Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Thursday, January 5, 2012

Cuti-Cuti Melaka - Ikan Bakar Parameswara

Siangnya dah penat-penat berjalan di zoo, malamnya pulak adalah sesi menternak lemak...
kami semua makan kat tempat yang terkenal dengan ikan bakarnya iaitu umbai.........

kami memang gerak awal dari rumah, konon2nya takut orang ramai kalau datang lambat tapi masa kami semua dah sampai tu, mak aiiiiiiiiiiiii bukan main penuh tempat tu....

meja pun tak ada, tapi nasib baiklah pekerja kat situ bagi kami duduk dulu dekat meja yang dah di reserved kan untuk pelanggan lain.

Memang bercintalah nak tunggu makanan sampai, bayangkan kami order dari petang dari ada matahari sampailah ke malam baru makanan sampai....

Budak-budak usah cakaplah, mula2 dorang okey lagi tapi bila dah lama sangat menunggu masing-masing dah buat perangai.....kesian dorang penat menunggu

Nombor order kami 63.....

Sebelum makanan sampai kami dihidangkan dulu dengan buah-buahan, bukan free ye buah-buah ni tapi kena bayar.

Kailan ikan masin ni makanan yang paling awal sampainya.......sampai naik sejuk makanan yang lain tak muncul-muncul jugak dan rasanya pun agak kureng je.........

Setelah menunggu sejam lebih barulah makanan yang ditunggu2pun tiba....apa lagi kasi bedal le sebab masing-masing perut dah menyanyi sakan.........

Siakap masam manis

Ketam masak lada hitam.....sedap tapi sayang ketamnya isi tak banyak

Sotong masak merah......sotongnya besar2 puas makan

Ikan cencaru bakar belah belakang....nipun sedap juga

Dan yang paling sedappppppppppppp adalah udang goreng tepung, anak-anak buah akupun bukan main suka lagi udang ni.

Bila tekak dah sedap makan seafood haruslah makan ubat alergik kalau tak puas menggaru le jawabnya.........

Wednesday, January 4, 2012

Cuti-Cuti Melaka - Zoo Melaka

Sambungan pasal percutian kat Melaka tak habis lagi, sikit je lagi nak tamat....hehehe
Hari keduanya pulak kami sepakat untuk jalan-jalan kat zoo melaka aje, malas nak masuk town sebab kompom sesak punya dahlah panas kan....

Kami keluar rumahpun dah lewat jugak, sebab aku ngan mak masak makanan tenghari dulu konon nak berkelah kat sana je, last2 bawak balik ke homestay gak makan kat rumah lagi selesa.

Anak-anak buah aku memang seronok le dapat jalan2 kt zoo ni, yelah budak baru nak mengenal binatangkan haruslah seronok...

Macam-macam soalan la yang keluar...............apa tu bah, yang ni apa pulak............macam2 kan tapi seronok melayannya....

memadu kasih tu...........:P
Masuk2 je memang kita akan disambut oleh burung kakak tua ni, cantikkan.............







Macam-macam bintang yang dapat menarik minat budak2 ni, aku malas nak tulis satu2 sebab mesti semua orang kenalkan binatang apa tu.................:D


Budak-budak ni seronok je dapat naik kuda, mula2 muka cuak juga..............

Penat nak pusing satu zoo ni, aku rasa macam dah tak larat nak angkat kaki rasa berjalan tu nak seret je kaki ni.....:D
Keluar je dari zoo ni kami teruslah balik rumah dulu, makan, solat dan tidooooooooooo.....kasi budak2 ni cas bateri masing2 dulu sebab malamnya nanti nak berjalan lagi.........

Friday, December 30, 2011

Cuti-Cuti Melaka - Melaka River Cruise

Belum puas lagi kami jalan2 cuci mata kat Jonker Walk dah kena gerak ke Melaka River Cruise sebab adik2 yang lain dengan mak ada kat sana.

Time ni hujan, kejap renyai kejap lebat....


si budak kecik ni naik kete sama ngan kami jadi terpisah ngan ibu ayahnya...
kenalah kami usung dia ke sana ke mari, dah la mood dia kejap okey kejap tak....
lenguh pinggang ni dok dukung dia.........

apalah cha ni, gajah batu je pun...tupun nak takut..........


