Wednesday, July 20, 2011

8 bulan sudah

Wah sekejap je usia perkahwinan kami dah masuk 8 bulan, rasa macam baru je lagi mendengar suami melafazkan akad nikah.

Sejak berumahtangga ni aku rasa kehidupan aku lebih terurus terutama dari segi kewangan. Kalau masa mula2 suami pegang semua duit gaji aku, memang aku rasa memberontak juga, tapi tak berani nak luahkan kat dia kang derhaka lak tak hidu bau syurga nanti. Encik suami memang menjaga kewangan aku dengan betul, beli apa yang perlu sahaja dan alhamdulillah aku boleh terima semua itu,setiap hari dia hanya bagi RM10 sahaja untuk belanja siap ada baki lagi dan RM5 pasti aku akan masuk dalam tabung, kalau balik kerja tak simpan RM5 aku rasa macam tak best. Terima kasih bang sebab menjadikan saya seorang yang lebih berjimat cermat. Duit dalam tabung tu bolehlah abang simpankan dalam asb yer, nanti saya kumpul lagi sebanyak mana yang boleh.

Dia juga seorang suami yang sangat2 penyabar, sabar dengan perangai aku yang macam-macam ni, perangai yang memang susah dijangka. Kalau aku tengah marah, dia akan cuba sejukkan balik walaupun kadang-kadang tu aku cuba keraskan hati tak mahu terima pujukan dia. Tapi akhirnya aku tewas juga bila dia cuba pujuk dengan suara yang lembut.

Bila aku rasa bosan dialah penghiburnya. Tiap-tiap petang balik kerja dia akan tunggu aku depan pintu rumah, kalau hujan kat luar dia siap tunggu aku dengan payung lagi, tak mahu isterinya kena hujan (kami ni terbalikkan patut isteri tunggu suami, ni suami tunggu isteri..nak buat macam mana dah waktu kerja dia takat pukul 2 petang je).

Kalau masa makan memang dia akan minta aku temankan, walaupun hanya dia sorang je yang makan aku mesti kena duduk sebelah sebagai peneman. Katanya amalan macam ni elok untuk kerukunan rumahtangga.

Dia selalu mengingatkan aku supaya jangan tinggal solat, supaya jangan melambat-lambatkan waktu solat. Walau kemanapun kami pergi solat jangan tinggal, kat mana ada tempat solat kat situlah kami bersolat. Aku bersyukur Ya Allah sebab menemukan aku dengan seorang suami yang boleh menjadi pembimbingku.

Walaupun kami masih belum ada rezeki untuk menimang anak, tapi kami bahagia berdua. Kami akan cuba mengisi masa berdua ni sebaik mungkin, sebab bagi kami ini adalah peluang yang paling berharga untuk mengeratkan lagi kasih sayang kami.

Aku berjanji padamu Ya Allah akan menjadi seorang isteri yang terbaik buat suamiku, aku akan menjaga maruahku sebagai sorang isteri, aku akan menjaga makan dan pakainya, aku akan menjadi teman berbicaranya, aku akan menjadi penasihatnya jika dia ada masalah dan aku berjanji akan menjaga rumahtangga kami ini dengan sebaik mungkin. Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah, semoga ikatan perkahwinan kami ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kami dan engkau pertemukanlah kami disyurga nanti. Amin

2 comments:

amal said...

So sweett... semoga rumahtangga kalian kekal bahagia! :)

azrin_zelina said...

amal : terima kasih, semoga rumahtangga awak jugak akan kekal bahagia...:D