Friday, December 23, 2011

Sambungan Pasai Pullman

Agak lama aku stop cite pasal pullman....
sejak aku tanggung keje PA ni, aktiviti update blog atau FB memang kena slowkan....
takut terkantoi dengan pengarah....
bila pengarah tak ada barulah aku berani sikit nak main tenet....
hari ini baru aku nak sambung balik, rasa geram pulak kalau tak cite habiskan...
mesti ada antara kawan-kawan nak tau kan pasai pullman, apa yang menarik dalam tu...

Kali ni aku nak cite pasai sarapan pagi kat sana....
untuk sampai kat tempat makannya memang kena mendaki anak tangga sikitlah...
sebab dia terletak di tingkat atas...
kalau pakcik makcik yang sakit lutut tu...
memang agak seksa sikitlah nak daki satu persatu anak tangga tu...
tapi aku rasa ada bahagian kot yang menghubungkan antara blok tanpa perlu mendaki anak tangga untuk ke tempat makan ni.....

kesemua roti, pancake, waffle dan kuih muih memang sedap....
bila tengok gambar ni balik terbayang2 rasa kesedapan makanan ni dalam mulut....
seolah-olah rasa tu semua bermain-main dalam mulut ni....:P

Menu wajib hampir kesemua hotel yang ada kat Malaysia ni...
tak lain tak bukan adalah nasi lemak.....
walaupun dah selalu makan nasi lemak, tapi tiap kali tidur kat mana2 hotel wajib gak ambil...
sebab lain tempat lain rasanya....
nasi lemak air tangan mak sendiri jugak yang sedap...

Dekorasi dalam cafe ni memang cantik...
nak2 bagi pencinta merah macam aku ni..........
bagi aku kalau ada je warna merah, memang cantik sangatlah tu dimata aku......
lepas tu mulalah berangan nak meja makan warna merah gak.......:P
duduk dalam cafe ni rasa tak nak bangun je.........
sebab segala2nya cantik...
buah2 yang dihidangkanpun bukan main manis lagi.............
jadi keje kami dok ulang makan buah je....heheheh

Masa ni awal lagi, sebab tulah tak berapa ramai sangat....
tapi lepas je pukul 9, memang penuh le dalam ni...
nasib baiklah kami turun awal..........

bila perut dah kenyang kami lepak dulu kat ruang menunggu luar kafe.......
encik suami mahu baca paper kejap.....
agak lama jugaklah lepak kat sini sampai suami habis baca paper....
encik suamiku kalau sehari tak baca lebih dari 1 paper memang tak sah....
tu yang jenuh menunggu.......

Wednesday, December 21, 2011

Nasi Ayam Kasih Sayang

Minggu lepas adalah minggu yang sangat penat dan kelam kabut, mana taknya hari jumaat satu hari aku kat putrajaya semuanya kerana opsyen sbpa tu. Aku adalah drive sendiri bertolak balik dari putrajaya pukul 10.00 malam dan sampai ke seremban pukul 11.00 malam ++

Hari sabtupun macam tu jugak, aku bangun pukul 6.00 pagi mandi, solat lepas tu terus duduk bersila dalam bilik dok semak pulak borang opsyen yang dah siap, asingkan mana yang silap. Pukul 3.00 petang gerak ke putrajaya lagi untuk betulkan balik mana yang silap dan semuanya selesai jam 7.00 malam.

Bila dah siap semuanya terus gerak balik puchong, sebab adik bongsu aku dah call kata lapar. Mak aku lak tak ada ikut adik aku balik perak, sebab tulah lapar tukang masaknya tak ada.....:P

Okey berbalik pada tajuk entry aku 'Nasi Ayam Kasih Sayang'....

Hari Ahad aku berjaya masak nasi ayam untuk suami, ayah dan adik-adik. Ini adalah percubaan pertama aku masak nasi ayam, memang tak berpandukan buku resepipun, cuma call emak je tanya sikit-sikit apa yang aku tak tau.

Pic dari google

Macam nilah rupanya nasi ayam aku tu, gambar memang tak sempat nak snap sebab semuanya jadi lupa bila perut dah lapar sangatkan.

Komen dari encik suami haruslah positifkan, dia cakap nasinya memang sedap...cukup rasa semuanya dan struktur nasipun lembut, perfectlah....:P

Mana tak perfect, gigih woo aku tanda kt besen tu paras berasnya...sebab untuk dapatkan nasi ayam yang cantik dan lembut air rebusan ayam tu perlu sama parasnya dengan beras yang kita sukat.

Sambalpun encik suami kata sedap jugak..terima kasih sssssssayang sebab puji ikhlas, lepas ni dah duduk rumah sendiri bolehlah saya masak lagi.

Ayam pulak aku memang tak goreng, mula2 aku letak je dalam air rebusan sup sampai dia masak, lepas tu aku keluarkan dan lumurkan dengan madu....pastu aku perap kejap dan kemudiannya aku masuk dalam oven. Jadinya ayam aku tu memang warna putih jelah seakan-akan nasi ayam hainan macam gambar kat atas tu.

Aku namakan nasi ayam kasih sayang sebab aku masaknya penuh dengan kasih sayang, niatnya untuk bagi suami, ayah dan adik-adik makan apa yang aku masak, sebab orang kata kalau kita masak dengan penuh kasih sayang, InsyaAllah apa yang kita masak tu memang akan jadi sedap...:P



* Nampaknya aku dah lulus buat nasi ayam, lepas ni nak try buat nasi beriani pulak, sebab mertua aku suka makan nasi beriani, tahun depan dah beraya kat rumah sendiri, nanti bolehlah hidangkan dorang dengan makanan ni time raya.

