Monday, October 17, 2011

Kemas-Kemas Hadiah

Masa balik puchong hari tu masuk je bilik aku tengok semua hadiah kawen yang aku letak atas almari baju dah turun ke bawah.

Mak yang turunkan, mak cakap hadiah2 tu terlampau berat sangat sampai atas almari tu jadi mendap, sebelum kopak tu yang mak turunkan. Bila hadiah semua dah turun ke bawah maknanya akulah yang kena kemas.


Kerja aku senang jer, aku susun je kat tepi2 semua hadiah tu, alah lagipun tak lama dah....agaknya tak sampai sebulan lagi untuk angkut semua hadiah-hadiah itu ke rumah baru ku.

Bersykur sangat sebab kebanyakan hadiah yang aku dapat ni memang untuk kegunaan harian, tinggal nak top up sikit-sikit je lagi dan hanya tinggal barang letrik yang besar-besar macam tv, peti ais dan mesin basuh je yang perlu dibeli. Benda lain semua dah ada.

Kat rumah mertuapun ada separuh lagi hadiah-hadiah kawen kami.

Tik tok tik tok....membilang waktu dan hari je lagi untuk kami hidup sendiri, sangat-sangat tidak sabar.

2 comments:

Mia-Ina said...

wah bestnya dh menghitung dok same di rumah baru..:-)

azrin_zelina said...

hehehe,tulah tu...tak sabar nak tunggu saat2 itu, nak bina kehidupan sendiri, nak masak untuk suami, nak uruskan pakainya dan paling penting nak deko rumah...lin suka dekorasi