Tuesday, May 29, 2012

Home Progress : Plaster Ceiling

Alhamdulillah satu benda ke satu benda hal rumah sudah selesai, tinggal 10% je lagi yang belum selesai, khamis ni dah mula amik cuti rehat sampailah rabu depan. Cuti untuk basuh dan kemas rumah. InsyaAllah awal bulan depan kami akan berpindah ke rumah sendiri.

Plaster ceilingpun dah siap semalam, lampu dan kipas pun dah siap di pasang. Lepas ni tinggal nak pasang kabinet dapur dengan almari baju je lagi, mungkin dalam minggu ni boleh selesai semua ni.


Kami pilih design yang simple dan moden, tak suke yang serabut-serabut. Ni adalah  hall belah bawah.


Family hall tingkat atas.

Aku update pasal rumah bukan nak menunjuk ke apa, tapi untuk kenangan dan sebagai rujukan masa akan datang.

Monday, May 21, 2012

Home Progress - Lampu & Kipas


Semua ni dah siap beli 2 minggu lepas. Kami beli 2 kipas dekat hall,  2 kipas untuk bilik, lampu kat tempat parking kereta, lampu pintu masuk utama, lampu balkoni bilik dengan lampu kalimantang untuk 3 bilik air, belakang dengan dapur.

Lampu-lampu untuk bilik dan hall kami tak beli, sebab dia termasuk sekali dalam pakej plaster ceiling, semua tu kontraktor yang sediakan, husband serahkan kat dorang aje.


Lampu dan kipas ni kami beli dekat Houses Lighting, Puchong. Memang banyak sangat pilihan, hargapun berpatutan. 

Nak pilih kipas dan lampu ni makan masa 2 jam juga, bukan aku yang cerewet tapi husband yang cerewet, apa yang aku tunjuk semua dia cantas, penat ahkak tau...last2 aku biarkan aje dia yang buat keputusan, aku iye kan aje asaikan lampu tu nampak cantik.

Husband kalau beli satu2 benda memang sangat teliti, penat tau nak tunggu jawapan 'yes' dari dia. Semua faktor dia ambil kira, dari segi saiznya, kesesuaiannya, penjimatan elektriknya (ni penting :P), sampailah ke cara nak bersihkan lampu tu dia ambil kira tau. Terima kasihlah ye bang sebab menitik beratkan semua tu, senang kerja saya nanti, nak lap habukpun senang.

Thursday, May 17, 2012

Cantikkan???


Bagi aku cantiklah....hadiah Hari Guru bukan dari aku ye...
tapi dari anak murid suami.....
bestkan jadi guru ni, anak murid sayang...:D

Masak Apa Yang Suami Suka

Suami saya ni memang sangat-sangat suka makan roti canai, tapi jangan haraplah dapat makan selalu ye. Saya memang tak suka dia makan selalu sebab tak baik untuk kesihatan ye kawan-kawan. Kalau kita makan sekeping roti canaipun kalori dia sangat-sangatlah tinggi. Ngeri woooooo.

Kebanyakan orang lelaki ni saya tengok kalau makan sekeping memang tak cukup, paling-paling sikit kena makan 2 keping baru kenyang kot...:P, sangatlah tidak baik untuk kesihatan.

Moh kita belajar cara nak buat roti canai....

Bahan-bahan:-

1/2 kilo tepung gandum
1 biji telur
Air garam
Susu Pekat Manis (ikut selera masing-masing nak manis tu macam mana)

Cara-caranya:-

Campur kesemua bahan-bahan tadi, lepas tu uli dan terus uli. Bila dah siap uli perapkan dulu sejam. Dah cukup sejam  kepalkan menjadi doh yang kecil-kecil. Masa tengah kepalkan tepung tu  jadi kecil-kecil sambil tu lumurkan sekali dengan marjerin, tujuannya supaya tepung tu tak melekat antara satu sama lain.


Inilah rupanya doh-doh yang sudah dilumurkan bersama dengan marjerin.


lepas tu korang mulalah tebarkan tepung tu....aku guna pakai dulang je....dan jadilah seperti gambar di atas ni. Dah siap bolehla masak.




