Showing posts with label rumahku syurgaku. Show all posts
Showing posts with label rumahku syurgaku. Show all posts

Monday, June 25, 2012

BerBBQ

Sabtu malam ahad semua adik beradik aku termasuk mak ayah turun seremban. Wawa punya plan la ni nak buat BBQ kat rumah aku.

Aku okey je, maklumlah duduk berdua memang sunyi bila family nak datang je haruslah seronok dan teruja sangat-sangat, sebab meriah lah sikit rumah aku yang sunyi itu.


Orang kuat membakar malam tu, kalau dorang ni tak ada memang tak makanlah...hehehehe


Semua bahan-bahan ni mak aku bawak siap2 dari puchong. Kalau nak suruh aku yang perap bahan-bahan ni memang tak menjadilah ye.

Aku hanya beli kepak ayam je dan perapkan dengan madu dan kicap. Jadilah kepak ayam madu...:D


Antara menu yang ada. Udang, Sosej. Ni memang budak-budak suka sangat sebab tak pedas.


Kepak ayam madu, daging dan ayam


Udang oh udang, napelah ko sedap sangat. Bila dah makan udang mulalah tangan ni sedap je menggaru ko.


Ayam panggang ni memang sedap, rempahnya memang terasa....bila tengok gambar ni balik rasa terliurlah pulak.


Daus yang suka sangat main penyiram pokok aku tu...:D



Abang fahmi dengan tangan 'peace' nya


budak ni pulak kalau dapat peha ayam memang suka sangatlah, sampai bersih isi ayam tu dia kerjakan.

Walaupun 4 jam je dorang lepak kat umah aku, tapi aku rasa seronok sangat. Pukul 11 malam dorang sume pakat balik puchong sebab esoknya masing-masing ada hal. Kembalilah sunyi rumah aku bila dorang tu balik, tak suke tau....:P

Tuesday, May 29, 2012

Home Progress : Plaster Ceiling

Alhamdulillah satu benda ke satu benda hal rumah sudah selesai, tinggal 10% je lagi yang belum selesai, khamis ni dah mula amik cuti rehat sampailah rabu depan. Cuti untuk basuh dan kemas rumah. InsyaAllah awal bulan depan kami akan berpindah ke rumah sendiri.

Plaster ceilingpun dah siap semalam, lampu dan kipas pun dah siap di pasang. Lepas ni tinggal nak pasang kabinet dapur dengan almari baju je lagi, mungkin dalam minggu ni boleh selesai semua ni.


Kami pilih design yang simple dan moden, tak suke yang serabut-serabut. Ni adalah  hall belah bawah.


Family hall tingkat atas.

Aku update pasal rumah bukan nak menunjuk ke apa, tapi untuk kenangan dan sebagai rujukan masa akan datang.

Monday, May 21, 2012

Home Progress - Lampu & Kipas


Semua ni dah siap beli 2 minggu lepas. Kami beli 2 kipas dekat hall,  2 kipas untuk bilik, lampu kat tempat parking kereta, lampu pintu masuk utama, lampu balkoni bilik dengan lampu kalimantang untuk 3 bilik air, belakang dengan dapur.

Lampu-lampu untuk bilik dan hall kami tak beli, sebab dia termasuk sekali dalam pakej plaster ceiling, semua tu kontraktor yang sediakan, husband serahkan kat dorang aje.


Lampu dan kipas ni kami beli dekat Houses Lighting, Puchong. Memang banyak sangat pilihan, hargapun berpatutan. 

Nak pilih kipas dan lampu ni makan masa 2 jam juga, bukan aku yang cerewet tapi husband yang cerewet, apa yang aku tunjuk semua dia cantas, penat ahkak tau...last2 aku biarkan aje dia yang buat keputusan, aku iye kan aje asaikan lampu tu nampak cantik.

Husband kalau beli satu2 benda memang sangat teliti, penat tau nak tunggu jawapan 'yes' dari dia. Semua faktor dia ambil kira, dari segi saiznya, kesesuaiannya, penjimatan elektriknya (ni penting :P), sampailah ke cara nak bersihkan lampu tu dia ambil kira tau. Terima kasihlah ye bang sebab menitik beratkan semua tu, senang kerja saya nanti, nak lap habukpun senang.

Wednesday, May 16, 2012

Home Progress - Grill

Petang semalam lepas balik dari gym terus sms encik suami ajak tengok rumah. Sampai sana tengok dorang tengah rancak pasang grill.


