Tuesday, July 12, 2011

Air Asia Promo

Gigih along call aku pagi tadi bagitau yang AA ada wat promosi serendah RM3 sehala. Kami adik beradik plan nak ke ho chi minh, vietnam.

Akupun dah suh en suami buka web ni, manalah tau kot2 dia berkenan dengan harga yang ditawarkan ni, bolehlah booking tiket untuk 2nd honyemoon pulak.

Pesta Flora 2011

Bila kaki melangkah masuk je kat tapak floria ni, hati dah mula teruja tengok bunga-bunga yang sangat cantik dan semestinya orkid menjadi tumpuan kami.



Mak aku memang minat sangat ngan orkid, tapi sejak mak makin berumur ni dah malas mak nak membelek orkid lagi, sudahnya orkid kat umah tu hambar macam tu je tak berjaga..:P


Along ada kenen2 jugak mak beli orkid tapi mak tak mau katanya payah nak jaga.



Tema bagi floria tahun ini adalah ros selamanya, bila masuk je dalam tapak pameran utamanya memang penuh ros sajelah, macam-macam bentuk yang dorang buat menggunakan bunga ros.



Dalam tupun dah bau ros je.


Contoh-contoh hiasan taman kat luar rumah, ha sape berminat tu bolehlah amik idea ni, tapi kereta tak boleh parking dalam lah kena parking kat luar, kalau tak rosak bunga-bunga tu kena gilis tayar kete...hehehehe


kami lepak kat floria tu lama jugalah, dari pukul 6.00 petang sampailah ke pukul 10.00 malam. Solat Maghribpun kat sana je, ada surau yang disediakan untuk lelaki dan perempuan, jadi tak menjadi masalah kalau nak lepak lama kat sanapun.

Sebelah malamnya pulak ada pertunjukan bot berhias dan bunga api, masa dorang dok bakar bunga api anak buah qalesya memang dah meraung gilalah, dia takut bunyi bunga api yang kuat itu.


bot2 berhias jugak cantik-cantik.



dan akhir sekali gambar puan blog dan keluarga yang sangat hepi dapat berjalan sakan...:P


masa kat floria ada satu insiden yang aku memang takan lupa sampai bila2..aku salah parking kete ko, cuak gila mencari ingatkan kereta aku dah hilang, mujurlah along teringat balik kat mana kami parking kete tu kalau tidak nangis tak berlagu la ye.....

Monday, July 11, 2011

Potluck ngan BFF

setelah merancang berminggu-minggu, akhirnya dapat jugaklah kami bertiga berjumpa. Kali ini tak jumpa tak cukup geng lah, pasai si ramlah, asma & linda ada hal lain dan leha pulak dalam pantang lahir anak sulungnya.

kami buat potluck kecil-kecilan sahaja tapi meriah juga, meriah dengan telatah anak-anak dorang, best sangat.


kesian budak2 ni dah kepenatan, sampai ada yang tertido termasuklah si kecik yang aku bawa tu, tido dalam kepenatan.


el & suaminya



kami yang bersiap2 nak makan, hehehe...


dan menunya adalah pengat durian + roti (noli bawak), laksa (aku bawak) dan el pulak bawak bihun & nasi goreng, dan jugak sagu gula merah (el, suami aku suka betui sagu ko wat ni)


laksa yang aku bawak tapi mak yang tolong buatkan, aku tolong beli bahan-bahan dia je. budak-budak kecik tu pun makan laksa ni gak tapi dengan kicaplah, berjasa sungguh kicap yang el bawa, dapatlah budak2 ni makan.



qalesya yang seronok dapat jumpa kawan baru. dalam kolam tu banyak ikan tu yang budak2 suka sangat main kt situ. dorang seronok nampak ikan berenang2.


dan akhir sekali gambar kami bertiga, dari kanan el, aku & noli bersama anak sulungnya.


best sangat dapat picnic ngan korang macam ni, lain kali bolehla kita buat lagi kan. aku juga berharap semoga ikatan persahabatan yang kita bina sejak dari zaman sekolah menengah ini akan terus berkekal sehingga ke akhir hayat.

Friday, July 8, 2011

Personal Taste



bagi peminat drama korea terutamanya peminat lee min ho mesti happy punya sebab drama terbaru aktor berkenaan dah keluar kat 8tv.


cerita yang aku maksudkan adalah personal taste, tayangan setiap hari isnin hingga jumaat, jam 8.30 malam hingga 9.30 malam.


tiap malam memang aku layan cerita ni la, layan dalam bilik sorang2..sebab en suami tak minat cerita korea, jadi dia haruslah tengok tv kat hall kan.


bagi aku cerita ni seronok jugak, rugi kalau miss sehari...:P

WordLess FriDay..



Thursday, July 7, 2011

6 hari lagi!!

tik tok tik tokkkkkkk...........
tinggal 6 hari lagi besday encik suami....
akupun tak tau nak bagi apa.........
masih pikir2, lum ada perancangan....
aku ingat nak belanja dia makan kt amarin mv je....
pening-pening..................

Mari menulis bersama qalesya...

Jangan tak tau budak kecik ni sekarang memang banyak akalnya dan yang terbaru dia pantang nampak pen dan kertas.



bukan main lagi konon2 nak menulislah....abis satu muka surat tu dia conteng2nya....muka serius jer...:P


muka budak yang hepi bila dapat menconteng buku...jangan dia conteng buku sekolah pakcu dia sudah,kang mengamuk pulak adik aku tu kang...:D



qalesya bersama bestfriend nya si syakir a.k.a pak cu kir...:P