Tuesday, June 29, 2010

singapore part 2

oh lupe nak bagi tau...sepanjang di singapore kami menginap kt hotel 81 bugis...sekian..:P

kali ni aku nak cerita pasai makan pulak...kat sana agak payah untuk dapat makanan halal, jadi pandai2 cari makan kalau tak memang tak ada tenaga untuk berjalan...makanan kt atas ni kawan along yang belikan...sedap jugak kurang manis lah..bolehlah wat alas perut kami ni walaupun tidaklah lapa sgt...orang kata wat kudap2...:D


yang ini pulak murtabak ayam zam zam...murtabak ni memang glamer sgt kat singapore tu...besa ko, harga dia aku tak pasti sama ada 5 dolar atau 10 dolar...pasai along yang tukang bayarkan...satu keping murtabak yang besa ni boleh makan 2 atau 3 orang...rasa dia memang sedap sangat...restoran ni terletak kat Arab Street..depan Masjid Sultan...

nasi ayam penyet...ni makanan untuk adik aku sikin...dia memang tak makan masakan mamak jadi haruslah order menu lain kan..tu pun jenuh nak meyakinkan dia yang tukang masak tu bukan mamak tp indonesia muslim...aku tak rasapun nasi ni jadi aku tak taulah sedap ke tidak yang aku tau harga dia memang mahai dekat 14 dolar...agaknya tokey kedai tu kencing kami kot pasai dia tengok kami pelancongkan...agak2 jelah akupun tak sure sgt...hehehehe

nasi beriani ayam...gila banyak nasi ni...aku makan tak habispun..sedap gak lah...ni pun dekat restoran zam zam jugak....

durian ni paling sedap kooooo.....aduhai rasanya sampai sekarang ni terbayang2 lagi...isi dia memang besa sangat hargapun murah jer 5 dolar
walaupun kami ni tahap melantak tapi alhamdulillah berat badan kami langsung tak naik...turun sekilo lagi ada...tulah berkatnya kami berjalan jer nak kemana langsung tak menggunakan teksi.....jadi sape2 yang nak ke singapore tu aku cadangkan supaya korang berjalan jelah...tak jauh manapun satu2 tempat tu yang penting korang jangan malas berjalan dan lagi satu tangan tu ringan2lah pegang map dan sebotol air mineral...:D

singapore part 1

Alhamdulillah akhirnya percutian kami ke singapore menjadi realiti...ni percutian yang memang tak pernah masuk dalam dairi langsung dan aku memang tak pernah bermimpi untuk sampai ke sini...ni semua along yang punya plan, dia offer aku on jer

kami ke singapore hanya bertiga beradik jer iaitu along, aku & sikin..macam tak sangka jer yang kami boleh redah kt negara orang hanya berpandukan peta di tangan sahaja...

kami sampai kat sana dalam pukul 9.00 pagi dengan menaiki ktm...lama jugak dok dalam ketapi tu dekat 10 jam bertolak dari kl sentral dalam pukul 10.30 malam...mujurlah along beli tiket yang ada katil bolehlah tido sepanjang perjalanan tu...mula2 masuk dalam train tu lucu jugak...tp bila dah naik rasa selesa jugak boleh je aku lena sampai ke pagi...:D

esplanade, lawakan ni semua gambar yang diambil pada waktu malam hari pertama kami tiba...siang dah amik tp along kata kalau ambil gamba waktu malam lagi cantik...kt sana kua malam2pun masih lagi selamat tak macam dekat malaysia...kami berjalan jer dari hotel ke tempat2 ni...memang rasa macam pengembara betuilah....hiks!

gayat aku tengok bangunan ni...beraninya dorang makan kt puncak tu ekk...kalau aku tobatlah tak mau aku naik ehh...

cantikkan pemandangan waktu malam...kalau tak silap aku time ni dah pukul 10 malam kot...masa ni kami masih lagi lepak kt tepi merlion tu, kalau kawan2 nak tau sepanjang kt singapore ni kami bergerak hanya naik MRT atau berjalan kaki sahaja...kalau penat sangat barulah kami naik teksi..tupun jarang sgt naik teksi...berjalan kaki lebih jimat duit pasai kt sana semua mahaikan...selain tu leh gak excercise...:P

Friday, June 25, 2010

Takziah Sahabatku..

petang semalam aku terima berita yang sungguh mengejutkan..yang membuatkan aku macam tak percaya jer...pidah sahabatu bagitau anak dia Asyraaf telah meninggal dunia..anak kecil yang baru jer habis pantang...katanya anaknya demam dan paru2nya terkena jangkita kuman...

aku harap sabahatku tabah menghadapi ujian dari Allah..hanya Allah yang tau semua ni berlaku...mungkin ada hikmah disebaliknya...Al-fatihah

Thursday, June 24, 2010

Tanjong Jara Resort, Dungun Terengganu

* pic credit 2 en. google

inilah tempat impian aku untuk honeymoon, Tanjong jara Resort, Dungun Terengganu..ni sume pasai terpengaruh ngan novel 'terbanglah sayang' penulis novel tu kata tempat ni memang cantik sesuai sangat untuk honeymoon...jadi akupun gooogle le untuk tengok...bila aku buka je terus jatuh cinta memang betuilah apa kata penulis tu tempat ni memang cantik...

