Showing posts with label tips rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label tips rumahtangga. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

Dah sebulan rupanya.....


sedar tak sedar dah sebulan aku melayari alam rumahtangga....Alhamdulillah.......ni baru permulaan untuk kami...masih panjang lagi perjalanan hidup berumahtangga ni....awai perkahwinan semuanya masih wangi lagi...:D
**
dalam hidup berumahtangga ni....apa yang penting adalah sikap tolak ansur....kalau sorang tengah marah yang sorang lagi kenelah beralah...kalau dilayan memang berantakanlah rumahtangga tu....akupun sekarang ni masih lagi belajar untuk menjadi seorang isteri yang baik....
**
bila dah kawen ni solat janganlah tinggal....sebab tu adalah kekuatan dalam sesebuah rumahtangga..........hati aku selalu tersentuh setiap kali tengok encik suami mengaji.....rasa bersyukur dapat suami macam ni.....harapannya bialah ia berkekalan hingga ke akhir hayat....barulah sejuk rumahtangga
**
dan aku berharap semoga ikatan perkahwinan kami ini akan sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah...dan semoga ikatan yang baru tersimpul ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat kami...Amin

Wednesday, September 29, 2010

8 Tip Kebahagiaan Rumahtangga

tengah2 bosan kurang kerja ni akupun dok lah search macam2 perkara2..dan aku tertarik untuk kongsi bersama tips2 kebahagiaan rumahtangga....mungkin ni dapat jadikan panduan untuk kita semua...nak2 yang baru melayari alam rumahtangga.....

1. Puji

setiap pasangan perlu memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan

2. Peluk

pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian kasih sayang

3. Penghargaan

amalan memberi hadiah boleh menambahkan kasih sayang

4. Perhatian

perlu ambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan rasa diabaikan.

5. Persefahaman

perlu lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing

6. Pergaulan

perlu menjaga pergaulan bagi mengelakkan melampaui batas dan menimbulkan rasa cemburu

7. Percutian -

perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh dari kesibukan dan gangguan orang lain

8. Permohonan

sentiasa berdoa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


p/s: tips2 ni aku copy dari jomkahwin.com...sekian, harap maklum:D

Friday, July 2, 2010

Tips Perkahwinan

aku copy paste je dari Majalah Pengantin bulan Julai...sekadar peringatan & panduan untuk aku nanti...

1. Jangan berbohong dengan suami kerana dengan cara ini suami meragui kejujuran dan berprasangka buruk terhadap andan. Perkara ini adalah racun kehidupan rumahtangga.

2. Jangan terlampau mengikut perasaan kerana ia menjadikan rumahtangga seperti neraka.

3. Jika suami anda seorang yang cemburu, anda tidak perlu berlebihan dalam berdandan atau berhias diri.

4. Walaupun dengan niat dengan yang baik, anda perlu berhati-hari ketika memuji orang lain di hadapan suami anda.

5. Jangan makan sehingga terlalu kenyang kerana ia boleh merosakkan kecantikan rupa paras.

6. Kegembiraan anda berkait rapat dengan kegembiraan suami anda. Jika anda dapat membahagiakan suami, maka dia dapat membahagiankan anda. Oleh itu, berhati-hati agar tidak berlaku kebencian antara diri anda dan suami.

7. Taat kepada suami dan hindarkan percakapan yang bersifat olok-olok, mengejek dan perbicaraan yang tidak berguna. Jangan sesekali cemburu kerana itu adalah kunci penceraian.

8. Jaga kesihatan diri dan jauhi daripada penggunaan alat-alat kecantikan yang boleh merosakkan kesegaran wajah dan kemanisan air muka anda.

9. Lakukan kerja dan kewajipan anda dengan tabah dan sabar

10. Aturkan urusan rumahtangga dengan baik elakkan daripada orang lain mengetahu rahsia anda.