Inilah hasilnya roti canai yang aku buat tu. Percubaan pertama ni tau....husband kata lepas ni bolehlah buat lagi. Kuah roti canai ni aku buatkan kari dhal aje....

Wednesday, May 16, 2012

Home Progress - Grill

Petang semalam lepas balik dari gym terus sms encik suami ajak tengok rumah. Sampai sana tengok dorang tengah rancak pasang grill.


Inilah grill yang menjadi pilihan. Aku suka yang simple je asalkan selamat dan senang untuk aku lap habuknya nanti.


Cepat je dorang ni buat kerja, khamis lepas datang ukur semalam dah siap pasang grillnya. Hari ni dorang nak wat plaster cyiling pulok. 

Selamat Hari Guru

pic : kredit to google

Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik,
terutama sekali buat suami........
semoga kalian semua tabah dan ikhlas mendidik anak bangsa....

Tuesday, May 15, 2012

Cek Dari Nuffnang


Alhamdulillah rezeki berblog...
Walaupun jumlahnya tak adalah banyak sangat tapi tetap bersyukur. Nampaknya bolehlah beli sesuatu wat kenangan.

Terima kasih Nuffnang....nanti bolehlah letak banyak2 iklan kat blog saya ye...:D

APA YG PERLU KITA LAKUKAN APABILA MASUK RUMAH BARU


Aku ni asyik cerita pasal rumah baru je kan...nak buat macam manakan, ni pertama kali dapat rumah sendiri tu yang perasaan teruja lebih sangat tu....kalau ada masa free memang aku akan search apa yang perlu dibuat sebelum masuk rumah baru...

Dan aku telah masuk ke blog Ustazah Azimah, dalam blognya itu Ustz. ada bagitau apa yang perlu kita buat sebelum masuk ke rumah baru, sama-samalah kita berkongsi ilmu ini.



Apa yg perlu dilakukan ialah:

1. AZAN
Dalam sebuah hadis Rasullullah saw pernah berpesan sekiranya banggunan atau rumah yg terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ia akan dimasuki sejenis makhluk yg dikenali sbg Al-Ammar. Ia suka tinggal di rumah yg tak berpenghuni. Oleh itu laungkan azan pada pertama kali anda masuk ke rumah baru anda itu ya..

2. MEMBACA SURAH AL-BAQARAH:
Rasullullah bersabda: ” Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya utk tidur shj) sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yg dibacakan surah Al-Baqarah ” (Hadis riwayat Abu Hurairah r.a)
sekurang2nya amalkan membaca 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah.

3. BANYAKKAN SOLAT DAN MEMBACA QURAN:
Rasullullah saw bersabda : ” Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran ” (riwayat al-Baihaqi)

4. BACA SURAH YAASIN , AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS:
Amalkan membaca surah2 tersebut insyaAllah kita akan terpelihara dan akan dilindungi dari gangguan makhluk2 halus dan dikhuatiri akan mengganggu anak2 kita yg masih baby atau kecil.
Selamat beramal

Monday, May 14, 2012

Perkara Utama Yang Perlu Dilakukan Sebelum Masuk Rumah Baru


Hari Isnin memang hari yang agak slow sikit untuk memulakan kerja, hehehehe....biasalah tu kan semua orang akan mengalami benda yang sama, ye dak....cer kalau hari Jumaat semua semangat nak wat kerja kan....:P

Untuk menghilangkan rasa bosan, abis semua blog kawan-kawan aku terjah, pastu terjumpalah satu blog ni (aku lupa namanya) yang kebetulanpun tengah rancak sediakan keperluan rumah baru dia.

Antara senarai keperluan yang boleh dikongsi untuk dijadikan panduan bersama:- 

1. Wiring
Ni memang penting, untuk tambah point mana yang kurang. 

2. Plaster ceiling
Ni terpulang pada bajet masing-masing, tak adalah penting sangat....kalau ada bajet lebih bolehla buat.

3. Mengecat rumah
Bila dah buat plaster ceiling memang rumah kena cat balik, takut dinding2 kotor masa proses wat plaster ceiling tu.

