Showing posts with label Main masak2. Show all posts
Showing posts with label Main masak2. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Nasi Ayam Kasih Sayang

Minggu lepas adalah minggu yang sangat penat dan kelam kabut, mana taknya hari jumaat satu hari aku kat putrajaya semuanya kerana opsyen sbpa tu. Aku adalah drive sendiri bertolak balik dari putrajaya pukul 10.00 malam dan sampai ke seremban pukul 11.00 malam ++

Hari sabtupun macam tu jugak, aku bangun pukul 6.00 pagi mandi, solat lepas tu terus duduk bersila dalam bilik dok semak pulak borang opsyen yang dah siap, asingkan mana yang silap. Pukul 3.00 petang gerak ke putrajaya lagi untuk betulkan balik mana yang silap dan semuanya selesai jam 7.00 malam.

Bila dah siap semuanya terus gerak balik puchong, sebab adik bongsu aku dah call kata lapar. Mak aku lak tak ada ikut adik aku balik perak, sebab tulah lapar tukang masaknya tak ada.....:P

Okey berbalik pada tajuk entry aku 'Nasi Ayam Kasih Sayang'....

Hari Ahad aku berjaya masak nasi ayam untuk suami, ayah dan adik-adik. Ini adalah percubaan pertama aku masak nasi ayam, memang tak berpandukan buku resepipun, cuma call emak je tanya sikit-sikit apa yang aku tak tau.

Pic dari google

Macam nilah rupanya nasi ayam aku tu, gambar memang tak sempat nak snap sebab semuanya jadi lupa bila perut dah lapar sangatkan.

Komen dari encik suami haruslah positifkan, dia cakap nasinya memang sedap...cukup rasa semuanya dan struktur nasipun lembut, perfectlah....:P

Mana tak perfect, gigih woo aku tanda kt besen tu paras berasnya...sebab untuk dapatkan nasi ayam yang cantik dan lembut air rebusan ayam tu perlu sama parasnya dengan beras yang kita sukat.

Sambalpun encik suami kata sedap jugak..terima kasih sssssssayang sebab puji ikhlas, lepas ni dah duduk rumah sendiri bolehlah saya masak lagi.

Ayam pulak aku memang tak goreng, mula2 aku letak je dalam air rebusan sup sampai dia masak, lepas tu aku keluarkan dan lumurkan dengan madu....pastu aku perap kejap dan kemudiannya aku masuk dalam oven. Jadinya ayam aku tu memang warna putih jelah seakan-akan nasi ayam hainan macam gambar kat atas tu.

Aku namakan nasi ayam kasih sayang sebab aku masaknya penuh dengan kasih sayang, niatnya untuk bagi suami, ayah dan adik-adik makan apa yang aku masak, sebab orang kata kalau kita masak dengan penuh kasih sayang, InsyaAllah apa yang kita masak tu memang akan jadi sedap...:P



* Nampaknya aku dah lulus buat nasi ayam, lepas ni nak try buat nasi beriani pulak, sebab mertua aku suka makan nasi beriani, tahun depan dah beraya kat rumah sendiri, nanti bolehlah hidangkan dorang dengan makanan ni time raya.

Tuesday, September 20, 2011

Aku Main Masak2

Roh memasak sudah menguasai diriku ini...ewahhh
Dulu tak suka buat kuih sekarang ni bukan main rancak lagi aku salin resepi...
Kalau boleh semuanya nak cube...hehehehe

Dan yang terbaru aku telah berjaya membuat APAM POLKADOT...
Kecoh je kan, orang lain dah berzaman pandai buat apam ni...
Aku baru pertama kali buat dah kecoh....hehehehe, ada aku kisah..:P


Sebelum di kukus.....





dan ini selepas dikukus yer....



Aku buat 2 adunan untuk Majlis Kenduri Doa Selamat kat rumah adik aku di Perak...

Memang elok je dia naik gebu tau....

Sangat-sangat puas hati bila percubaan pertama menjadi....

Laku tau kuih ni jangan tak tau........

Siap ada yang nak tempah lagi....:D