Monday, August 25, 2008

Minggu yang bizi...

mulai esok aku dah start raptai penuh hari kemerkaan ke 51, maknanya aku memang x akan masuk opis sampailah 31 ogos....aku hanya ada satu ari ni je untuk setelkan sume kejer2 aku sebelum aku mula berjuang....cewahhhh....penat woooo,walaupun kami dapat pelepasan tapi badan ni memang x cukup rehat,pagi2 buta kui 5.30 kami dh kene bergerak ke dataran merdeka....orang lain sedang enak dibuai mimpi lagi time tu...tp apa leh buatkan aku yang pilih untuk masuk..bukan ada yang paksapun....hehehehehe,oklah kengkawan kita jumpe balik next week yer.....sebelum tu aku nak ucapkan selamat berpuasa untuk korang semua.

Thursday, August 21, 2008

Gelang....


Nilah sampul pos ekspressnya.............


Ni pulak isi dalamnya....seutus gelang tangan

hari ni aku menerima satu bungkusan pos ekspress...dalam hati dok bertanya gak apa bendalah agaknya ni dan siapakah pengirimnya...rupanya2 seorang sahabat dari sandakan, sabah yang bagi....dia hadiahkan aku seutas gelang tangan..kilau2 lagi....cantik,aku suka sangat...dia bagi sebagai tanda persabahatan kami....ewahhh.........terima kasih w**

Aku & KLCC


Wah tengok tajuk mcm gempak jekan.........hehehehehe,aku nak stori skit ni...smalamkan wat pertama kalinya aku berjaya memboloskan diri aku di tengah2 kota metropolitan kuala lumpur...akhirnya aku berjaya gak drive ke klcc...slama ni aku x confident sgt nak kesana yang penting kena ada keberanian...tui tak??...senang je nak ke sana lain kali aku leh le merempit kesana lagi, pasni x perlulah aku naik train lg semata2 nak ke klcc.....aku gi sana time lunch hour semalam.....ada urusan yang perlu aku selesaikan....

Monday, August 18, 2008

kisah aku dan si dear.....


Hari ni aku cuti keluar dating dengan si dear...dh sebulan lebih kami x kua pasainya sabtu ahad aku bz dengan latihan hari kebangsaan....jd cuti sekolah nilah aku amik kesempatan untuk keluar bersama...memandangkan si dear berkeja sebagai seorang guru terpaksalah aku amik cuti untuk kuar bersama...kami dating kt midvalley...tempat peberet kami berdua...hehehehehe....bila dh kesana aktiviti kami mcm biasalah tgk wayang, makan dan juga shoping.....i likeeeeee....hehehe...thanks dear sebab belikan saya minyak wangi estee lauder ni...dh lama nak tapi baru kali ni hajatku itu tertunai....biasalakan kene tunggu bajet dr si dear..........




nilah antara barang2 yang aku beli....hehehehee....best dapat apa yang dihajatikan......terima kasih daun keladi nanti leh belanja saya lagi.......kuang,kuang,kuanngggg



pas shoping perut terasa lapa lah plak...kali ni kami pilih untuk makan di Amarin Heavenly Thai Restaurant........best tau makan kt sini...harganya memang mahai kami berdua makan je kene 143......tapi puas hati pasai sedap, servispun bagus gak x sampai 5 minit makanan dh terhidang di meja........kami order tomyam, baby kailan, siakap sweat n sour memang best....ayam masak campur dengan kacang hazel, otak2, dan akhir sekali air, aku minum apple juice n si dear minum star fruit juice............jomlah layan gamba antara menu2 yang kami makan...jangan terliur dahlah


nilah otak2....besa sgt sampai muak makan....



ni nasi yang aku makan....huhuhuhu....



siakap masam manis (RM46) tuuuu...........tp best giler

Sunday, August 17, 2008

Skin Food


Td aku pergi alamanda tujuan asalnya nak cari buku rujukan kak cik untuk spm...tp aku dah terlencong ke satu kedai skin care iaitu skin food....aku nak try pakai produk ni plak,aku tgk member aku elok je kulitnya pakai produk ni..licin je mcm tomato..dlu kulitnya kusam gak...aku li yang basic je pencuci,toner ngan pelembap...harga 3 barang ni 170+ agak mahal jugak tp berbaloi lah pasai dia punya botol besar2 tahanlah 3 bulan......

