Semalam kami adik beradik sambut hari Ibu dekat Hospital Serdang, bukan mak yang sakit tapi mak menemankan adik bongsu yang kemalangan tu.
Oh ye, hari ni adik aku tu sudah selamat di bedah masuk besi kt tulang peha dia yang patah tu, tadi mak call bagi tau keadaan dia, aku lak rasa sebak...mak cakap dia merengek je sakit mak sakit mak...aduhai sedihla, aku memang tak boleh tengok orang tersayang sakit mulalah hati ni rasa sebak je kalau ikut hati nak cabut balik puchong je sekarang ni tengok dia, tapi apakan daya aku kerja hari ni.
Hadiah untuk mak, aku dah bagi awal-awal lagi....dapat gaji bulan lepas terus belikan hadiah sempena hari ibu untuk mak, aku belikan mak beg duit dan kebetulan beg duit makpun memang dah uzur. Adik-beradik yang lainpun kongsi-kongsi duit beli hadiah untuk mak, hadiah apa akupun tak tau...pasai dorang masih berbincang nak beli hadiah apa yang sesuai untuk mak.
Semalam aku masak menu istimewa untuk mak....nasi minyak hujan panas menjadi pilihan. Masakan ni memang 100% air tangan aku sendiri, cuma mintak tolong sikin gorengkan ayam, along pulak aku mintak tolong potongkan buah nenas dan timun untuk buat acar.
Dari malam lagi aku dah bekerja keras kat dapur, basuh ayam dan daging. Daging tu pulak memang dari malam aku dah perapkan supaya rasanya bersatu. Along pulak buatkan kek coklat untuk mak, sedap keknya tak manis sangat sesedap rasa bak kata orang.
Seawal pagi dah bangun tapi buatkan sarapan dulu untuk suami, ayah dan adik-adik dulu...dah sattle semua keluar pulak cari barang yang tak ada, balik dari pasaraya memang terus masuk ke dapur....perkara pertama yang perlu di buat haruslah masak nasi dulu. Lepas tu baru cara ke lauk pulak. Seronok gak kelentang kelentung sorang-sorang kat dapur ni dah rasa macam super women pulak, hehehe tak pelah sekali sekali untuk emak tersayang apa salahnya kan, yang penting mak hepi.
Ngam-ngam pukul 1.00 semua lauk dah siap di masak, nasipun dah cantik masaknya....antara lauk yang aku masak untuk makan bersama dengan nasi hujan panas ni ialah ayam masak merah, daging masak hitam, dalca dan acar timun nenas. Alhamdulillah
Pukul 2 baru kami ke hospital, sebab nak siap2 dulu solat semua baru bergegas ke sana...kesian mak terpaksa menahan lapar sebab anak2 nya ni tak bagi mak beli nasi kat bawah, kang mak kenyang sape lak nak makan bekal yang kami bawak tukan.
Masa bagi kek ngan bekal nasi kat mak, mak senyum je walaupun mak tak tunjukkan keterujaannya itu tapi aku paham mak mesti suka dan terharu...tak sangka kot anak2 dia sanggup wat kejutan kat spital....
nilah rupanya nasi minyak hujan panas yang aku masak tu...........
Buat emak, selamat hari ibu...kami semua sayang mak sangat2...walaupun kami ni degil dan tak dengar cakap tapi percayalah kami semua sayangkan mak selamanya.
No comments:
Post a Comment