Monday, May 21, 2012

Home Progress - Lampu & Kipas


Semua ni dah siap beli 2 minggu lepas. Kami beli 2 kipas dekat hall,  2 kipas untuk bilik, lampu kat tempat parking kereta, lampu pintu masuk utama, lampu balkoni bilik dengan lampu kalimantang untuk 3 bilik air, belakang dengan dapur.

Lampu-lampu untuk bilik dan hall kami tak beli, sebab dia termasuk sekali dalam pakej plaster ceiling, semua tu kontraktor yang sediakan, husband serahkan kat dorang aje.


Lampu dan kipas ni kami beli dekat Houses Lighting, Puchong. Memang banyak sangat pilihan, hargapun berpatutan. 

Nak pilih kipas dan lampu ni makan masa 2 jam juga, bukan aku yang cerewet tapi husband yang cerewet, apa yang aku tunjuk semua dia cantas, penat ahkak tau...last2 aku biarkan aje dia yang buat keputusan, aku iye kan aje asaikan lampu tu nampak cantik.

Husband kalau beli satu2 benda memang sangat teliti, penat tau nak tunggu jawapan 'yes' dari dia. Semua faktor dia ambil kira, dari segi saiznya, kesesuaiannya, penjimatan elektriknya (ni penting :P), sampailah ke cara nak bersihkan lampu tu dia ambil kira tau. Terima kasihlah ye bang sebab menitik beratkan semua tu, senang kerja saya nanti, nak lap habukpun senang.

Thursday, May 17, 2012

Cantikkan???


Bagi aku cantiklah....hadiah Hari Guru bukan dari aku ye...
tapi dari anak murid suami.....
bestkan jadi guru ni, anak murid sayang...:D

Masak Apa Yang Suami Suka

Suami saya ni memang sangat-sangat suka makan roti canai, tapi jangan haraplah dapat makan selalu ye. Saya memang tak suka dia makan selalu sebab tak baik untuk kesihatan ye kawan-kawan. Kalau kita makan sekeping roti canaipun kalori dia sangat-sangatlah tinggi. Ngeri woooooo.

Kebanyakan orang lelaki ni saya tengok kalau makan sekeping memang tak cukup, paling-paling sikit kena makan 2 keping baru kenyang kot...:P, sangatlah tidak baik untuk kesihatan.

Moh kita belajar cara nak buat roti canai....

Bahan-bahan:-

1/2 kilo tepung gandum
1 biji telur
Air garam
Susu Pekat Manis (ikut selera masing-masing nak manis tu macam mana)

Cara-caranya:-

Campur kesemua bahan-bahan tadi, lepas tu uli dan terus uli. Bila dah siap uli perapkan dulu sejam. Dah cukup sejam  kepalkan menjadi doh yang kecil-kecil. Masa tengah kepalkan tepung tu  jadi kecil-kecil sambil tu lumurkan sekali dengan marjerin, tujuannya supaya tepung tu tak melekat antara satu sama lain.


Inilah rupanya doh-doh yang sudah dilumurkan bersama dengan marjerin.


lepas tu korang mulalah tebarkan tepung tu....aku guna pakai dulang je....dan jadilah seperti gambar di atas ni. Dah siap bolehla masak.




Inilah hasilnya roti canai yang aku buat tu. Percubaan pertama ni tau....husband kata lepas ni bolehlah buat lagi. Kuah roti canai ni aku buatkan kari dhal aje....

Wednesday, May 16, 2012

Home Progress - Grill

Petang semalam lepas balik dari gym terus sms encik suami ajak tengok rumah. Sampai sana tengok dorang tengah rancak pasang grill.


Inilah grill yang menjadi pilihan. Aku suka yang simple je asalkan selamat dan senang untuk aku lap habuknya nanti.


Cepat je dorang ni buat kerja, khamis lepas datang ukur semalam dah siap pasang grillnya. Hari ni dorang nak wat plaster cyiling pulok. 

Selamat Hari Guru

pic : kredit to google

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik,
terutama sekali buat suami........
semoga kalian semua tabah dan ikhlas mendidik anak bangsa....

Tuesday, May 15, 2012

Cek Dari Nuffnang


Alhamdulillah rezeki berblog...
Walaupun jumlahnya tak adalah banyak sangat tapi tetap bersyukur. Nampaknya bolehlah beli sesuatu wat kenangan.

Terima kasih Nuffnang....nanti bolehlah letak banyak2 iklan kat blog saya ye...:D

APA YG PERLU KITA LAKUKAN APABILA MASUK RUMAH BARU


Aku ni asyik cerita pasal rumah baru je kan...nak buat macam manakan, ni pertama kali dapat rumah sendiri tu yang perasaan teruja lebih sangat tu....kalau ada masa free memang aku akan search apa yang perlu dibuat sebelum masuk rumah baru...

Dan aku telah masuk ke blog Ustazah Azimah, dalam blognya itu Ustz. ada bagitau apa yang perlu kita buat sebelum masuk ke rumah baru, sama-samalah kita berkongsi ilmu ini.



Apa yg perlu dilakukan ialah:

1. AZAN
Dalam sebuah hadis Rasullullah saw pernah berpesan sekiranya banggunan atau rumah yg terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ia akan dimasuki sejenis makhluk yg dikenali sbg Al-Ammar. Ia suka tinggal di rumah yg tak berpenghuni. Oleh itu laungkan azan pada pertama kali anda masuk ke rumah baru anda itu ya..

2. MEMBACA SURAH AL-BAQARAH:
Rasullullah bersabda: ” Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya utk tidur shj) sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yg dibacakan surah Al-Baqarah ” (Hadis riwayat Abu Hurairah r.a)
sekurang2nya amalkan membaca 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah.

3. BANYAKKAN SOLAT DAN MEMBACA QURAN:
Rasullullah saw bersabda : ” Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran ” (riwayat al-Baihaqi)

4. BACA SURAH YAASIN , AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS:
Amalkan membaca surah2 tersebut insyaAllah kita akan terpelihara dan akan dilindungi dari gangguan makhluk2 halus dan dikhuatiri akan mengganggu anak2 kita yg masih baby atau kecil.
Selamat beramal