Showing posts with label singapore. Show all posts
Showing posts with label singapore. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Singapore Part 4

Nak sambung semula cite pasai cuti2 ke singapore, lepas makan murtabak kami berjalanlah area arab street tu menuju ke istana kampung gelam, jalan punya jalan sekali ternampaklah kedai mainan ni, namanya aku tak tau lah pulak.


Mula-mula tu agak takut jugaklah nak masuk, pasai kami tak pasti samada kedai ni dah bukak atau belum, tetiba jadi kompius kejap...:P


bila kami nampak ada pelanggan dalam kedai tu, barulah berani nak masuk...masuk-masuk je memang terujalah tengok mainan yang ada dalam ni, sungguhlah bewarna warni, kalau ada anak sendiri kompom aku borong semua sekali...hehehe


macam2 mainan yang kami pegang, kunun2 nak belilah tapi bila nampak yang lain lagi cantik yang pegang tadi terus letak balik capai pulak yang lain...


agak lama jugalah kami duduk dalam kedai ni, ate semuanya berkenankan haruslah memilih mana yang mencukup dengan bajet



istana ini sangat cantikkan, aku memang berkenan sangat...ingat nak beli untuk tina sebagai hadiah besday, tapi bila memikirkan yang kami ada satu hari lagi kat sini, niat tu terpaksalah dibatalkan...sori ye tina, lain kali bila makcu datang bercuti kat sini lagi nanti makcu beli ye...:D

Thursday, May 5, 2011

Singapore Part 3

Pagi2 subuh aku dah bangun, menunaikan kewajipan pada yang esa. Lepas tu kami semua bersiap untuk pusing2 singapore.


Kami kua dari hostel seawal jam 8.00 pagi, kalau tak silap akulah, dan berjalan kaki menuju ke MRT Chinatown, kat singapore ni perjalanan kami hanya menggunakan MRT jer lepastu menggunakan kaki sendiri, x adalah kami nak naik teksi bagai, sebab kalau naik teksi tak puas nak berjalan.


Bila dah kat MRT tu, kami berpakat nak gi penuhkan tangki perut ni dulu, apa lagi makanlah...dan along wat keputusan ke Arab Street, pekena murtabak yang femes kat singapore iaitu Zam Zam Singapore Murtabak.


Murtabaknya ada 3 saiz, kecik, sedang dan besar..biasanya pekerja kat sini akan bagi kita murtabak bersesuain dengan jumlah orang yang nak makan tu. Kami bertiga jadi dia bagi kami murtabak ayam saiz medium.


Ayam dalam murtabak tu memang besa2, puas woo makan, berbeza dengan murtabak malaysia yang guna daging hancur @ kisar, kat sana ayam tu potong2 jer...sedap ko, kalau sapa2 ke singapore harus mencuba murtabak ni.



Selain tu kami order prata bawang, memang sedaplah prata bawang ni...lain kali leh try lagi



Terliur pulak aku tengok prata ni, aishhhh rasa macam nak makan lagi lah...:P


3 orang makan baru 12 dolar, kira berbaloilah...

Wednesday, May 4, 2011

Singapore Part 2

Percutian kami memang percutian bajet, tak adalah nak tido kat hotel yang mahal2, pasai kami tahu kemampuan kewangan kami takat mana, dah dapat berjalan tengok negara orang nipun dah bersyukur sangat2, sekurang2nya merasalah jugak pergi dari tak pernah pergi langsung..ye dakkk...:P


Sepanjang 3 hari 2 malam kat singapore, kami menginap di backpacker's inn, dekat chinatown...mula2 sampai tu memang terkejut jugaklah pasai tempat penginapan kami ni atas bar...cuak jugak rasanya, tapi jangan risau tempat ni selamat, pasai dia punya security memang baik..hostel kami tupun hanya penginap je yang dibenarkan masuk, nak masukpun pintunya guna password.



Inilah rupanya bilik yang kami sewa tu, jadilah kan sekadar buat tempat tido, mandi & solat jer, walaupun bilik ni kecik tapi tempat ni memang bersih, wangi lagi tu.


Kelengkapan kat sinipun lengkap, ada dua bilik air yang bersih dan selesa, ada pantri kalau lapar boleh la masak megi, ada air panas disediakan...pantri ni pun ada microwave kalau ada yang nak panaskan makanan....ha kalau nak basuh bajupun boleh tau, ada 3 mesin basuh yang korang boleh gunakan, free lagi...kat hotel mahal pun tak dapat basuh baju free tau...hehehehe



Tuesday, May 3, 2011

Singapore Part 1

Cuti hari pekerja puas dapat jalan2 ke singapore. Aku rasa percutian kali ni lebih seronoklah, rasa macam betul2 seorang pengembara...:P


Kami bertolak dari kl sentral dengan ktm jam 5.00 petang, sepatutnya train kami tu bertolak pukul 2.00 petang tapi disebabkan ada banjir kat penang, jadi trainpun delay lah. Terpaksalah kami melepak kat sentral sampailah train datang, bosan juga menunggu lama ni.