Mr.A ajak pi langkawi jer..tapi aku tak maulah..bosanlah langkawi tu...aku tak berapa berkenan sangat langkawi...tempat tu tak sesuai dengan jiwa aku yang romantis ni...puiii..mesti along geli baca ayat berani mati aku ni...hahaha..pedulik la..:P

tempat ni bukan jauh sangatpun kalau bawak kereta dalam 4 atau 5 jam jer dari kuala lumpur..kalau dari kuala terengganu makan masa sejam lebih jer...kalau honeymoon kat sini, boleh lah jalan kat kuala terengganu...kawenpun belum dah berangan nak honeymoon yer, gatal sangat ke cik lin oiii..tapi biarlah, sume ni perlukan perancangan yang rapi...barulah best...hiks!

harap2 Mr.A setujulah dengan cadangan aku ni...saya tak mau p langkawi tp mau p terengganu ekk...bolehlah, bolehlahhhh...kalau setuju silalah booking tau nanti kang takut melepas plak...pastikan Mr.A booking Anjung Room tau...:P

InsyaAllah

hari ini aku puasa sunat bulan rejab lagi...Alhamdulillah baru dapat 3 hari pose sunat..kalau boleh aku nak pose sampai abih bulan rejab....

puasa nipun elok gak..selain dapat meningkatkan amalan..ia juga wat berat badan aku turun dan terus turun...yelah sebelum treatment aku ngan slim world abih bulan depan aku harus turun lagi 10kg..tulah sasaran yang slim world telah tetapkan buat aku...duit dah dilaburkan, jadi aku haruslah berjuang hingga ke treatment terakhir....semangat aku harus kuat untuk kawal makan, kalau tak semua usaha aku selama ni sia2 jer..dan jumlah duit yang dilaburkan tu hangus macam tu jer...tak sanggup aku wooo, tak sanggup aku nak hampakan harapan insan tersayang yang sanggup laburkan duit untuk lihat aku kurus...mekacih banyak2..jasamu ku kenang..hiks!

sekarang ni aku makin tak saba lak nak tengok perubahan pada diri aku sendiri...aku tak sabar nak pakai kebaya2 aku tu lagi..walaupun sebahagiannya dah boleh aku pakai tapi tu belum cukup lagi bagi aku...masih banyak lagi inci2 yang perlu aku tarah sampai jadi badan macam biola...wekkk!

Insya Allah semua tu tak mustahilkan...yang penting semangat kene kuat, displin kene tinggi dan jangan malas nak pergi treatment..tu paling penting, bialah apa orang nak kata, asalkan aku tak mintak duit dorangpun...aku pun tak suke dengan kata2 macam ni 'makan jelah sementara masih sihat sok dah sakit langsung tak dapat makan'...bagi aku tu semua salah, kalau kita makan main taram jer tu yang buat badan kita cepat dapat penyakit..makan tu boleh tapi biarlah berpada orang kata...jangan main hentam jer sok nanti badan yang merana...pikir2kan

Wednesday, June 23, 2010

Lagi 2 hari

aku menghitung hari ni..lagi 2 hari aku nak gi bercuti..aku nak rehat puas2..badan aku letih otakpun dah letih gak asyik kerja jer..kali ni nak bercuti sepuas2nya...dan aku berharap percutian aku kali ni menyeronokkan tanpa sebarang gangguan...:D

tapi sepanjang percutian tu mesti aku rindukan anak buah aku si qalesya..mesti rindu dengan mulut becoknya tu..dia suke bercerita bila kita tanya..mulut dia memang tak henti nak bercerita..tapi bercerita dalam bahasa dialah akupun tak paham..yang aku tau aku seronok tengok mimik muka dia gerak mulut dia bila bercerita..bila penat bercerita mulalah nak nangis..rupanya dia bercerita ada makna suruh kita angkat dia...aduhai,qalesya,qalesya..kiutnya..

akupun mesti rindu kat mak aku..almaklumlah aku ni kan anak mak..mana ada mak situlah ada aku..aku mana penah pisah jauh2 ngan mak aku ni..nanti dah kawen macam manalah agaknya kan..tak dapat nak bayangkan..

tapi paling aku rindulah mestilah MR.A...yelah kat sana nanti mana leh nak berSMS..mahai wooo,nampak ganya selama 3 hari aku akan diam tanpa sms dia lah..waaa, rindulah nanti..:P

jadi aku nak ucapkan selamat bercuti wat diri aku sendiri...hihihihi, semoga percutian aku kali akan membawa kenangan paling indah wat diri aku dan semoga aku selamat pergi dan selamat pulang ke rumah aku yang tercinta

Friday, June 18, 2010

Layan Jiwang..

ari ni aku kua awai dari biasa..6.30 dah kuar dari rumah anta along kat ERL dia mau pi kelas ada exam..dalam perjalanan tu denga hotFM..kua lak lagu ari lasso, cintailah aku sepenuh hati...memang layan habislah dah la hujan, memang syoklah:D..aku sukalah lagu ni...mendalam sungguh maksudnya tu...


Di dalam hatimu
Telah aku temukan
Erti kebahagiaan

Sanggupkah dirimu
Untuk bertahan
Hingga waktu tak berjalan

Mencintaiku
Walau bintangku tak berjalan

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini

Betapa hidupku takkan pernah sama
Bila kau tinggalkan aku
Tetaplah disini saling memiliki
Selama-lamanya

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini
Tiada erti semua bila kau pergi

Genggamlah tanganku dan peluklah diriku
Saatku jatuh nanti menangis sepi

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
CIntailah aku sepenuh hati
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini
Tiada erti semua bila kau pergi