Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, September 28, 2009

::Sua tok joging::

tengok wayang sudah...
makanpun sudah...
sebelum balik kami jenjalan dulu...
dok tawaf midvalley-:)

tetiba aku tertarik tok ke kamdar...poyo je ayat^-^
aku nak cari sua tok joging...
bulan pose dh abih..
kenelah bersenam balik...
tok kesihatan dan kecantikan bentuk badan-:P...


thanx dia...
belikan suar senam tok kita...

Thursday, May 7, 2009

~Panduan Mengurangkan Berat Badan~

aku memang suka bangat search pasai kesihatan...memang tulah keje aku hari2 kt opis bila ada masa terluang...aku jugak rajin membeli majalah rapi tiap bulan..tu sume untuk menambahkan pengetahuan mengenai kesihatan lah...

kat bawah ada sikit panduan mungkin berguna tok korang yang suka dan sentiasa pentingkan penjagaan berat badan...aku search kt internet jer..

Panduan Diet bagi Pengurusan Berat Badan
• Nikmati banyak buah-buahan, sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Makanan sebegini mempunyai massa banyak tetapi tenaganya kurang padat dan membantu anda berasa kenyang lebih lama.
• Makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak dan lain-lain protein. Makanan jenis protein paling berkesan untuk mengenyangkan kita.
• Sekali-sekala makan dengan sukatan sederhana makan makanan yang mengandungi tenaga padat. Anda mungkin berasa terkilan jika langsung tidak dapat menikmati makanan jenis ini. Jadi, rancangkan saat-saat untuk menikmati makanan ini tanpa berasa bersalah, kemudian teruskan dengan diet seimbang yang dirancang dengan baik.
• Pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan anda bermakan dengan keterlaluan.
• Sukatan makanan harus diawasi. Kajian menunjukkan sukatan makanan semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun lepas dan mungkin menjadi punca utama pemakanan yang berlebihan.

5 Panduan Aktiviti Fizikal bagi Pengurusan Berat Badan
• Orang dewasa harus menetapkan 30 minit sehari, pada kebanyakan hari setiap minggu, dan kanak-kanak perlu menghabiskan sebanyak 60 minit dengan aktiviti seperti bermain secara aktif, berjalan, berlari dan bersukan setiap hari.
• Aktiviti seperti berjalan cepat dan menaikki tangga sebagai ganti mengguna lif memberi faedah yang sama seperti bersukan secara formal.
• Aktiviti fizikal harian selama 30 minit ini boleh dipecahkan kepada tempoh masa yang pendek. Contohnya 3 kali berjalan cepat atau berbasikal selama 10 minit setiap kali.
• Gabungan aktiviti membina kekuatan dan kardiovaskular (meningkat kadar jantung dan penafasan) adalah disarankan.
• Mencari jalan untuk menyertakan aktiviti fizikal dalam rutin harian anda, agar ia sentiasa dapat diamalkan walaupun menghadapi tekanan masa.

Pengambilan Berlebihan Kkalori makanan menyebabkan penambahan berat badan
– Penambahan berat badan biasanya berlaku secara perlahan melalui jangka masa. Pengambilan yang hanya berlebihan 100 Kilokalori sehari akan menyebabkan penambahan berat badan sebanyak 1 kg dalam setahun. Juga, dengan mengurangkan pengambilan jumlah tenaga diet sebanyak 100 Kkalori sehari, dapat menolong anda menstabilkan berat badan anda, jadi perubahan kepada diet yang diperlukan untuk mengelak penambahan berat badan mungkin sedikit sahaja.

Kekurangan aktiviti fizikal menyebabkan penambahan berat badan
- Kajian menunjukkan sesiapa yang menjalani aktiviti fizikal dalam tugas harian lebih berupaya mengawal berat badan mereka berbanding orang yang bergantung kepada diet sahaja. Aktiviti fizikal mengurangkan lemak di bahagian abdomen, walaupun tidak terdapat penyusutan berat badan. Aktiviti fizikal juga membantu penjagaan tisu otot yang meningkatkan BMR. Dengan hanya meningkatkan aktiviti fizikal sebanyak 100 Kkalori sehari sudah memadai untuk mengelakkan penambahan berat badan.

Wednesday, August 13, 2008

Sebiji Burger, Sejumlah Lemak!


Apabila anda makan sebiji burger, anda telah mengambil lebih kurang 35 peratus lemak. Kentang goreng dipercayai lebih berkhasiat berbanding roti burger yang diperbuat daripada tepung roti dan direndam dalam lemak. Lebih buruk lagi, burger biasanya akan dimasak separa masak dan akan dimasak sekali lagi sebelum dihidangkan. Bayangkan betapa banyak lemak dan minyak yang digunakan setiap kali burger dimasak? Jumlah lemak yang terdapat dalam burger akan meningkat dua kali ganda berbanding jumlah asalnya iaitu 11-16g lemak. Tambahan pula, kepingan keju yang diletakkan dalam burger untuk melengkapkan hidangan ini turut mengandungi lemak. Keju pula mengandungi garam, gula, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah perisa yang lain. Jadi ada baiknya anda makan nasi sahaja!!!!!

**Makan Malam Perlu Tapi Bersyarat**


Makan malam adalah perlu untuk memberi tenaga sewaktu anda tidur. Walaupun sedang tidur, tubuh tetap memerlukan tenaga untuk bekerja tetapi tidak sebanyak siang hari. Jika terlewat makan, seseorang itu akan kerap terbangun tengah malam kerana lapar. Tubuh tidak mendapat mendapat bekalan makanan untuk bekerja. Elakkan mengambil terlalu banyak karbohidrat ketika makan malam. Jika berlebihan ia akan tersimpan di bawah lapisan kulit yang kemudiannya menjadi timbunan lemak.

Tuesday, August 12, 2008

Air Penting!!!!!


Ramai beranggapan bahawa dengan pengambilan air berperisa mahupun berkarbonat mampu membekalkan jumlah air yang mencukupi dalam badan tanpa perlu mengambil air kosong. Hal ini nyatanya salah sama sekali. Secara purata, badan kita kehilangan hampir 2.5 liter air (lebih kurang 10 cawan) setiap hari melalui peluh, pernafasan dan pembuangan najis. Pada masa yang sama, kita juga kehilangan bahan elektrolit (mineral) seperti sodium, potassium dan kalsium yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair dalam badan. Oleh sebab itulah, kita memerlukan air yang mencukupi untuk menggantikan semula pengeluaran ini bagi mengelakkan masalah dehidrasi (masalah kekurangan air). Jika berlaku dehidrasi, badan akan mengalami perubahan fisiologi yang mungkin boleh menjejaskan kesihatan tanpa kita sedari. Malah kekurangan air juga akan menyebabkan jumlah darah yang dipam ke seluruh badan berkurang dan memberi kesan pada fungsi tubuh lain.