Tuesday, August 12, 2008

Air Penting!!!!!


Ramai beranggapan bahawa dengan pengambilan air berperisa mahupun berkarbonat mampu membekalkan jumlah air yang mencukupi dalam badan tanpa perlu mengambil air kosong. Hal ini nyatanya salah sama sekali. Secara purata, badan kita kehilangan hampir 2.5 liter air (lebih kurang 10 cawan) setiap hari melalui peluh, pernafasan dan pembuangan najis. Pada masa yang sama, kita juga kehilangan bahan elektrolit (mineral) seperti sodium, potassium dan kalsium yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair dalam badan. Oleh sebab itulah, kita memerlukan air yang mencukupi untuk menggantikan semula pengeluaran ini bagi mengelakkan masalah dehidrasi (masalah kekurangan air). Jika berlaku dehidrasi, badan akan mengalami perubahan fisiologi yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan tanpa kita sedari. Malah kekurangan air juga akan menyebabkan jumlah darah yang dipam ke seluruh badan berkurang dan memberi kesan pada fungsi tubuh lain.

No comments: