Wednesday, June 20, 2012

Serba Sikit Gambar Rumah

Atas permintaan usmi dan dengan keizinan suami aku show la sikit2 gambar rumah aku ye selepas di makeover serba sikit.

Rumah kami biasa-biasa aje, masih nampak kosong lagi.


Ini garden kat bahagian depan rumah aku, aku memang suka dengan bunga-bunga ni, ruang ni masih nampak  belum sempurna lagi. Aku cadang nak tanam rumput karpet supaya kawasan ni nampak lebih hijau dan berseri.

Garden kat bahagian belakang aku tanam pokok kari, pokok kunyit, pokok limau dengan pokok pandan, senang bila nak masak main petik je. Semua pokok-pokok ni aku mintak bantuan mak yang tanamkan, sanggup tu import mak dari Puchong..:D


Dapur aku yang sedang-sedang aje, tak adalah besar manapun...tapi agak selesa jugaklah bila ramai kat dapur tu.

Kabinet dapur ni aku tempah kat opismate aku, suami dia memang ada kilang perabut...dan pemilihan warnanya adalah warna kegemaran aku.


Ini adalah ruang bersebelahan dapur aku, kat sini kalau nak letak meja makanpun boleh juga tapi aku rasa lagi sesuai letak alat senaman tu kat ruangan ni, sebab sambil bersenam leh pandang pemandangan kat luar tu.


Ruang tamu dan ruang makan aku letak bersebelahan, nanti sambil makan boleh tengok tv kan. 


Tempat lepak-lepak tengok tv..:), kipas sampai dua tu....sebab masa ni kipas siling tak boleh buka lagi...tapi sekarang dah okey, kipas-kipas nipun dah tak ada kat situ lagi, semuanya dah ku letakkan kat hall atas dan dapur.


Master bedroom. Bilik ni memang nampak kosong sangat-sangat lagi, belum habis di make over lagi.


Bilik kedua kami, kiranya ni macam bilik tetamu lah...


Dan ini adalah hall kat bahagian atas, ruangan sini memang nampak sangat kosongnya. Tunggu gomen bagi bonus dululah baru boleh beli apa yang patut..:

7 comments:

Orked said...

wahhh!! cantik dan bsr umah ko lin...seronok2..caiyokkk...

slamat mhias rumah..

azrin_zelina said...

Nolly: Alhamdulillah tumpang rezeki suami, umah ni biasa je tak adalah besa sgt...nanti jemputla korang dtg umah aku, kita wat reunion kt umah aku nak

N a d i a said...

Wahhhh..


Bestnyaaa tengok umah Lin! Ha, nak buat housewarming jemput lah Nadia.. ada kelapangan boleh datang.. hehehehe..


serius best tengok orang dah ada rumah sendiri...

azrin_zelina said...

Nadia: InsyaAllah,housewarming mungkin lepas raya la....nanti lin jemput nadia kena datang nanti leh la kita ketemukan.....

Miss uCu said...

thniah k.lin,dh aa umah baru..cantik :)

azrin_zelina said...

Mala : Tq,hehehe

myaini said...

cantik & nampak luas.....rumah area mana ni.....