4. Kitchen Cabinet/Build in wardrobe/build in tv cabinet
Aku hanya buat kabinet dapur je dan wardrobe je...tv cabinet tak buat pun....

5. Tinted cermin
Memang tak buat sebab suami tak suke rumah nampak gelap, rimas katanya.

6. Grill
Ni memang wajib adalah. Kami dah buat, mungkin dalam minggu depan akan dipasang.

7. Pasang alarm & auto gate
Hok ni hold dulu, tak berapa penting sangat sekarang ni....kalau ada bajet lebih akan datang mungkin akan difikirkan untuk pasang ke tak.

Sambut Hari Ibu Di Hospital

Semalam kami adik beradik sambut hari Ibu dekat Hospital Serdang, bukan mak yang sakit tapi mak menemankan adik bongsu yang kemalangan tu.

Oh ye, hari ni adik aku tu sudah selamat di bedah masuk besi kt tulang peha dia yang patah tu, tadi mak call bagi tau keadaan dia, aku lak rasa sebak...mak cakap dia merengek je sakit mak sakit mak...aduhai sedihla, aku memang tak boleh tengok orang tersayang sakit mulalah hati ni rasa sebak je kalau ikut hati nak cabut balik puchong je sekarang ni tengok dia, tapi apakan daya aku kerja hari ni.

Hadiah untuk mak, aku dah bagi awal-awal lagi....dapat gaji bulan lepas terus belikan hadiah sempena hari ibu untuk mak, aku belikan mak beg duit dan kebetulan beg duit makpun memang dah uzur. Adik-beradik yang lainpun kongsi-kongsi duit beli hadiah untuk mak, hadiah apa akupun tak tau...pasai dorang masih berbincang nak beli hadiah apa yang sesuai untuk mak.

Semalam aku masak menu istimewa untuk mak....nasi minyak hujan panas menjadi pilihan. Masakan ni memang 100% air tangan aku sendiri, cuma mintak tolong sikin gorengkan ayam, along pulak aku mintak tolong potongkan buah nenas dan timun untuk buat acar. 

Dari malam lagi aku dah bekerja keras kat dapur, basuh ayam dan daging. Daging tu pulak memang dari malam aku dah perapkan supaya rasanya bersatu. Along pulak buatkan kek coklat untuk mak, sedap keknya tak manis sangat sesedap rasa bak kata orang.

Seawal pagi dah bangun tapi buatkan sarapan dulu untuk suami, ayah dan adik-adik dulu...dah sattle semua keluar pulak cari barang yang tak ada, balik dari pasaraya memang terus masuk ke dapur....perkara pertama yang perlu di buat haruslah masak nasi dulu. Lepas tu baru cara ke lauk pulak. Seronok gak kelentang kelentung sorang-sorang kat dapur ni dah rasa macam super women pulak, hehehe tak pelah sekali sekali untuk emak tersayang apa salahnya kan, yang penting mak hepi.

Ngam-ngam pukul 1.00 semua lauk dah siap di masak, nasipun dah cantik masaknya....antara lauk yang aku masak untuk makan bersama dengan nasi hujan panas ni ialah ayam masak merah, daging masak hitam, dalca dan acar timun  nenas. Alhamdulillah

Pukul 2 baru kami ke hospital, sebab nak siap2 dulu solat semua baru bergegas ke sana...kesian mak terpaksa menahan lapar sebab anak2 nya ni tak bagi mak beli nasi kat bawah, kang mak kenyang sape lak nak makan bekal yang kami bawak tukan.

Masa bagi kek ngan bekal nasi kat mak, mak senyum je walaupun mak tak tunjukkan keterujaannya itu tapi aku paham mak mesti suka dan terharu...tak sangka kot anak2 dia sanggup wat kejutan kat spital....


nilah rupanya nasi minyak hujan panas yang aku masak tu...........

Buat emak, selamat hari ibu...kami semua sayang mak sangat2...walaupun kami ni degil dan tak dengar cakap tapi percayalah kami semua sayangkan mak selamanya. 

