Showing posts with label Apam Polkadot. Show all posts
Showing posts with label Apam Polkadot. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Resepi Apam Dot Dot


Atas permintaan ni aku tempekkan resepi Apam Polkadot...

Bahan-Bahan:

3 biji telur (sejuk dari peti ais)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar / susu cair
3 sudu baking powder
1 sudu kecil ovallete
1 sudu teh perisa vanila

Filling (Inti): (Ikut citarasa masing-masing)
bluberry/strawberry/coklat/

Perwarna yang disukai
Paper cup secukupnya (saiz sederhana kecil)

Cara-caranya:

  1. Masuk semua bahan dalam mangkuk mixer dan pukul pada kelajuan maksima hingga kembang.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna dan ke dalam piping bag.
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan.
  5. Picitkan filling kesukaan secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan hingga 3/4 penuh. Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan.
  7. Kukuskan selama 10-15 minit.


Nota:

  • Masa kukus tu api jangan besar sgt, guna api sederhana jer untuk mengelakkan apam jadi terlampau kembang.
  • Balut penutup kukus dengan kain supaya apam cantik jer tak lubang-lubang sangat.


Tuesday, September 20, 2011

Aku Main Masak2

Roh memasak sudah menguasai diriku ini...ewahhh
Dulu tak suka buat kuih sekarang ni bukan main rancak lagi aku salin resepi...
Kalau boleh semuanya nak cube...hehehehe

Dan yang terbaru aku telah berjaya membuat APAM POLKADOT...
Kecoh je kan, orang lain dah berzaman pandai buat apam ni...
Aku baru pertama kali buat dah kecoh....hehehehe, ada aku kisah..:P


Sebelum di kukus.....





dan ini selepas dikukus yer....



Aku buat 2 adunan untuk Majlis Kenduri Doa Selamat kat rumah adik aku di Perak...

Memang elok je dia naik gebu tau....

Sangat-sangat puas hati bila percubaan pertama menjadi....

Laku tau kuih ni jangan tak tau........

Siap ada yang nak tempah lagi....:D