Tuesday, July 19, 2011

Wishlist Saya

Ini adalah wishlist saya, untuk memiliki sebuah beg tangan berjenama coach....samada design di atas atau............


design di bawah ini....

aku sudah jatuh cinta sama ini beg, ye aku tau untuk mendapatkan beg ini aku kena banyak berjimat cermat supaya impian aku untuk memilikinya menjadi kenyataan. Kalau tak gigit jari jelah...

Nampak gayanya tabung RM5 aku tu kena hari2 topup lah, barulah dapat pakai beg yang aku impikan. Nanti leh hadiahkan untuk diri sendiri sempena besday hujung tahun ni.

Rumah Kami Yang Dah Nak Siap

Sabtu lepas kami berdua pergi tengok rumah yang kami beli tu, Alhamdulillah sudah hampir siap.

Sekarang ni rasa macam tak sabar nak masuk rumah sendiri, nanti boleh hias2 rumah, kemas2 rumah dan paling penting dapat masak untuk suami. Sejak kawin boleh dibilang berapa kali je aku masak untuk dia, tupun kat puchong, kat seremban ni lum pernah masak untuk dia kecuali goreng telur dadar...hehehe, bagus punya isterikan...:P

Monday, July 18, 2011

Masih menunggu

Aku masih lagi menunggu bilalah pertukaran aku ke bhg kejuruteraan berkuatkuasa. Selagi tak ada hitam putih selagi tulah masih menanti.

Harapannya biarlah bulan puasa nanti aku dah tuka ke sana. Lambatnya puan saya ni nak kuarkan surat pertukaran, saya dah tak sabar ni..huhuhu.............

Juvana last malam ni

Hati aku sekarang ni memang tak saba nak tunggu malam semata2 nak tengok episod terakhir drama bersiri JUVANA. Geram aku rasa tau bila dapat tau cikgu2 dia semua jahat. Cepatlah wahai malam...:P


Friday, July 15, 2011

Misi Mencari Hadiah Besday

Minggu ni joging memang out lah, hari isnin je kami pi joging...aku kalau tak joging mulalah rasa lain je ni, rasa macam badan berat semacam.

Semalam petangpun tak joging gak, en suami kepenatan sebab kat sekolah dia tengah uruskan persiapan untuk hari sukan ahad ni.

Jadi bila tak joging tu, kamipun merayaplah ke senawang, en suami memang macam ni tiap2 petang kalau tak joging memang dia akan bawak aku pusing-pusing ambil angin, katanya tak mau isterinya bosan kalau duduk rumah je.

Berbalik pada tajuk kat atas tu..........misi mencari hadiah buat en suami sempena besday.

kami ke kedai sukan apatahnamanya, kat senawang....misinya adalah mencari kasut untuk joging, ye ini adalah hadiah yang disponser oleh kak long nya, di ulangi adiah dari kak longnya ye bukan dari isteri...isterinya masih berpikir2 hadiah apa yang sesuai sebab semua benda dia dah ada, mahal2 dan tahan lama lak tu....


dan inilah kasut joging yang menjadi pilihan, inipun pilihan kedua, pilihan pertama lagi cantik tapi saiz yang nak pulak dah habis...makanya amiklah yang ini


aku yang pilih kasut ni sebab utama adalah merah & hitam, warna kegemarankun...:P

Thursday, July 14, 2011

WordLess Thursday ^__^ L.o.V.e




Wednesday, July 13, 2011

Selamat Hari Lahir Sayang



Hari ini genap umur en suamiku 32 tahun,
Saya nak wish selamat hari lahir abang,
semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik,
diberi kebahagiaan hidup dunia & akhirat


* nanti saya belanja abang makan ye..:P