Wednesday, July 6, 2011

Alahai kisah basi, tapi nak jugak cite.....

untuk kenangan katakan haruslah cerita walaupun sudah basi....


ni semua cerita masa cuti sekolah bulan 6 lepas, aku telah kidnap budak kecik bernama haziq danial. Budak yang pernah mak aku jaga masa umur dia 6 bulan sampailah 5 tahun tapi keakraban tu masih kekal sampai sekarang.


walaupun dia dah sekolah kat putrajaya dan memang jarang2 sangat datang rumah kitaorang tapi dia masih ingat lagilah pada mak aku yang asuh dia masa kecil.

Satu yang aku kagum pasai dia nikan, dia sangat bijak tau...baru je darjah 1 tapi dia membaca sangat lancar macam kita ni orang dewasa. Kalau baca paper tu memang laju je, kalah adik sepupu aku yang darjah 3 tu..:P. bukan setakat lancar membaca dalam bm dalam bi pun dia lancar gak.


cuti sekolah hari tu, kami bawak dia jalan-jalan kat pusat sains...tengok pameran dinosour, aku ingatkan dia tertariklah ngan dinosour tu semua, tapi hampeh jer dia tak heranpun, dia lagi ligat main2 permainan kat dalam tu, sabar jelah budak ni.

masa ni kat taman rama2 yang ada kt dalam kawasan pusat sains juga, aku ingatkan ye2 lah rama2 tu jinak duduk atas tangan si atir, tapi rupa2nya rama2 tu dah mati...aiyakkkk, sabar jelah...:P

Nyum,nyummmm

sekarang aku suka sangat minum nestle bliss,
sedap tau nak-nak perisa epal + kiwi....
fuhh pasti terangkat tiap kali meminumnya...:P

satar,satar...sape mau satar

kalau ke kuala terengganu memang tak sah kalau tak rasa satar, aku pertama kali makan satar masa kursus kat intan kemaman, terus jatuh cinta ko...

5 biji RM2.00 kalau tak silap akulah, en suami yang turun beli aku memang malas nak turun pasai badan dah rasa penat gila, lagipun panas duduk dalam bas syok ada econ...hiks!

inilah rupanya satar ye bagi kawan2 yang tak pernah tengok, dia diperbuat daripada isi ikan pastu campur ngan cili api potong memang terangkat bila dapat makan satar ni.

beli sikit je, makanya memang tak puaslah aku makan.....tengah taip entry ni pun aku dah rasa kecur air liur...abang, jom gi ganu nak saya nak makan satar, yang jual kat pasa malam ampangan tu tak bape kick lah.....:D

Tuesday, July 5, 2011

Cuti-Cuti Cinta

lepas dah berlengas2 badan, barulah kami semua dapat cek in masuk hotel, nikmatnya bila dah sampai hotel...perkara pertama pikir adalah nak mandi dan tidoooooooooooooo.


ini adalah hotel penginapan kami, namapun rombongan jadi jangan beranganlah nak tido kat hotel 5 bintang okey, hotel yang ada ni pun dah cukup baikkkkk..


tapikan aku bengang jugak, malam tu boleh tak ada air kat hotel ni, dahlah belum mandi solatpun belum jugak....

tapi paling tak boleh bla bila aku sakit perut, aduhhhhh seksa sungguh aku rasa..terpaksalah aku turun kat tingkat bawah sekali untuk melepaskan hajat ku itu..:P


belah petang lepas solat jamak semua...kami keluar ke pasar payang, tempat kegemaran bagi mak2 & akak2 yang gila shoping batik. Kami kesana jalan kaki je dari hotel, x jauhpun 15 minitpun tak sampai.


aku & en suami hanya beli batik sarung yang dah siap jahit tu jer, itupun sebab mak aku yang suh beli, katanya nanti dalam pantang kena pakai kain batik. kalau idak tak koser le aku nak membeli kain batik. Tapi aku belum mengandung tau, nanti ada plak yang salah paham.

lama betul menunggu akak2 ni soping, sampai mengantuk dibuatnya.


bila semua dah puas soping kt pasar payang tu, kami bergerak ke teluk ketapang untuk minum petang merangkap makan malam sekali.

kat sini dorang makan seafood celup telung tu, aku lak makan bihun tomyam memang dari seremban lagi nak makan tomyam tapi tak dapat2, kalau kat puchong tu cakap je nak makan tomyam mesti senang je dapat. sentap i tau dengan encik suami...:(

perutpun dah kenyang, kamipun beredarlah lepak tepi pantai....seberang jalan je pantai ni, cantik betul pantai ni, bersih je ko. tapi aku rasa macam tak boleh mandi lah kat sini, angin dia memang sangat kuatlah sampai tudungpun terbengot2.

Cuti-Cuti Cinta (Taman Tamadun Islam)

mari kita sambung lagi cerita pasai terengganu.


lepas melawat Masjid Kristal, kami berjalan pulak ke Taman Tamadun Islam...bayaran masuk dia RM25.00, tapi kalau tunjuk mykad dapatlah diskaun RM10.00..termasuklah dapat kupon untuk makan dan beli cenderamata...


okey passport dah ada, jadi mari kita memulakan pengembaraan ke dalam Taman Tamadun Islam...kita tengok apa yang ada kat dalam tu.



tempat pertama yang kami tuju adalah replika masjid negara..kami berdua memang teruja gila kat dalam ni, yelah pertama kali menjejakkan kaki di bumi terengganu kan, jadi haruslah terlebih teruja.





Masjid Negara ni dibina pada tahun 1965 sebagai tanda penghormatan terhadap perdana menteri malaysia pertama.



tak perlu ke india ye, kat sini pun dapat bergamba bersama taj mahal...:D





Great Mosdue of Samarra, Iraq



Masjid Nabawi, Madinah


Abu Nasr Parsa, Afghanistan



Mosque of Mohamed Ali, Egypt



Masjidil Haram, Mekah





Masjid Suleyman, Turki



Great Mosque of Qairawan, Tunisia



Kalyan Minaret, Uzbekistan





Great Mosque of Agadez, Niger





Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia

Kena kerja lagi...

En. suami sms pagi tadi, dia bagi tau hari sabtu ni dia kena kerja lagi...aduhai lemah rasanya bila tiap2 minggu dia kena kerja. Dahla minggu depan pun dia kena kerja gak, tapi yang tu x apa pasai kami dah bincang & dia pun dah izinkan aku balik puchong time dia g kerja.


yang buat aku lemah minggu ni sebab minggu ni giliran balik puchong...mak tolongggggggggggg!


Dahlah minggu ni ada plan baik punya dengan aku punya bff, tak pe korang aku akan pastikan plan kita tu akan menjadi....aku mesti balik puchong gak minggu ni. Wah tak sabarnya nak jumpa korang.

Monday, July 4, 2011

Sayapun buat juga

aku peliklah apasal aku x boleh nak upload gamba dengan sempurnanya...semua gambar jadi macam kat bawah ni berbelang2...


aku sebenarnya terpengaruh ngan ceeramoon untuk buat tabung RM5


tapi aku hanya guna bekas biasa jer, hari2 letak RM5..kadang2 tu en suamipun ada membantu juga tambah bagi tabung aku tu lagi penuh.:D

tara nilah hasilnya, belum banyak lagi.....aku target duit tabung tu nanti nak beli barang2 untuk deko rumah baru nanti...dapatlah tolong ringankan beban en suami nanti...