Friday, May 11, 2012

Sekarang Ianya Dah Dalam Tangan


10 Mei 2012 secara rasminya kami dapat kunci rumah, Alhamdulillah bersyukur sangat2...akhirnya impian memiliki rumah sendiri menjadi kenyataan. Terima kasih Encik Suami.

Kami plan nak masuk rumah ni secara rasminya hujung bulan ni, masa cuti sekolah, tak lama dah lebih kurang 2 minggu je lagi kami akan berpindah ke rumah sendiri...kami rasa itu jelah masa yang sesuai, sebab kerja suami memang tak boleh amik cuti sebarangan kecuali benar2 urgent sahaja.

Semalampun dah berbincang dengan kontraktor untuk keje2 penambahbaikan sikit. Mungkin dalam minggu depan baru dorang akan mulakan kerja2 tu semua. Harap2 dorang dapatlah siapkan kerja2 tu dalam masa 2 minggu ni.

Mood: hepi, senyum sampai ke telinga je sekarang ni...:P

Thursday, May 10, 2012

Reward

Alhamdulillah, sempena dapat tunggakan gaji kakitangan awam....aku telah menghadiahkan untuk diri aku sendiri keahlian dekat MATRIX FITNESS STUDIO...

Memang dah lama impikan untuk pergi fitness studio ni, sekarang ni baru tercapai impian itu.....semoga lepas ni aku lebih healthy, fit & strong..........


Tak sabar rasanya untuk melihat perubahan diri ini. 

Durian Runtuh Buat Ayah & Mak

Alhamdulillah, ayah dan mak dapat durian runtuh sampai anak2pun terkena tempiasnya sekali...hehehehe, tulah namanya rezeki buat peneroka Felda.

Dulu masa kecik2 ingat lagi, memang susah sangat duduk kat felda ni....orang kata ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang, dengan tempatnya yang jauh ke pedalaman.

Tapi sekarang semuanya sudah berubah, rumah kat felda semuanya besar2....banglopun ada tau, tulah berkat kesabaran dan sentiasa bersyukur...akhirnya Allah melimpahkan macam2 rezeki untuk semua peneroka felda....Alhamdulillah

Butir-butir Pengumuman Durian Runtuh FELDA 2012 Kepada Peneroka

Imbuhan Utama kepada Peneroka Felda :

Jumlah dana pemberian durian runtuh FELDA adalah sebanyak RM1.689 billion, untuk diangihkan kepada semua setiap 112,635 peneroka FELDA
Fasa Pertama 1 = RM5,000 untuk suami, ketua keluarga
Fasa Kedua 2 = RM5,000 untuk isteri peneroka. Kalau ada 4 isteri? Bahagikan RM5,000 sama rata
Fasa Ketiga 3 = RM5,000 untuk anak-anak generasi kedua (Maksudnya di sini, jikalau ada seramai 5 adik-beradik kesemuanya bahagikan RM5,000 seadilnya)

Thursday, May 3, 2012

Saya Sangat Happy......

Ye happy sangat2, akhirnya penantian selama setahun setengah untuk hidup di rumah sendiri menjadi kenyataan.

Hari ni berdebar2 je rasa, harap2 sangat pemaju call suami untuk ambil kunci rumah dalam minggu ni juga, sebab bhg pinjaman perumahan dah bayar 100% dekat si pemaju.

Tak sabar nak deco2 rumah, tak sabar nak gantung langsir yang cantik itu...:P, yang dah dibeli 3 minggu lepas kat nilai 3, tak sabar nak dapat perabot baru, tak sabar nak tidur atas tilam baru yang lebih empuk dari biasa...:P, tak sabar nak  tengok kak phang pasang kitchen kabinet yang cantik itu...haiiii semuanya tak sabarlah...almaklumlah lama tunggu kan, haruslah teruja lebih....nak2 bila semua barang sudah dibeli dan ditempah.

Dan yang paling tak sabar, nak ajak mak, ayah, adik beradik tidur di rumah aku sendiri....boleh bawak dorang jalan2 cari makan kat seremban pulak, sungguh tak sabar......