Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Kisah bola lagi...:P

Akupun tak tahu sudah berapa kali jejakkan kaki kat stadium paroi ni....kali pertama jejak kaki kat sini sebab ikut suami yang memang minat dengan bola, aku pulak sebaliknya memang tak minat langsung.

Tapi bila dah selalu sangat pergi stadium tengok bola, lama2 minat tu datang pulak..macam ketagih rasanya, asal ada je perlawanan kat paroi mesti nak pergi, tapi hanya tengok perlawanan yang best jelah, kalau team biasa2 je memang tak adalah pergi...:D


Encik suami beli tiket grand stand masa n.sembilan lawan felda united....dapatlah isterinya ini tengok muka player deka-dekat...puas rasanya...oh hensem sungguh aidil itu ye, kalau mengandung mesti anak kenan muka dia...:P

Game jumaat lepas memang best, meremang bulu roma bila dorang dok bersorakkan...mana taknya, sebab game itu adalah penentukan untuk masuk separuh akhir...


Akhirnya keputusan malam itu berpihak pada n.sembilan, nampaknya lepas ni ada peluang ke stadium lagilah ye untuk tengok n.sembilan lawan t team pulak....


Aku harap n.sembilan & selangor dapat pergi final, nanti bolehlah fight ngan encik suami, kalau team mana yang kalah kena bayar duit percutian kt pullman nanti...:P

Wednesday, September 14, 2011

Pasai bola lagi.......


Aku update ni demi encik suami tercinta ye, dia yang beria sangat suh update pasai team kesayangan dia tulah, ikut hati aku malasle...pasai ai ni tetap setia pada selangor tau...

sebagai isteri yang taat dan solehah, kenalah ikut kata suami kan...syurgakan di bawah tapak kaki suami...hehehehe


Sumber dari: Berita Harian


Terengganu tersungkur di Paroi

Oleh Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.com.my
2011/09/14




PEMAIN Negeri Sembilan, Hairuddin Omar dihalang Pemain Terengganu, Mohd Faiza Mohamad dalam Piala Malaysia di stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam tadi.
Terengganu tersungkur di Paroi

NEGERI Sembilan sudah mula memberi isyarat betapa mereka kini muncul selaku ancaman terbaru memburu mahkota kejuaraan Piala Malaysia, musim ini.
Malam tadi, anak didik Azraai Khor Abdullah merakamkan kemenangan penting menewaskan juara baru Piala FA, Terengganu 1-0 dalam saingan Kumpulan C di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi hasil jaringan tunggal Shahurain Abu Samah yang menolak masuk pada minit ke 64.
Dalam perlawanan lain, Selangor juga dihimpit masalah apabila sekadar seri 0-0 ketika menentang Kuala Lumpur manakala Perak terus menyambung rentak hebat menewaskan bekas juara Kedah, 2-1 di Ipoh.

Pada awal minit perlawanan, Negeri Sembilan lebih me­­nguasai perlawanan apabila hampir mendahului seawal minit ke-11, namun tendangan Hairuddin Omar tepat ke dakapan, Mohd Sharbinee Allawe.

Pada minit ke 28, penyerang berpengalaman itu sekali lagi terlepas peluang menjaringkan gol apabila gagal menolak masuk bola ke gawang selepas cemerlang memperdayakan pertahanan Terengganu diketuai Marzuki Yusoff.

Langkah jurulatih, Azraai Khor menggandingkan Hairuddin, Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Firdaus Azizul di barisan depan tampak berkesan apabila berjaya menembusi gawang Terengganu menerusi Shahurain yang menolak masuk pada minit ke 64.
Sementara itu, satu lagi perlawanan Kumpulan B menyaksikan PKNS berjaya mengutip mata penuh mengetepikan sai­ngan Sime Darby 1-0 menerusi jaringan P Rajesh pada minit kesembilan.

Monday, September 12, 2011

N9 vs Sime Darby

Sabtu lepas aku berkesempatan bersama-sama dengan penyokong N9 yang lain menyaksikan kemenangan besar team N9....

Plan yang tak dirancang, disebabkan bosan sangat duduk rumah jadi kami ke stadium lah tengok bola...mujur stadium dekat ngan umah.

5 - 0 tu, time ni juga hujan turun selebat-lebatnya.....tapi semangat bola punya pasal kami redha je...hehehe


pasukan N9 yang menjadi kesayangan encik suami.............:P


Para penyokong N9, ramai juga walaupun masih dalam mood raya.......

Tuesday, April 5, 2011

Tengok Bola

Aku ni bukan peminat bola yer, saja ajak en suami tengok bola kat stadium paroi, rumah dekat ngan stadiumkan bolehla gi tengok. Kami tengok perlawanan antara N9 ngan Terengganu.
Seronok jugak tengok bola kat stadiumkan, kalau tengok kt tv macam bosan jer..:D


Tapi paling best aku rasa tengok aksi penonton kot, ye le dorang ni semua fanatik bola, aduhai kalau salah sikit mulalah masing2 dok kua kata kesat jelah, sampai tersenyum sendiri aku dibuatnya.


Lepas ni nak tengok bola lagi kat stadium, mengisi masa lapang katanya...:P, cuma aku tak tahan asap rokok jer, lemas le wei.