Sunday, November 20, 2011

Happy First Anniversary

Alhamdulillah, setahun sudah usia perkahwinan kami....
Terlalu banyak perkara manis yang kami lalui bersama-sama, sehinggakan menenggelamkan perkara yang pahit...

Dalam perkahwinan semua harus berkongsi, suka duka harus dilalui bersama...
Apabila sudah berumahtangga, suami haruslah diletakkan nombor satu...
Nak buat apa-apa semua kena pikir suami, sebab syurga isteri adalah di bawah tapak kaki suami...
Kalau suami tak redha, pasti hidup kita tak kan mendapat keberkatan....

Untuk suamiku....
terima kasih sebab menjadi suami yang baik....
terima kasih sebab selalu menjadi pemerhati dan pengkritik yang baik supaya isterimu ini tak mudah lupa diri......
terima kasih atas semua kasih sayang dan layanan baik yang diberikan.........
terima kasih atas segala nasihat-nasihat yang diberikan.....
terima kasih sebab terlalu sabar dengan kerenah isterimu ini....
terima kasih kerana menjadi pembimbing yang baik untuk saya.........
terima kasih, terima kasih dan terima kasih atas segala-galanya....

I love u so much...
semoga perkahwinan kita ini akan kekal selama-lamanya sehingga kita sama-sama bertemu di syurga......

1 comment:

mia-ina said...

terharu membaca coertan ini..semoga perkahwinan ini kekal selamanya.amin...moga lin & suami bahgia selalu ye