Showing posts with label Renungan bersama. Show all posts
Showing posts with label Renungan bersama. Show all posts

Monday, October 17, 2011

4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Bersama.

Tadi blogwalking tak blog kawan-kawan, tertarik sangat ngan artikel kat bawah ini, iaitu 4 golongan lelaki yang ditarik bersama-sama ke neraka oleh kaum wanita...


Jadi pada insan bernama LELAKI, didik dan bimbinglah wanita-wanita di dalam hidup kamu dengan sebaik mungkin.


Pertama:- Ayahnya


Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikananak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikansegala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji &sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidakmenutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberikemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik olehanaknya.


Kedua:- Suaminya


Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diribukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yangbukan mahram.. apabila suami mendiam diri...... walaupundia seorang alim etc, solat tidak tangguh, puasa tidaktinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjagamaruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja danadik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAMtunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak..


Keempat:- Anak lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihalkelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuatkemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak ituakan disoal dan dipertangungjawabkan di akhiratkelak........nantikan tarikan ibunya.


* kenkadang tu tak paham kenapa ada kawan-kawan yang masih publish gambar yang tak pakai tudung dalam fb @ blog, sedangkan kamu semua bertudungkan bila keluar....

Monday, August 1, 2011

Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

· Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.

· Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.

· Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

· Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.

· Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:

1. Tekanan darah tinggi - 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes - 30 hari
4. Sembelit - 10 hari
5. Kanser - 180 hari
6. Tibi - 90 hari.

Sumber diperolehi dari : http://www.iluvislam.com/