011

Dapat Bungkusan Dari Bos

Puan yang baik hati bagi kami semua bungkusan ni.......
kalau nak tau apa bendanya scroll bawah lagi.....dan korang akan temui jawapannya....:P

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

lagi....................

>
>
>
>
>
>
>
>

inilah dia pemberian bos kami yang sangat baik hati itu, buah kurma sekotak sorang untuk sambut Ramadhan nanti


bos kami ni memang sangat-sangat baik hati, dan juga pemurah orangnya.....sebab itulah rezekinya sentiasa murah sebab dia suka bersedekah.

Ice Room

Makan-makan eskrim kat Ice Room, Nilai.. kiranya ini adalah kali pertama aku makan kat sana, selama ni lalu je.

Akupun tak adalah berminat sangat nak try makan kt sini pasai aku bukan pencintan eskrim, tapi bila encik laling ajak, i follow je lah, orang nak belanja mana leh tolak.

Ini adalah cheese cake untuk aku....tak sedappun, sedap lagi cheese cake along buat..:P

dan eskrim mixed fruit untuk aku jugak



Encik laling makan Garlic Butter Bread ngan....


eskrim Mango Pomelo



sudahnya aku makan tak habispun, pasai tak sedaplah eskrim kt sini....terpaksalah encik laling habiskan kesemuanya. Lain kali tak maulah makan kat sini lagi...:P

Wednesday, July 27, 2011

Rambutan Gading

Rambutan yang diidam-idamkan akhirnya dapat jugak..baru nak ajak suami pergi ekspo maha petang ni cari rambutan gading, nampaknya gayanya cancel je lah plan petang ni.

Rezeki Rabu

Alhamdulillah rezeki untuk tengahari ni kak rina belanja KFC....Jemput makan semua..:D


p/s: Terima kasih ye kak, moga murah lagi rezeki akak

Thursday, July 21, 2011

Harapan Ramadhan



Pagi tadi otw pergi kerja buka radio IKIM.FM dorang pasang lagu Harapan Ramadhan (Raihan & Manbai).

Sedar tak sedar InsyaAllah lagi 11 hari kita semua akan sambut bulan Ramadhan dan semoga bulan Ramadhan yang akan datang ini membawa seribu pengertian buat kita semua.

Jemputlah Datang Beramai2



Aku nak promote sikitlah, program Jabatan aku buat...

nak jemputlah semua kawan-kawan, datang ke Program Bomba Bersama Masyarakat

hari Sabtu dan Ahad ni...tempat dia kat Dataran Nilai (Nilau Square)

nanti bolehlah korang singgah soping kt nilai 3 sekali....:P

Wednesday, July 20, 2011

Apa tema warna baju raya korang???

Warna hijau ke??????


putih ke?????




atau warna warni ??????????




Aku pulak tak tau lagi, rasanya tak adalah nak bertema-tema bagai, pakai je warna apa yang nampak cantik dek mata ni ha...:P

Dahlah baju satu apapun tak beli lagi, cuma ada selai je tupun mak yang belikan.


Akupun tak tau bila nak beli, nampak gayanya memang kena beli ready made jelah,takpun pakai je baju nikah yang ada tu. Macam tak semangat lak nak raya tahun ni..:P



p/s: kesemua gamba adalah ehsan dari mr. google

8 bulan sudah

Wah sekejap je usia perkahwinan kami dah masuk 8 bulan, rasa macam baru je lagi mendengar suami melafazkan akad nikah.

Sejak berumahtangga ni aku rasa kehidupan aku lebih terurus terutama dari segi kewangan. Kalau masa mula2 suami pegang semua duit gaji aku, memang aku rasa memberontak juga, tapi tak berani nak luahkan kat dia kang derhaka lak tak hidu bau syurga nanti. Encik suami memang menjaga kewangan aku dengan betul, beli apa yang perlu sahaja dan alhamdulillah aku boleh terima semua itu,setiap hari dia hanya bagi RM10 sahaja untuk belanja siap ada baki lagi dan RM5 pasti aku akan masuk dalam tabung, kalau balik kerja tak simpan RM5 aku rasa macam tak best. Terima kasih bang sebab menjadikan saya seorang yang lebih berjimat cermat. Duit dalam tabung tu bolehlah abang simpankan dalam asb yer, nanti saya kumpul lagi sebanyak mana yang boleh.