Apa2pun kami isi perut dulu dengan kfc lepas tu solat dan sambung balik lepak...:D, kami sampai singapore jam 1.00 pagi, mujurlah ada lagi teksi yang boleh bawak kami ke tempat penginapan di chinatown.


Nanti aku sambung balik part 2 percutian kami itu yer, gamba nak kena kecikkan dulu...sebagai selingan meh nak tunjuk gamba nasi gorang ayam & milo panas, makanan yang kami makan dalan kafe ktm.

Tuesday, June 29, 2010

singapore part 2

oh lupe nak bagi tau...sepanjang di singapore kami menginap kt hotel 81 bugis...sekian..:P

kali ni aku nak cerita pasai makan pulak...kat sana agak payah untuk dapat makanan halal, jadi pandai2 cari makan kalau tak memang tak ada tenaga untuk berjalan...makanan kt atas ni kawan along yang belikan...sedap jugak kurang manis lah..bolehlah wat alas perut kami ni walaupun tidaklah lapa sgt...orang kata wat kudap2...:D


yang ini pulak murtabak ayam zam zam...murtabak ni memang glamer sgt kat singapore tu...besa ko, harga dia aku tak pasti sama ada 5 dolar atau 10 dolar...pasai along yang tukang bayarkan...satu keping murtabak yang besa ni boleh makan 2 atau 3 orang...rasa dia memang sedap sangat...restoran ni terletak kat Arab Street..depan Masjid Sultan...

nasi ayam penyet...ni makanan untuk adik aku sikin...dia memang tak makan masakan mamak jadi haruslah order menu lain kan..tu pun jenuh nak meyakinkan dia yang tukang masak tu bukan mamak tp indonesia muslim...aku tak rasapun nasi ni jadi aku tak taulah sedap ke tidak yang aku tau harga dia memang mahai dekat 14 dolar...agaknya tokey kedai tu kencing kami kot pasai dia tengok kami pelancongkan...agak2 jelah akupun tak sure sgt...hehehehe

nasi beriani ayam...gila banyak nasi ni...aku makan tak habispun..sedap gak lah...ni pun dekat restoran zam zam jugak....

durian ni paling sedap kooooo.....aduhai rasanya sampai sekarang ni terbayang2 lagi...isi dia memang besa sangat hargapun murah jer 5 dolar
walaupun kami ni tahap melantak tapi alhamdulillah berat badan kami langsung tak naik...turun sekilo lagi ada...tulah berkatnya kami berjalan jer nak kemana langsung tak menggunakan teksi.....jadi sape2 yang nak ke singapore tu aku cadangkan supaya korang berjalan jelah...tak jauh manapun satu2 tempat tu yang penting korang jangan malas berjalan dan lagi satu tangan tu ringan2lah pegang map dan sebotol air mineral...:D

singapore part 1

Alhamdulillah akhirnya percutian kami ke singapore menjadi realiti...ni percutian yang memang tak pernah masuk dalam dairi langsung dan aku memang tak pernah bermimpi untuk sampai ke sini...ni semua along yang punya plan, dia offer aku on jer

kami ke singapore hanya bertiga beradik jer iaitu along, aku & sikin..macam tak sangka jer yang kami boleh redah kt negara orang hanya berpandukan peta di tangan sahaja...

kami sampai kat sana dalam pukul 9.00 pagi dengan menaiki ktm...lama jugak dok dalam ketapi tu dekat 10 jam bertolak dari kl sentral dalam pukul 10.30 malam...mujurlah along beli tiket yang ada katil bolehlah tido sepanjang perjalanan tu...mula2 masuk dalam train tu lucu jugak...tp bila dah naik rasa selesa jugak boleh je aku lena sampai ke pagi...:D

esplanade, lawakan ni semua gambar yang diambil pada waktu malam hari pertama kami tiba...siang dah amik tp along kata kalau ambil gamba waktu malam lagi cantik...kt sana kua malam2pun masih lagi selamat tak macam dekat malaysia...kami berjalan jer dari hotel ke tempat2 ni...memang rasa macam pengembara betuilah....hiks!

gayat aku tengok bangunan ni...beraninya dorang makan kt puncak tu ekk...kalau aku tobatlah tak mau aku naik ehh...

cantikkan pemandangan waktu malam...kalau tak silap aku time ni dah pukul 10 malam kot...masa ni kami masih lagi lepak kt tepi merlion tu, kalau kawan2 nak tau sepanjang kt singapore ni kami bergerak hanya naik MRT atau berjalan kaki sahaja...kalau penat sangat barulah kami naik teksi..tupun jarang sgt naik teksi...berjalan kaki lebih jimat duit pasai kt sana semua mahaikan...selain tu leh gak excercise...:P