Showing posts with label Qalesya. Show all posts
Showing posts with label Qalesya. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Dating Bersama Si Budak Kecik

Semalam aku cuti...makanya akupun ambil kesempatan balik puchong....
Boring duduk rumah tak tau nak buat apa...aku ajaklah mak, sikin ngan budak kecik qalesya keluar ke Alamanda.

Seronok layan di sekarang ni, pasai dia dah makin bijak. Paling best setiap kali aku balik sorang mesti dia akan akan ' Pak ngah tak de???'...comeilah cha tanya macam tu...hehehehe


Melayan budak ni main-main kat benda alah tu memang best, hilang rasa penat bekerja.


Budak yang semakin aktif dan lasak. Ramai yang tak percaya budak ni baru berusia 1 tahun 5 bulan.


Main-main sementara tunggu nenek settle bayar bil kat pejabat pos.


Muka teruja bila ada yang layan dia bermain.


Tak sabar tunggu makanan sampai, nasib baiklah dia tak wat hal.....

Friday, July 8, 2011

WordLess FriDay..



Thursday, July 7, 2011

Mari menulis bersama qalesya...

Jangan tak tau budak kecik ni sekarang memang banyak akalnya dan yang terbaru dia pantang nampak pen dan kertas.



bukan main lagi konon2 nak menulislah....abis satu muka surat tu dia conteng2nya....muka serius jer...:P


muka budak yang hepi bila dapat menconteng buku...jangan dia conteng buku sekolah pakcu dia sudah,kang mengamuk pulak adik aku tu kang...:D



qalesya bersama bestfriend nya si syakir a.k.a pak cu kir...:P

Friday, May 6, 2011

Minah rempit...:D

Inilah dia minah rempit tu, hadiah dari ibu dan ayahnya sempena 1st birthday...yang teruk neneklah, kena tolak dia pagi2 keliling rumah, kalau tak nanti dia mengamuk

macam orang besar je aku tengok dia ni......



suka aku tengok gambo ni, macam dorang tengah lepak2 sambil sembang2 minum kopi...hiks, comei....

Tuesday, April 12, 2011

Hepi Belated Besday Dak Kecik..

Malasnya mak ngah ko ni nak update blog. Jadi malas nak update sebab gambar besday girl ni semuanya dalam kamera ibunya, lupa nak save dalam pendrive.


Apa-apapun Selamat Hari Lahir Yang ke 1 tahun Qalesya, semoga menjadi anak yang solehah, dengar kata dan bijak. Semoga Qalesya berjaya di dunia dan akhirat.


Sekejap je aku rasa dia dah besar, bila tatap balik gamba2 dia masa baby, macam tak percaya jer dia dah setahun.


Budak kecik yang pandai berdikari, budak kecik yang ringan badan, kejap je dah pandai berjalan, sekarang ni dah ringan mulut, macam2 benda dia dah boleh sebut, pandai panggil atok, gajah..budak kecik yang suke tengok buku bergambar, budak kecik yang tak boleh nampak pen dan kertas, mesti nak menconteng & budak kecik yang tak boleh nampak atok2 & nenek, mesti nak ngeko je kejenya.

Friday, April 1, 2011

Qalesya lagi

Minggu depan besday qalesya yang ke 1 tahun, apa nak bagi ekk...hmmmm, tengah pikir2 lagi ni

Agak2 apa yang sesuai untuk budak umo setahun ni ekk, nak beli mainan dia bukan suka sgt main.

Tadi baru lepas call mak, saje jelah tanya kabar nenek, ye nenek aku tengah sakit sekarang ni, sambil tu tanyalah jugak perkembangan qalesya. Mak bagitau sekarang ni dia tak boleh berenggang dengan buku bergambar, tadi ibunya tak bawak buku tu mengamuklah dia, asyik sebut nak gajah jer...pasai dia suke tengok gamba gajah dalam buku tu. Mak kata dia hanya pandai sebut gajah ngan buah jer, okeylah tu ada gak perkembangannya kan, baru nak masuk setahun kira hebatlah gak tu.


Tak saba nak balik minggu depan nak jumpa besday girl tu...:D

Wednesday, March 23, 2011

si kenit dah pandai berjalan

bukan main seronok dia bila dah pandai jalan ni....tak mau dukung2 dah semua nak berjalan sendiri. Umur 10 bulan lebih dah pandai berjalan memang segala2nya cepat budak kecik ni, gigipun dah banyak tumbuh.

masa kat spital melawat nenek tu lagilah, tawaf satu lobi tu...selagi ada orang semua dia nak tegur, ish2 budak kecik ni peramah sungguh..

aku suke tengok dia jalan terkedek2, comei je...:P,

budak yang terlampau hepi boleh berjalan sendiri.

tengok tu memang tak reti nak duduk diam langsung.

bila dah penat barulah reti nak duduk, tupun kejap jer...lepas tu mula berjalan balik.