Dia juga seorang suami yang sangat2 penyabar, sabar dengan perangai aku yang macam-macam ni, perangai yang memang susah dijangka. Kalau aku tengah marah, dia akan cuba sejukkan balik walaupun kadang-kadang tu aku cuba keraskan hati tak mahu terima pujukan dia. Tapi akhirnya aku tewas juga bila dia cuba pujuk dengan suara yang lembut.

Bila aku rasa bosan dialah penghiburnya. Tiap-tiap petang balik kerja dia akan tunggu aku depan pintu rumah, kalau hujan kat luar dia siap tunggu aku dengan payung lagi, tak mahu isterinya kena hujan (kami ni terbalikkan patut isteri tunggu suami, ni suami tunggu isteri..nak buat macam mana dah waktu kerja dia takat pukul 2 petang je).

Kalau masa makan memang dia akan minta aku temankan, walaupun hanya dia sorang je yang makan aku mesti kena duduk sebelah sebagai peneman. Katanya amalan macam ni elok untuk kerukunan rumahtangga.

Dia selalu mengingatkan aku supaya jangan tinggal solat, supaya jangan melambat-lambatkan waktu solat. Walau kemanapun kami pergi solat jangan tinggal, kat mana ada tempat solat kat situlah kami bersolat. Aku bersyukur Ya Allah sebab menemukan aku dengan seorang suami yang boleh menjadi pembimbingku.

Walaupun kami masih belum ada rezeki untuk menimang anak, tapi kami bahagia berdua. Kami akan cuba mengisi masa berdua ni sebaik mungkin, sebab bagi kami ini adalah peluang yang paling berharga untuk mengeratkan lagi kasih sayang kami.

Aku berjanji padamu Ya Allah akan menjadi seorang isteri yang terbaik buat suamiku, aku akan menjaga maruahku sebagai sorang isteri, aku akan menjaga makan dan pakainya, aku akan menjadi teman berbicaranya, aku akan menjadi penasihatnya jika dia ada masalah dan aku berjanji akan menjaga rumahtangga kami ini dengan sebaik mungkin. Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah, semoga ikatan perkahwinan kami ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kami dan engkau pertemukanlah kami disyurga nanti. Amin

Tuesday, July 19, 2011

Wishlist Saya

Ini adalah wishlist saya, untuk memiliki sebuah beg tangan berjenama coach....samada design di atas atau............


design di bawah ini....

aku sudah jatuh cinta sama ini beg, ye aku tau untuk mendapatkan beg ini aku kena banyak berjimat cermat supaya impian aku untuk memilikinya menjadi kenyataan. Kalau tak gigit jari jelah...

Nampak gayanya tabung RM5 aku tu kena hari2 topup lah, barulah dapat pakai beg yang aku impikan. Nanti leh hadiahkan untuk diri sendiri sempena besday hujung tahun ni.

Rumah Kami Yang Dah Nak Siap

Sabtu lepas kami berdua pergi tengok rumah yang kami beli tu, Alhamdulillah sudah hampir siap.

Sekarang ni rasa macam tak sabar nak masuk rumah sendiri, nanti boleh hias2 rumah, kemas2 rumah dan paling penting dapat masak untuk suami. Sejak kawin boleh dibilang berapa kali je aku masak untuk dia, tupun kat puchong, kat seremban ni lum pernah masak untuk dia kecuali goreng telur dadar...hehehe, bagus punya isterikan...:P

Monday, July 18, 2011

Masih menunggu

Aku masih lagi menunggu bilalah pertukaran aku ke bhg kejuruteraan berkuatkuasa. Selagi tak ada hitam putih selagi tulah masih menanti.