Inilah grill yang menjadi pilihan. Aku suka yang simple je asalkan selamat dan senang untuk aku lap habuknya nanti.


Cepat je dorang ni buat kerja, khamis lepas datang ukur semalam dah siap pasang grillnya. Hari ni dorang nak wat plaster cyiling pulok. 

Tuesday, May 15, 2012

APA YG PERLU KITA LAKUKAN APABILA MASUK RUMAH BARU


Aku ni asyik cerita pasal rumah baru je kan...nak buat macam manakan, ni pertama kali dapat rumah sendiri tu yang perasaan teruja lebih sangat tu....kalau ada masa free memang aku akan search apa yang perlu dibuat sebelum masuk rumah baru...

Dan aku telah masuk ke blog Ustazah Azimah, dalam blognya itu Ustz. ada bagitau apa yang perlu kita buat sebelum masuk ke rumah baru, sama-samalah kita berkongsi ilmu ini.



Apa yg perlu dilakukan ialah:

1. AZAN
Dalam sebuah hadis Rasullullah saw pernah berpesan sekiranya banggunan atau rumah yg terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ia akan dimasuki sejenis makhluk yg dikenali sbg Al-Ammar. Ia suka tinggal di rumah yg tak berpenghuni. Oleh itu laungkan azan pada pertama kali anda masuk ke rumah baru anda itu ya..

2. MEMBACA SURAH AL-BAQARAH:
Rasullullah bersabda: ” Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya utk tidur shj) sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yg dibacakan surah Al-Baqarah ” (Hadis riwayat Abu Hurairah r.a)
sekurang2nya amalkan membaca 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah.

3. BANYAKKAN SOLAT DAN MEMBACA QURAN:
Rasullullah saw bersabda : ” Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran ” (riwayat al-Baihaqi)

4. BACA SURAH YAASIN , AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS:
Amalkan membaca surah2 tersebut insyaAllah kita akan terpelihara dan akan dilindungi dari gangguan makhluk2 halus dan dikhuatiri akan mengganggu anak2 kita yg masih baby atau kecil.
Selamat beramal

Friday, May 11, 2012

Sekarang Ianya Dah Dalam Tangan


10 Mei 2012 secara rasminya kami dapat kunci rumah, Alhamdulillah bersyukur sangat2...akhirnya impian memiliki rumah sendiri menjadi kenyataan. Terima kasih Encik Suami.

Kami plan nak masuk rumah ni secara rasminya hujung bulan ni, masa cuti sekolah, tak lama dah lebih kurang 2 minggu je lagi kami akan berpindah ke rumah sendiri...kami rasa itu jelah masa yang sesuai, sebab kerja suami memang tak boleh amik cuti sebarangan kecuali benar2 urgent sahaja.

Semalampun dah berbincang dengan kontraktor untuk keje2 penambahbaikan sikit. Mungkin dalam minggu depan baru dorang akan mulakan kerja2 tu semua. Harap2 dorang dapatlah siapkan kerja2 tu dalam masa 2 minggu ni.

Mood: hepi, senyum sampai ke telinga je sekarang ni...:P

Thursday, May 3, 2012

Saya Sangat Happy......

Ye happy sangat2, akhirnya penantian selama setahun setengah untuk hidup di rumah sendiri menjadi kenyataan.

Hari ni berdebar2 je rasa, harap2 sangat pemaju call suami untuk ambil kunci rumah dalam minggu ni juga, sebab bhg pinjaman perumahan dah bayar 100% dekat si pemaju.

Tak sabar nak deco2 rumah, tak sabar nak gantung langsir yang cantik itu...:P, yang dah dibeli 3 minggu lepas kat nilai 3, tak sabar nak dapat perabot baru, tak sabar nak tidur atas tilam baru yang lebih empuk dari biasa...:P, tak sabar nak  tengok kak phang pasang kitchen kabinet yang cantik itu...haiiii semuanya tak sabarlah...almaklumlah lama tunggu kan, haruslah teruja lebih....nak2 bila semua barang sudah dibeli dan ditempah.

Dan yang paling tak sabar, nak ajak mak, ayah, adik beradik tidur di rumah aku sendiri....boleh bawak dorang jalan2 cari makan kat seremban pulak, sungguh tak sabar......