Masa kat river cruise tu punyalah ramai manusia.......
dekat sejam lebih baru kami semua dapat naik cruise.........
budak2 usah cakaplah dah macam2 ragam, bosan menunggu agaknya.........


Akhirnya dapat jugak kami naik cruise setelah sejam lebih beratur dalam hujan..........:D

Bagi akukan naik cruise malam lagi best...........
sebab pemandangan dia lagi cantik...........
dengan lampu2 hiasan yang ada, memang cantik.....

Masa melalui kampung morten tu, mata ni memang terpukau habislah.........
cantiknya dorang hias rumah2 dengan lampu2 yang bermacam-macam bentuk......
rasa tak puas je menyusuri kampung morten tu......

Masa perjalanan menaiki cruise ni 45 minit je...
tapi aku rasa macam sekejap je dah sampai, ke orang tu bawak laju ekkk...........:P

Bandar Melaka malam tu memang jem sangat2.....
kami semua sampai rumah pukul 12.00 malam, mandi, solat dan terus tidoooooooooo.........
esok kita sambung pengembaraan di hari kedua pulak ye.........:P

Thursday, December 29, 2011

Cuti-Cuti Melaka - Jonker Walk

Setelah berbincang2 dengan adik beradik yang lain, kami buat keputusan untuk jalan2 kat Jonker Walk.

Hazabnya nak sampai ke Jonker Walk tu, jem sepanjang2 jalan sampai kami terpaksa berpecah. Adik aku dapat parking dekat Dataran Pahlawan, yang kami ni pulak tak taulah parking kt celah mana, asal nampak kosong kami masuk je...:P, dah la malam tu hujan sesaje.

Jonker Walk ni ala2 Petaling Street, memang kesemua peniaga kat sini chinese je............

Walaupun time ni hujan, tapi tetap meriah.....

Orang usah cakaplah memang ramai sangat, nak berjalanpun payah sebab masing2 pegang payung abis berlaga2.

Jam hasil rembatan si sikin, kuning gitu!

Sebenarnya Along yang ye2 nak berjalan kat Jonker Walk ni, kiranya sampailah hajat dia ke sini...lepas ni tak adalah dia mimpi2kan Jonker Walk lagi...:P

Lepas ke Jonker Walk kami ke River Cruise pulak......

Cuti-Cuti Melaka - 1st Day

Sempena cuti krimas baru ni, aku dengan semua family kecuali adik bongsu aku pergi bercuti dekat Melaka.

Mulanya kami plan nak bercuti kt pahang je, tapi adik lelaki aku tu tak setuju lak dia kata bosan asik balik pahang tu yang berubah ke Melaka.

Masa kat Melaka tu kami tinggal kat D'Alia Homestay, Air Keroh. Rumah yang sangat-sangat selesa.

Bagi aku kalau bercuti ramai-ramai dengan keluarga baik duduk homestay sebab harganya lebih murah berbanding dengan sewa hotel atau apartment.

Kami stay kat rumah ni 3 hari 2 malam dengan bayaran RM400, aku rasa harga yang sangat berbaloi.

Keadaan dalam rumah ni sungguh selesa, ada ruang tamu yang agak luas untuk lepak-lepak hilangkan penat.

Siaran tv pun best jugak sebab ada Astro...:D, tapi kalau dah namapun bercuti memang tak adalah sangat nak tengok tvnya.

Ruang makan yang disediakan.

Sepanjang berada kat Melaka ni memang sarapan dan makan tenghari kami masak sendiri, boleh jimat bajet.

Barang basahpun senang nak dapat, sebab homestay yang kami sewa ni betul2 terletak di belakang Mydin, jadi senanglah kan.

Kat rumah ni juga ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Pendek kata serba serbi lengkaplah rumah ni, mesin basuhpun ada. Sepanjang kat sana memang asik basuh baju je sebab malas nak bawak balik banyak baju kotor. Nasib baiklah semua baju yang basuh tu kering kalau tak parah gak tu..:P