Harapannya biarlah bulan puasa nanti aku dah tuka ke sana. Lambatnya puan saya ni nak kuarkan surat pertukaran, saya dah tak sabar ni..huhuhu.............

Juvana last malam ni

Hati aku sekarang ni memang tak saba nak tunggu malam semata2 nak tengok episod terakhir drama bersiri JUVANA. Geram aku rasa tau bila dapat tau cikgu2 dia semua jahat. Cepatlah wahai malam...:P


Friday, July 15, 2011

Misi Mencari Hadiah Besday

Minggu ni joging memang out lah, hari isnin je kami pi joging...aku kalau tak joging mulalah rasa lain je ni, rasa macam badan berat semacam.

Semalam petangpun tak joging gak, en suami kepenatan sebab kat sekolah dia tengah uruskan persiapan untuk hari sukan ahad ni.

Jadi bila tak joging tu, kamipun merayaplah ke senawang, en suami memang macam ni tiap2 petang kalau tak joging memang dia akan bawak aku pusing-pusing ambil angin, katanya tak mau isterinya bosan kalau duduk rumah je.

Berbalik pada tajuk kat atas tu..........misi mencari hadiah buat en suami sempena besday.

kami ke kedai sukan apatahnamanya, kat senawang....misinya adalah mencari kasut untuk joging, ye ini adalah hadiah yang disponser oleh kak long nya, di ulangi adiah dari kak longnya ye bukan dari isteri...isterinya masih berpikir2 hadiah apa yang sesuai sebab semua benda dia dah ada, mahal2 dan tahan lama lak tu....


dan inilah kasut joging yang menjadi pilihan, inipun pilihan kedua, pilihan pertama lagi cantik tapi saiz yang nak pulak dah habis...makanya amiklah yang ini


aku yang pilih kasut ni sebab utama adalah merah & hitam, warna kegemarankun...:P

Thursday, July 14, 2011

WordLess Thursday ^__^ L.o.V.e




Wednesday, July 13, 2011

Selamat Hari Lahir Sayang



Hari ini genap umur en suamiku 32 tahun,
Saya nak wish selamat hari lahir abang,
semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik,
diberi kebahagiaan hidup dunia & akhirat


* nanti saya belanja abang makan ye..:P

Tuesday, July 12, 2011

Air Asia Promo

Gigih along call aku pagi tadi bagitau yang AA ada wat promosi serendah RM3 sehala. Kami adik beradik plan nak ke ho chi minh, vietnam.

Akupun dah suh en suami buka web ni, manalah tau kot2 dia berkenan dengan harga yang ditawarkan ni, bolehlah booking tiket untuk 2nd honyemoon pulak.

Pesta Flora 2011

Bila kaki melangkah masuk je kat tapak floria ni, hati dah mula teruja tengok bunga-bunga yang sangat cantik dan semestinya orkid menjadi tumpuan kami.



Mak aku memang minat sangat ngan orkid, tapi sejak mak makin berumur ni dah malas mak nak membelek orkid lagi, sudahnya orkid kat umah tu hambar macam tu je tak berjaga..:P


Along ada kenen2 jugak mak beli orkid tapi mak tak mau katanya payah nak jaga.



Tema bagi floria tahun ini adalah ros selamanya, bila masuk je dalam tapak pameran utamanya memang penuh ros sajelah, macam-macam bentuk yang dorang buat menggunakan bunga ros.



Dalam tupun dah bau ros je.


Contoh-contoh hiasan taman kat luar rumah, ha sape berminat tu bolehlah amik idea ni, tapi kereta tak boleh parking dalam lah kena parking kat luar, kalau tak rosak bunga-bunga tu kena gilis tayar kete...hehehehe


kami lepak kat floria tu lama jugalah, dari pukul 6.00 petang sampailah ke pukul 10.00 malam. Solat Maghribpun kat sana je, ada surau yang disediakan untuk lelaki dan perempuan, jadi tak menjadi masalah kalau nak lepak lama kat sanapun.