Friday, August 15, 2008

hmmmmmmmm...


Hmmm,ada sorang member ni tanya cc aku nape dulu badan aku kecik skrg dh gemuk....memanglah aku akui yg skrg ni badan aku dh naik...mungkin aku tgh berbahagia kot...sbb tulah mknpun selera jer tp nak kata makan byk sgt biasa jer....yg pastinya badan aku naik sejak aku stop berjoging kira2 2 thn lepas...sebelum aku berpindah ke jabatan yang baru memang aku ni kuat bersenam nak2 ada member yang rajin bersukan...tp sejak berpindah ke tempat baru ni semuanya berubah sekelip mata...aku jd malas bersenam...last2 nilah yg aku dapat badan naik...aku memang x selesa dengan keadaan skrg ni...aku skrg ni sedang berusaha untuk kembali ke bentuk badan yang asal...akupun dh start aktif balik makanpun dh cube kurangkan skit....semoga impian aku ini akan menjadi satu kenyataan.......aku sedang berusaha untuk mendapat bentuk badan mcm angelina jolie ni....huuhuhuhuhuhu

Thursday, August 14, 2008

Hari ini punya cerita....

pagi tadi kui 8.30 aku dh kuar dari opis menuju ke inspen untuk jaga periksa perkhidmatan kumpulan c...abih exam kui 10.30,kemas2 kui 11 kualah dr inspen balik ke opis...sebelum tu aku ngan kengkawan singgahlah kt taman warisan tok makan lapalah katakan.....pas makan kami turun bawah tmpt org jual buah...aku beli buah cempedak..balik kang suh mak goreng mesti sedap punya....fuhhhh..........tetiba masa nak baya cempedak tu aku ternampaklah si nubhan ngan nadia af5 tu.........kecik je nadia ni upanya mcm kanak2 hingusan je...si nubhan ni lak x adalah tinggi sgt biasa2 jer tp hensemlah gak....budak2 kalau jumpa dia mesti suka punya...tp aku x minatlah lelaki spesis mcm nubhan tu....ala2 patah gitu, kulitpun putih...ish x macho langung.........:-P

Batik oh batik.....


Batik oh batik...ha, hari ni merupakan hari batik untuk sektor awam...aku jarang pakai batik pasainya malas nak gosok leceh ler....akupun x byk koleksi baju2 batik ni,dulu memang gila tgk batik tp skrg ni mcm dh jemu le plak...ntahlah,lain org lain minatnya kan...

Wednesday, August 13, 2008

Sebiji Burger, Sejumlah Lemak!


Apabila anda makan sebiji burger, anda telah mengambil lebih kurang 35 peratus lemak. Kentang goreng dipercayai lebih berkhasiat berbanding roti burger yang diperbuat daripada tepung roti dan direndam dalam lemak. Lebih buruk lagi, burger biasanya akan dimasak separa masak dan akan dimasak sekali lagi sebelum dihidangkan. Bayangkan betapa banyak lemak dan minyak yang digunakan setiap kali burger dimasak? Jumlah lemak yang terdapat dalam burger akan meningkat dua kali ganda berbanding jumlah asalnya iaitu 11-16g lemak. Tambahan pula, kepingan keju yang diletakkan dalam burger untuk melengkapkan hidangan ini turut mengandungi lemak. Keju pula mengandungi garam, gula, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah perisa yang lain. Jadi ada baiknya anda makan nasi sahaja!!!!!

