Lamanya aku tak update blog ni, rasa macam tak ada mood nak mengarang ayat...benda banyak nak cerita tapi jari ni tak mampu lak nak menaipnya, jadilah biarlah ia tersimpan je dalam kotak ingatan......:P
Hari ni dah 19 Disember 2011, nampaknya tahun 2011 semakin hampir ke penghujungnya, banyak sangat perkara suka dan duka berlaku dalam tahun ni...
Dan benda yang paling buat aku nak tergelak dan sakit ati bila terpaksa bekerja ngan orang yang tak profesional, pemikiran masih kebudak-budakan. Serius letih sangat aku rasa bila bekerja dengan orang yang macam ni, aku rasa kami memang tak boleh bekerjasama sampai bila-bila.
Aku rasa biarlah ini adalah kerjasama yang pertama dan terakhir antara kami.
Showing posts with label luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label luahan rasa. Show all posts
Monday, December 19, 2011
Friday, September 9, 2011
Top up pun dah kenai cukai.....
lepas ni top up pun nak kena cukai dah...
tapi gaji masih macam ni....
amacam tu?????

Cukai talian prabayar 6 peratus
Oleh Mahanum Abdul Aziz
2011/09/09
Semua pembelian tambah nilai, kad sim dikena caj mulai 15 SeptemberKUALA LUMPUR: Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur semalam, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.
Kenyataan itu menambah, dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.
“Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula semalam mengenai cukai perkhidmatan itu,” katanya.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat baru itu, pelanggan prabayar boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan.
Syarikat telekomunikasi itu berkata, cukai perkhidmatan adalah cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan seperti termaktub dalam perundangan cukai perkhidmatan.
Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.
Sementara itu, BERNAMA melaporkan Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (PERBIT) membantah tindakan syarikat telekomunikasi mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.
Presidennya, Mohd Ali Ibrahim, berkata tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna, terutama golongan berpendapatan rendah.
“Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prabayar adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil, ia akan memberi kesan,” katanya.
kredit to: berita harian
Labels:
alahai,
luahan rasa
Monday, July 18, 2011
Masih menunggu
Aku masih lagi menunggu bilalah pertukaran aku ke bhg kejuruteraan berkuatkuasa. Selagi tak ada hitam putih selagi tulah masih menanti.
Harapannya biarlah bulan puasa nanti aku dah tuka ke sana. Lambatnya puan saya ni nak kuarkan surat pertukaran, saya dah tak sabar ni..huhuhu.............
Harapannya biarlah bulan puasa nanti aku dah tuka ke sana. Lambatnya puan saya ni nak kuarkan surat pertukaran, saya dah tak sabar ni..huhuhu.............
Labels:
luahan rasa
Friday, January 21, 2011
Tahan je hati ni tau...
hari ni jumaat rehat lama...aku merayau kat tesco, geram jer hati ni tau,nak soping tapi duit aku di kawal ketat oleh en. suami, aku memang tak boleh nak suke2 hati bebelanja yang bukan2 yer, kalau nak beli apa2 kena pergi ngan dia, kalau melepasi piawaian barulah dapat beli kalau tak ko berangan jelah....hehehehe
gi kerjapun dia yang bagi duit sehari RM10,waaaaa...nak nangis beb, tapi aku tau dia buat semua tu pasai aku ni boros sangat...elok jugak sebenarnya, cume yang tak best kalau hati terbekenan kat satu2 benda terpaksalah tahan, nak mintak duit kt en. suami takut kena marah....padan muka aku kan.....tulah sape suh boros2 berbelanja
Labels:
luahan rasa
Thursday, January 13, 2011
Mak saya kata...
baru lepas call mak...aku memang hari2 akan call mak...walaupun tak bersembang lama, tapi cukuplah sekadar dapat denga suara dan tau apa mak buat, kalau tak biasa berjauhan ngan kuarga nilah padahnya....setiap masa rindu merindu...hiks!
setiap kali call, soalan yang sama pasti mak akan tanya, pagi tadi makan apa???...risau sangat anak dia ni tak makan yer....:P, sayapun jawablah beli je mak, lepas tu mak tanya plak suami makan apa....sayapun jawab diapun beli gak.....hmm, mak pun memulakan lah leterannya, ni yang malas nak denga ni...hahaha, panas rasa telinga ni, biasalah bebelan seorang emak untuk kebaikan anak2nya jugak...ye dak
mak cakap tak elok macam ni.......ko tu dah 2 bulan kawen ngah, takan hari2 nak biarkan suami makan kat lua....apa salahnya ko masak sebelum kuar gi kerja, bukan payahpun...belajar skit bangun awal pagi....
tapi masalahnya bukan aku tak mau masak...tapiiiiiiiiiiiiiii, hmm...ntahlah....malas nak cakap banyak....nanti dah dok umah sendiri.....barulah leh wat semua tu........ah, rasa tak sabar lak nak hidup sendiri...tapi lama lagi, nak sewa rumah tapi en. suami pulak yang tak mau, nak tak nak aku harus bersabar dan terus bersabar...aku harap mak akan paham apa yang aku rasa sekarang.......peace...:P
Labels:
luahan rasa
Thursday, June 24, 2010
InsyaAllah
hari ini aku puasa sunat bulan rejab lagi...Alhamdulillah baru dapat 3 hari pose sunat..kalau boleh aku nak pose sampai abih bulan rejab....
puasa nipun elok gak..selain dapat meningkatkan amalan..ia juga wat berat badan aku turun dan terus turun...yelah sebelum treatment aku ngan slim world abih bulan depan aku harus turun lagi 10kg..tulah sasaran yang slim world telah tetapkan buat aku...duit dah dilaburkan, jadi aku haruslah berjuang hingga ke treatment terakhir....semangat aku harus kuat untuk kawal makan, kalau tak semua usaha aku selama ni sia2 jer..dan jumlah duit yang dilaburkan tu hangus macam tu jer...tak sanggup aku wooo, tak sanggup aku nak hampakan harapan insan tersayang yang sanggup laburkan duit untuk lihat aku kurus...mekacih banyak2..jasamu ku kenang..hiks!
sekarang ni aku makin tak saba lak nak tengok perubahan pada diri aku sendiri...aku tak sabar nak pakai kebaya2 aku tu lagi..walaupun sebahagiannya dah boleh aku pakai tapi tu belum cukup lagi bagi aku...masih banyak lagi inci2 yang perlu aku tarah sampai jadi badan macam biola...wekkk!
Insya Allah semua tu tak mustahilkan...yang penting semangat kene kuat, displin kene tinggi dan jangan malas nak pergi treatment..tu paling penting, bialah apa orang nak kata, asalkan aku tak mintak duit dorangpun...aku pun tak suke dengan kata2 macam ni 'makan jelah sementara masih sihat sok dah sakit langsung tak dapat makan'...bagi aku tu semua salah, kalau kita makan main taram jer tu yang buat badan kita cepat dapat penyakit..makan tu boleh tapi biarlah berpada orang kata...jangan main hentam jer sok nanti badan yang merana...pikir2kan
Labels:
luahan rasa
Wednesday, November 18, 2009
Aku Dah Jemu
Jemulah...aku ingat nak tuka unit lain...dh hampir 2thn aku dok kt unit ni ari2 wat keje yg sama jer...rasa mcm tak berkembang je otak aku ni...:P
semalam aku dh kasi tau cc aku nak tuka unit lain...tp tak taulah bos aku lepas kan ke tidak...harap2 lepaslah pasainya aku dah jemuuuuuuuuuuuuuuuuuu...
Labels:
luahan rasa
Subscribe to:
Posts (Atom)