Showing posts with label jalan2. Show all posts
Showing posts with label jalan2. Show all posts

Tuesday, October 4, 2011

Malam di Lumut Waterfront

Gambar-gambar lama masa cuti hari Malaysia bulan lepas....sayang pulak tak update kat blog sebab bukan senang dapat jalan-jalan kat sana.

Nanti kalau adik dah pindah balik kl tak taulah bila lagi dapat g sana.

Malampun happening kat sini, mungkin sebab cuti tu yang penuh je kat lumut waterfront ni. Agaknya dorang ramai bermalam kat sini sebelum ke pangkor esok harinya.


Cantik pulak susunan gambar ini, yang paling kecik itu adalah anak buah aku fahmi. Umur baru 3 tahun kot, kalau tanya je abang g sekolah cikgu ajar apa, mesti dia akan jawab tidooooooo. Best dengar dia cakap loghat peraknya tu.


Aksi gedik kami, idea dari si sikin. Tapi kenapa fahmi tayang perut lak ni...ish2


Wah, kamipun nak bergambar gak...ingat dorang je...hehehehe


Kami bercuti kat perak 3 hari 2 malam, mujur rumah adik dekat Manjung jadi penginapan free jelah, nak pergi pangkor balik haripun boleh.

Thursday, September 29, 2011

Dating Bersama Si Budak Kecik

Semalam aku cuti...makanya akupun ambil kesempatan balik puchong....
Boring duduk rumah tak tau nak buat apa...aku ajaklah mak, sikin ngan budak kecik qalesya keluar ke Alamanda.

Seronok layan di sekarang ni, pasai dia dah makin bijak. Paling best setiap kali aku balik sorang mesti dia akan akan ' Pak ngah tak de???'...comeilah cha tanya macam tu...hehehehe


Melayan budak ni main-main kat benda alah tu memang best, hilang rasa penat bekerja.


Budak yang semakin aktif dan lasak. Ramai yang tak percaya budak ni baru berusia 1 tahun 5 bulan.


Main-main sementara tunggu nenek settle bayar bil kat pejabat pos.


Muka teruja bila ada yang layan dia bermain.


Tak sabar tunggu makanan sampai, nasib baiklah dia tak wat hal.....

Monday, August 15, 2011

Menjengok ke Uptown

Sabtu malam minggu lepas solat isyak, aku dan encik suami ke uptown...saje jalan-jalan cuci mata.

Plan asal nak pergi Jumaat malam sabtu tapi disebabkan hujan, makanya terpaksalah lupakan niat yang murni itu...eceh..

Umat manusia kat sana memang ramai, nak2 dah masuk minggu kedua puasakan, haruslah orang berpusu-pusu serbu uptown nak cari baju raya. Jalan masuk memang jem, parking usah cakaplah memang tak ada, makanya kami parking tepi jalan jelah.

Harga bulan tahan jugak rupanya ek, saya ingatkan murah...yelah ni pertama kali jejak ke uptownkan...memanglah tak tahu.

Mula tu nak belilah sepasang kasut nike kt sini, nak ganti kasut joging aku yang dah uzur dimamah usia itu, tapi bila tanya harganya terus tak jadi beli, encik suami cakap kalau harga macam ni baik beli yang ori punya kat Al-Ikhsan, jadi akupun letaklah balik kasut tu...tak jadi belilah jawabnya.


Baju kurung banyak, baju melayu banyak, tudung banyak, baju budak-budakpun banyak jugak tau. Aku ni asal jalan je pegang, asal jalan je pegang tapi belinya tidak jugak...pasai harganya agak mencekik darah jugaklah. En suami aku ni bukan boleh kalau harga mahal-mahal macam tu, dia kata tak berbaloi.


Korang tengoklah sendiri lautan manusia di malam minggu. Tapi aku rasakan minggu ni mesti lagi sesak sebab orang gomen dah dapat bonus..:P


Masa kat sana aku cuma sambar baju gaun budak je, aku memang gila sikit kalau tengok baju budak-budak ni, tergugat iman dibuatnya.


Antara barang yang aku sambar kat sana, gaun untuk anak buah en. suami, cekak rambut yang bunga2 tu ngan perfume tiruan.

Wednesday, February 16, 2011

Baru Nak Update

Hari ni baru aku ada mood nak update. Sekarang ni roh malas memang berleluasa dalam diri ni...hehehe

Cuti Maulidul Rasul baru ni aku pergi kl ngan mertua dan akak2 ipar. Dorang nak shoping kain kat gulatis, aku plak tak beli apapun, malaslah nak shoping cume beli sehelai gaun untuk anak buah tersayang qalesya, aku beli kat sogo. Eh sogo tu manjang sale je kan.

Lama jugak aku lepak kat sogo, kami laki bini cari hadiah tok diri sendiri...:P, beli barang yang boleh guna untuk rumah sendiri nanti. Tupun jenuh gak mencari barang apa yang sesuai. Last2 kami beli set pisau je ada 6 pcs, hargapun leh tahan gak RM200.

Lepas masing2 dah sattle cari barang2 yang berkenan di hati, kami bergerak ke Jalan Ampang pulak, kak long belanja makan kat victoria station, makan steak. Aku sebenarnya segan nak join dorang ni yelahkan pasai semuanya orang belanja, lainlah kalau encik suami yang belanja mesti akupun hilang sikit rasa segan tu.

Dah kenyang kami bergerak ke bangsar pulak, solat kat masjid bangsar. Lepas tu ke Bangsar Village plak, jalan2 dalam tu sampailah penat, dua kali penat aku hari tu. Walau penat tapi seronok dapat jalan2...:P, kami sampai seremban dalam 6.00 petang kot, memang sakanlah berjalan hari tu.

Tuesday, January 4, 2011

Sunway Pyramid & Alamanda

cuti kali ni memang betui2 terisilah...keluar dari pagi sampailah ke petang baru reti nak balik....tulah syoknya kalau dah kawen...ko keluar bape lamapun tak ada sape nak larang
**
masa hari sabtu tu kami ke sunway pyramid....mula2 nak pergi maxis tapi sistem kat maxis pulak down.....jadi kami ambil peluang jalan2 dalam tu....
**
kat pyramid kami tengok wayang cerita The Tourist....menarik jugak jalan ceritanya...
sunway pyramid...


tengok orang main ais ni macam best je.....


dari pyramid kami ke alamanda....jalan2 cari makanlah apa lagikan...nak makan kt pyramid tak ada lak yang kena dengan tekak ni...
**
kat alamanda kami jalan2 kat carefour jer....cari barang2 yang murah dan berkenan dek mata encik suami....ye encik suami saya ni agak teliti ye apabila berbelanja......aku ikut je, sampai tak ada mood nak berjalan sebab penat yang terlampau...

nilah hasil rembatan kami kat carefour....sangat berhemahkan en. suamiku berbelanja....oh yer, sunlight tu beli 3 pasai murah...tu yang dia rembat sampai 3....
**
hari ahadnya pulak kami tak kemana...hanya duduk rumah saja masak untuk en. suami....sarapan pagi en. suami mintak buatkan nasi goreng...tengharinya pulak aku masak daging masak merah...tu semua en. suami yang mintak.........
**
sekian kisah weekend kami....biasa2 jer...tapi penuh dengan aktiviti...sampai penat acik tau!!!