**Makan Malam Perlu Tapi Bersyarat**


Makan malam adalah perlu untuk memberi tenaga sewaktu anda tidur. Walaupun sedang tidur, tubuh tetap memerlukan tenaga untuk bekerja tetapi tidak sebanyak siang hari. Jika terlewat makan, seseorang itu akan kerap terbangun tengah malam kerana lapar. Tubuh tidak mendapat mendapat bekalan makanan untuk bekerja. Elakkan mengambil terlalu banyak karbohidrat ketika makan malam. Jika berlebihan ia akan tersimpan di bawah lapisan kulit yang kemudiannya menjadi timbunan lemak.

Bunga Api@Putrajaya




Malam td aku gi putrajaya ngan family...tujuannya nak tgk bunga api,mlm td peserta dari Malaysia yang wat persembahan...cantik gak,kagumlah tgknya...hehehehehe

Tuesday, August 12, 2008

Surprise!!!!!!!!!!!!



Hari ni aku dapat adiah dr kak ang...2 helai tshirt jenama lady like...thanks a lot kak ang sbb bg lin adiah ni....k.ang bg adiah sbb aku tlg cover keje dia masa dia mc wat surgery mata,dia mc 2 minggu...alah aku tlg mana yg mampu je dan aku juga tak mengharapkan apa2 balasan...

Cemerlang


30 Julai 2008, aku telah menerima sijil anugerah perkhidmatan cemerlang untuk tahun 2007....syukur, Alhamdulillah kerana aku terpilih menjadi salah seorang insan yang bertuah menerima anugerah ini...ini semua rezeki dari Allah. Bagi aku kalau kita bekerja dengan ikhlas tanpa berkira kederat Insya-Allah ianya akan berbaloi...aku tak pernahpun mengharapkan anugerah ini..semua keje yang aku buat, aku buat dengan ikhlas untuk mencari rezeki yang halal...semoga rezeki yang aku perolehi ini akan diberkati oleh Allah dan semoga bertambah murahlah rezeki aku nanti...Aminnnnn

Apa yang aku makan ari ni....


Nilah makanan aku tok ari ni...bihun goreng tok makan pagi dan nasi goreng tok makan tgahari, 2 in 1 kiranya ni...benarnya aku ni dalam proses tok kurangkan makan,nak kuruslah katakan,dh puaslah gemuk...selain tok diet kiranya aku ni nak berjimat jugaklah tu beli makan sekaligus je senang skit

Air Penting!!!!!


Ramai beranggapan bahawa dengan pengambilan air berperisa mahupun berkarbonat mampu membekalkan jumlah air yang mencukupi dalam badan tanpa perlu mengambil air kosong. Hal ini nyatanya salah sama sekali. Secara purata, badan kita kehilangan hampir 2.5 liter air (lebih kurang 10 cawan) setiap hari melalui peluh, pernafasan dan pembuangan najis. Pada masa yang sama, kita juga kehilangan bahan elektrolit (mineral) seperti sodium, potassium dan kalsium yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair dalam badan. Oleh sebab itulah, kita memerlukan air yang mencukupi untuk menggantikan semula pengeluaran ini bagi mengelakkan masalah dehidrasi (masalah kekurangan air). Jika berlaku dehidrasi, badan akan mengalami perubahan fisiologi yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan tanpa kita sedari. Malah kekurangan air juga akan menyebabkan jumlah darah yang dipam ke seluruh badan berkurang dan memberi kesan pada fungsi tubuh lain.

Bulan ini bulan merdeka....


Bulan Ogos ni aku bz skit ngan latihan merdeka,ni masuk tahun ketiga aku join KRB,best sgt rasa enjoy ilang masalah bila kita menari...lgpun aku bangga sbb menjadi salah seorang peserta untuk perarakan merdeka....
(nilah baju dan kasut yg aku dpt untuk pakai time latihan)

Monday, August 11, 2008

Bestnyaaa...

















































Hehehehe...akhirnya berjaya jugak aku wat blog sendiri...saje je jeles tgk kawan2 ada blog sendirikan...akupun teringin gak...org kata zaman skrg ni kenelah pandai it kan,kalau x nanti org kata aku ni buta it lak...ishhh,x maulah ketinggalan mcm tu...