Thursday, March 10, 2011

Hari Kraf Kebangsaan 2011

Ye hari sabtu lepas aku telah ke Kompleks Kraf, sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011. Aku pergi dengan rombongan Persatuan Isteri2 Bomba. Rombongan kami seramai 41 orang, ramaikan dah macam rombongan cik kiah lak..:P

Kami semua berkumpul kat opis pukul 9.30 pagi, dah cukup orang semua barulah kami gerak ke kl, naik 4 buah van bomba.

Sampai2 sana, mak aiii..punyalah ramai manusia, nak berjalanpun siap berlaga2 lagi. Masa mula2 sampai tu kami di bawa ke bahagian opis, daftar dulu pasai kami datang sebagai rombongankan. Kalau tak nanti tak dapat cenderamata dari kraftangan Malaysia.

Lepas dah sattle daftar bagai, kami di bawa oleh sorang staff untuk melawat apa yang ada kat situ. Mula2 kami melawat muzium dulu. Menarik juga dalam tu, macam2 ada.

siap tengok demo lagi tu, demo masakan ngan macam2 lagilah.

Lepas dah siap lawatan, acara bebas. Kami diberi masa 4 jam untuk jalan2 dalam tu sebelum berkumpul balik. Aku masuk bahagian baju batik. Memang lawa2lah coraknya, tapi harganya mahai sangat. Ada tu harga sebulan gaji aku tau.:D

Kat tempat batik ni aku sempatlah rembah sehelai blaus batik, murah jer RM40 tapi lawa. Bolehla kan untuk wat kenangan, sebagai tanda aku pernah pergi Hari Kraf ni, bukan senang nak sampai sini tau, kalau tak ada yang bawa memang tak sampailah aku agaknya.

Gambar tuan tanah kat Kraftangan Malaysia..:P

No comments: