Showing posts with label putrajaya. Show all posts
Showing posts with label putrajaya. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

Jambangan Coklat Sempena Anniversary

Kami dapat jambangan coklat dari Kaseh...
Terima kasih kaseh....habis licin dah coklat2 tu kami makan....

Siap ada frame gambar lagi tu.....

Gambar kenangan bersama jambangan coklat harus ada.....
Untuk kenangan di masa hadapan....:P

Monday, November 21, 2011

Berbulan Madu - part 1

Birahnyalah nak berpart2 pulak entri kali ni.....hiks!


Sempena ulangtahun pertama perkahwinan kami....
kami berdua telah sepakat untuk berbulan madu di Pullman, Putrajaya...
Kenapa pilih hotel ni???
Sebab tempat ini tersangatlah privacynya...
Walaupun terletak dalam Putrajaya tapi lokasinya memang agak jauh dari kesibukan kota...ewahhhh
Memang sesuailah untuk yang sukakan kedamaian mcm kami berdua ni...:P

Pullman Hotel & Resort, memang cantik.....
Masa mula-mula cek in tu, rasa macam sunyi sangat....
Tapi kereta penuh dekat parking basement 1, terpaksalah kami turun ke basement 2...
Keadaan tupun dah menggambarkan betapa privacynya tempat ni...
Jarang sangat bertembung ngan penginap2 kat sani kecuali time makan je....
Masa tu korang akan nampak betapa ramainya yang menginap kat sini....:D


Reka bentuk setiap bangunan ni berbeza mengikut kreativiti...
Antara konsep yang ada......
Jasmine Wing....ini berkonsepkan senibina India....
Rafflesia Wing.....berkonsepkan borneo, bilik kat sini agak menarik sebab viewnya mengadap tasik.
Bunga Tanjung Wing - ini pulak berkonsepkan Melayu
Lotus Wing - berkonsepkan cina....


Bilik yang kami duduk ni terletak kat Lotus Wing, berkonsepkan senibina cina...


Yang istimewanya dalam bilik ni, ada jakuzi....

Bolehlah nak berendam selama mana yang boleh..

Bak kata suami saya, dah bayar mahal-mahal haruslah menggunakan sebaik mungkin...

Rugi kalau tak guna....hehehehe

Biliknya selesa sebab agak luas......


Seksi uuuuuuuu bilik airnya....

kalau bercuti ngan kawan-kawan tak digalakkan untuk pilih bilik ini...hehehe

kang tak pasal2 kena skodeng ngan kawan-kawan lak nanti....:P



Ada yang tanya bape rate bilik ni ye....

Harganya dalam RM300++ semalaman tidak termasuk tax ye kengkawan....

Kalau untuk kakitangan kerajaan dapatlah diskaun jadi RM290+ tax = RM300++





**lepas ni nak tayang lak gambar2 di sana...:P

Monday, September 26, 2011

Kekasih Gelapku.........:P

Hari sabtu aku dapat 'lampu hijau' dari encik suami untuk beraya kat rumah member2 aku di Putrajaya...dari awal lagi memang dah teruja habis bila encik suami izinkan pergi ke putrajaya untuk beraya kat rumah kekasih2 gelapku ini. Hati memang tak sabar untuk berjumpa dengan dorang.

Rindunya kat dorang, Allah sahaja yang tahu....bila dah dapat berjumpa ni hilanglah sikit rasa rindu tu, walaupun tak puas berjumpa dan bersembang sebab masa tidak mengizinkan.

Mereka adalah sahabat time suka dan duka.......as & ajan aku kenal dah lama....dah masuk 6 tahun, dari zaman bujang sampailah masing-masing sudah berumahtangga dan ada anak..........Alhamdulillah ikatan persahabatan ini masih tersimpul rapi.


Chris, zila dan mala...adalah adik2ku yang aku kenal lebih kurang 3 tahun.....bila bersama dengan dorang ni rasa macam sebaya lak.....hehehehe



Kita sayang korang semua................semoga kita akan terus bersahabat sampai bila-bila........Amin

Monday, July 11, 2011

Potluck ngan BFF

setelah merancang berminggu-minggu, akhirnya dapat jugaklah kami bertiga berjumpa. Kali ini tak jumpa tak cukup geng lah, pasai si ramlah, asma & linda ada hal lain dan leha pulak dalam pantang lahir anak sulungnya.

kami buat potluck kecil-kecilan sahaja tapi meriah juga, meriah dengan telatah anak-anak dorang, best sangat.


kesian budak2 ni dah kepenatan, sampai ada yang tertido termasuklah si kecik yang aku bawa tu, tido dalam kepenatan.


el & suaminya



kami yang bersiap2 nak makan, hehehe...


dan menunya adalah pengat durian + roti (noli bawak), laksa (aku bawak) dan el pulak bawak bihun & nasi goreng, dan jugak sagu gula merah (el, suami aku suka betui sagu ko wat ni)


laksa yang aku bawak tapi mak yang tolong buatkan, aku tolong beli bahan-bahan dia je. budak-budak kecik tu pun makan laksa ni gak tapi dengan kicaplah, berjasa sungguh kicap yang el bawa, dapatlah budak2 ni makan.



qalesya yang seronok dapat jumpa kawan baru. dalam kolam tu banyak ikan tu yang budak2 suka sangat main kt situ. dorang seronok nampak ikan berenang2.


dan akhir sekali gambar kami bertiga, dari kanan el, aku & noli bersama anak sulungnya.


best sangat dapat picnic ngan korang macam ni, lain kali bolehla kita buat lagi kan. aku juga berharap semoga ikatan persahabatan yang kita bina sejak dari zaman sekolah menengah ini akan terus berkekal sehingga ke akhir hayat.