Thursday, January 27, 2011

Sudah Pandai Membebel

Tadi aku saja buat misscall kat hp sikin, tujuannya nak mintak dorang tipun balik, jimat sikit kredit aku. Alah call bukan nak sembang apa sangat tapi saje nak dengar suara si budak kecik ni.

Mak oi mulut dia sekarang ni, dah macam orang tua. Geram aku dengar tak sabar nak balik rasanya. Apa yang orang cakap dia akan ajuk balik, best je aku denga tadi. Bila aku panggil qalesya, dia jawab balik cha,cha....aduhaiiii, tak tertahan aku rasa. Awak tunggulah sabtu ni makngah balik, abis makngah gomoi2 awak tau. Geram!

**budak kecik yang sentiasa buat aku rasa rindu**

Monday, January 10, 2011

Rindu Sama Kamu!!

Aduhhhh....
mak ngah rindu bangat sama kamu.....
wahai budak kecik qaleysa.....

rindu nak tengok kamu senyum.....

rindu ngan bibir kamu yang seksi tu.....

rindu dengan mulut kamu yang becok itu..........


bila dah duduk jauh ni....bertambah2 lah rindu dengan budak kecik ni......minggu ni kita jumpa yer budak kecik....:P

Friday, September 17, 2010

rindu bangat dengan keletah ini budak.....

dah 3 hari Qalesya demam....
mood diapun dah down abis....
tak mau makan tak mau susu...
asik merengek jer....

saya rindu nak tengok keleteh dia...
rindu dengan mulut becok dia...
rindu dengan gelak dia yang kuat itu....
rindu dengan aksi mengada2 dia tu bila mintak di angkat....

Qalesya cepatlah sembuh sayang...
tak sabar nak main2 ngan lesya...
tak sabar nak nengok lesya ketawa...

hari ni mak ngan ayahya nak bawak jumpe pakar kanak2 doktor chan...
orang kata doktor tu bagus....
tak kisahlah bayar mahaipun...
janji Qalesya cepat sembuh.....
dan kembali ke sifat asal dia yang sangat2 ceria.....
rindu sama Qalesya....

Tuesday, August 3, 2010

si buah hati...

aku kekeringan idea nak update...cerita banyak tapi malas nak masukkan....untuk mengelakkan blog aku bersawang dengan terlalu lamanya...aku rasa macam nak update pasai buah hati aku sorang nilah.....
sape lagi kalau bukan anak si WAWA tu...qalesya....budak ni sekarang makin berisi...lenguh dah aku nak dukung...geram tau, rasa nak gigit2 je pipi dia...

akalpun makin bijak sekarang ni...dia pantang nampak kamera hala ke dia mesti dia akan pandang...macam tau2 jer orang nak amik gambo dia...aduhai qalesya oiii...kamu buat makngah geramlah....
paling best aku dah pandai mandikan qalesya...hehehehehe, akhirnya berjaya jugak aku mandikan dia...aku teruja skitlah pasai budak kecik ni kene ati2 takut kang terkehel lak tulang dia...tapi qalesya ni pandai dia dok diam jer time aku mandikan pasai dia suke main air...good girls..:D

Thursday, April 29, 2010

semua untuk dia

best betui bila ada anak buah pompuan ni...dari baju, aksesori sume cantik2 & comei2...
sume tu buat aku geram jer nak membeli...hiks!


td turun beli makanan untuk lunch ada plak jualan puspanita & mata aku ni plak ternampaklah sepasang stokin yang sangat2 comei...apa lagi rembatlah untuk Qalesya....

mujurlah harganya murah je RM5.00...

lepas ni nak cari legging n tight lak untuk Qalesya...

Wednesday, April 28, 2010

NurQalesya Qaisara

ini anak buah aku yang kedua...Nurqalesya Qaisara, lahir pada 10.04.2010 kt Hospital Serdang

pandai pandang kamera tu...:D

bibir dia seksi woo...conget jer, tulah mak nya suke sgt mulut anita sarawak...sampai anakpun dapat mulut gitu....hihihihiihihihihi...