Sebelah malamnya pulak ada pertunjukan bot berhias dan bunga api, masa dorang dok bakar bunga api anak buah qalesya memang dah meraung gilalah, dia takut bunyi bunga api yang kuat itu.


bot2 berhias jugak cantik-cantik.



dan akhir sekali gambar puan blog dan keluarga yang sangat hepi dapat berjalan sakan...:P


masa kat floria ada satu insiden yang aku memang takan lupa sampai bila2..aku salah parking kete ko, cuak gila mencari ingatkan kereta aku dah hilang, mujurlah along teringat balik kat mana kami parking kete tu kalau tidak nangis tak berlagu la ye.....

Monday, July 11, 2011

Potluck ngan BFF

setelah merancang berminggu-minggu, akhirnya dapat jugaklah kami bertiga berjumpa. Kali ini tak jumpa tak cukup geng lah, pasai si ramlah, asma & linda ada hal lain dan leha pulak dalam pantang lahir anak sulungnya.

kami buat potluck kecil-kecilan sahaja tapi meriah juga, meriah dengan telatah anak-anak dorang, best sangat.


kesian budak2 ni dah kepenatan, sampai ada yang tertido termasuklah si kecik yang aku bawa tu, tido dalam kepenatan.


el & suaminya



kami yang bersiap2 nak makan, hehehe...


dan menunya adalah pengat durian + roti (noli bawak), laksa (aku bawak) dan el pulak bawak bihun & nasi goreng, dan jugak sagu gula merah (el, suami aku suka betui sagu ko wat ni)


laksa yang aku bawak tapi mak yang tolong buatkan, aku tolong beli bahan-bahan dia je. budak-budak kecik tu pun makan laksa ni gak tapi dengan kicaplah, berjasa sungguh kicap yang el bawa, dapatlah budak2 ni makan.



qalesya yang seronok dapat jumpa kawan baru. dalam kolam tu banyak ikan tu yang budak2 suka sangat main kt situ. dorang seronok nampak ikan berenang2.


dan akhir sekali gambar kami bertiga, dari kanan el, aku & noli bersama anak sulungnya.


best sangat dapat picnic ngan korang macam ni, lain kali bolehla kita buat lagi kan. aku juga berharap semoga ikatan persahabatan yang kita bina sejak dari zaman sekolah menengah ini akan terus berkekal sehingga ke akhir hayat.

Friday, July 8, 2011

Personal Taste



bagi peminat drama korea terutamanya peminat lee min ho mesti happy punya sebab drama terbaru aktor berkenaan dah keluar kat 8tv.


cerita yang aku maksudkan adalah personal taste, tayangan setiap hari isnin hingga jumaat, jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.


tiap malam memang aku layan cerita ni la, layan dalam bilik sorang2..sebab en suami tak minat cerita korea, jadi dia haruslah tengok tv kat hall kan.


bagi aku cerita ni seronok jugak, rugi kalau miss sehari...:P

WordLess FriDay..



Thursday, July 7, 2011

6 hari lagi!!

tik tok tik tokkkkkkk...........
tinggal 6 hari lagi besday encik suami....
akupun tak tau nak bagi apa.........
masih pikir2, lum ada perancangan....
aku ingat nak belanja dia makan kt amarin mv je....
pening-pening..................

Mari menulis bersama qalesya...

Jangan tak tau budak kecik ni sekarang memang banyak akalnya dan yang terbaru dia pantang nampak pen dan kertas.



bukan main lagi konon2 nak menulislah....abis satu muka surat tu dia conteng2nya....muka serius jer...:P


muka budak yang hepi bila dapat menconteng buku...jangan dia conteng buku sekolah pakcu dia sudah,kang mengamuk pulak adik aku tu kang...:D



qalesya bersama bestfriend nya si syakir a.k.a pak cu kir...:P