Monday, December 19, 2011

Macam-macam kisah

Lamanya aku tak update blog ni, rasa macam tak ada mood nak mengarang ayat...benda banyak nak cerita tapi jari ni tak mampu lak nak menaipnya, jadilah biarlah ia tersimpan je dalam kotak ingatan......:P

Hari ni dah 19 Disember 2011, nampaknya tahun 2011 semakin hampir ke penghujungnya, banyak sangat perkara suka dan duka berlaku dalam tahun ni...

Dan benda yang paling buat aku nak tergelak dan sakit ati bila terpaksa bekerja ngan orang yang tak profesional, pemikiran masih kebudak-budakan. Serius letih sangat aku rasa bila bekerja dengan orang yang macam ni, aku rasa kami memang tak boleh bekerjasama sampai bila-bila.

Aku rasa biarlah ini adalah kerjasama yang pertama dan terakhir antara kami.

Tuesday, November 29, 2011

Jambangan Coklat Sempena Anniversary

Kami dapat jambangan coklat dari Kaseh...
Terima kasih kaseh....habis licin dah coklat2 tu kami makan....

Siap ada frame gambar lagi tu.....

Gambar kenangan bersama jambangan coklat harus ada.....
Untuk kenangan di masa hadapan....:P

Monday, November 21, 2011

Berbulan Madu - part 1

Birahnyalah nak berpart2 pulak entri kali ni.....hiks!


Sempena ulangtahun pertama perkahwinan kami....
kami berdua telah sepakat untuk berbulan madu di Pullman, Putrajaya...
Kenapa pilih hotel ni???
Sebab tempat ini tersangatlah privacynya...
Walaupun terletak dalam Putrajaya tapi lokasinya memang agak jauh dari kesibukan kota...ewahhhh
Memang sesuailah untuk yang sukakan kedamaian mcm kami berdua ni...:P

Pullman Hotel & Resort, memang cantik.....
Masa mula-mula cek in tu, rasa macam sunyi sangat....
Tapi kereta penuh dekat parking basement 1, terpaksalah kami turun ke basement 2...
Keadaan tupun dah menggambarkan betapa privacynya tempat ni...
Jarang sangat bertembung ngan penginap2 kat sani kecuali time makan je....
Masa tu korang akan nampak betapa ramainya yang menginap kat sini....:D


Reka bentuk setiap bangunan ni berbeza mengikut kreativiti...
Antara konsep yang ada......
Jasmine Wing....ini berkonsepkan senibina India....
Rafflesia Wing.....berkonsepkan borneo, bilik kat sini agak menarik sebab viewnya mengadap tasik.
Bunga Tanjung Wing - ini pulak berkonsepkan Melayu
Lotus Wing - berkonsepkan cina....


Bilik yang kami duduk ni terletak kat Lotus Wing, berkonsepkan senibina cina...


Yang istimewanya dalam bilik ni, ada jakuzi....

Bolehlah nak berendam selama mana yang boleh..

Bak kata suami saya, dah bayar mahal-mahal haruslah menggunakan sebaik mungkin...

Rugi kalau tak guna....hehehehe

Biliknya selesa sebab agak luas......


Seksi uuuuuuuu bilik airnya....

kalau bercuti ngan kawan-kawan tak digalakkan untuk pilih bilik ini...hehehe

kang tak pasal2 kena skodeng ngan kawan-kawan lak nanti....:P



Ada yang tanya bape rate bilik ni ye....

Harganya dalam RM300++ semalaman tidak termasuk tax ye kengkawan....

Kalau untuk kakitangan kerajaan dapatlah diskaun jadi RM290+ tax = RM300++





**lepas ni nak tayang lak gambar2 di sana...:P

Sunday, November 20, 2011

Happy First Anniversary

Alhamdulillah, setahun sudah usia perkahwinan kami....
Terlalu banyak perkara manis yang kami lalui bersama-sama, sehinggakan menenggelamkan perkara yang pahit...

Dalam perkahwinan semua harus berkongsi, suka duka harus dilalui bersama...
Apabila sudah berumahtangga, suami haruslah diletakkan nombor satu...
Nak buat apa-apa semua kena pikir suami, sebab syurga isteri adalah di bawah tapak kaki suami...
Kalau suami tak redha, pasti hidup kita tak kan mendapat keberkatan....

Untuk suamiku....
terima kasih sebab menjadi suami yang baik....
terima kasih sebab selalu menjadi pemerhati dan pengkritik yang baik supaya isterimu ini tak mudah lupa diri......
terima kasih atas semua kasih sayang dan layanan baik yang diberikan.........
terima kasih atas segala nasihat-nasihat yang diberikan.....
terima kasih sebab terlalu sabar dengan kerenah isterimu ini....
terima kasih kerana menjadi pembimbing yang baik untuk saya.........
terima kasih, terima kasih dan terima kasih atas segala-galanya....

I love u so much...
semoga perkahwinan kita ini akan kekal selama-lamanya sehingga kita sama-sama bertemu di syurga......

Wednesday, October 19, 2011

Tutuplah AuratMu Wahai Wanita.........



يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ahzab 33: Ayat 59) 




Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut:-


KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.




Insya Allah, satu hari nanti aku mahu menjadi seperti gambar di atas ini...Amin                  

Sumber dari : iLuvislam