Tuesday, November 20, 2012

20.11.2012 - Our 2nd Wedding Anniversary

 
Alhamdulillah 2 tahun sudah usia perkahwinan kami...
masih baru lagi, masih banyak yang perlu diperbaiki......
 
Terima kasih atas segalanya Ya Allah,
Terima kasih atas jodoh ini...
Terima kasih kerana 'engkau' telah menghadiahkan lelaki sebaik ini untuk aku....
 
Aku berdoa kepadamu Ya Allah..
Semoga perkahwinan kami ini berkekalan untuk selamanya....
Semoga perkahwinan ini sentiasa di bawah kerahmatanmu Ya Allah...
Amin....

Tuesday, October 23, 2012

fuhhhh


 
 
 
banyaknya sarang labah-labah dalam blog..........
lama tui aku tak update...........
mood malas sudah menguasai diri ini.........

Friday, August 10, 2012

Projek Bakar Membakar Biskut Raya

Korang semua dah mula buat biskut raya ke?

Aku baru je buat 2 jenis, eh silap sebenarnya dah buat 3 jenis biskut raya tapi yang biskut orea tu tak siap lagi, semalam dah try nak pipingkan coklat putih kat atas biskut tapi tak jadi pulak, nampaknya balik rumah mak esok kena pinjam nozzle la.

Akupun terkejut dengan roh rajin dalam diri ini, tak pernah-pernah nak buat biskut raya tapi tahun ni semangatlah pulak. Adik aku si wawa siap sound lagi, jangan buat kuih kembang-kembang, kuang ajaq la tu kan, hehehe...taulah aku ni tak pernah buat biskut raya. 

Belum cuba belum tau tau..........


Biskut pertama yang aku buat cornflakes madu, kuih ni kacang je pejam matapun leh siap...hehehe. Mula-mula buat memang semangat aku ni tapi makin lama semangat tu susutlah sikit demi sikit, mujurlah ada suami yang rajin nak menolong, akhirnya dia yang tolong masukkan dalam paper cup.


Ini pulak biskut tart nenas teratai, fuhhh...mencabar jugak nak membuatnya tapi seronok sangat-sangat bila tengok hasilnya dan rasapun sedap tau.

Malam ni aku plan nak buat biskut lagi, tapi lum pikir nak buat biskut apa. Esok nak balik puchong, tu yang agak teruja lebih tu nak bagi biskut-biskut ni kat mak. 

Mesti mak bangga ngan aku....sebab anaknya ni dah rajin buat biskut raya kalau tak time bujang-bujang dulu, mak ngan along buat kuih raya aku bantai tengok tv kat depan.

Thursday, August 9, 2012

Nyum, nyum

Wah, lama gile tak update blog...tak ada mood...bila dah mood tu datang malas pulak, lagipun tak boleh nak update kat opis sangat.

Kang ada pulak yang mengata, si lin tu asik main tenet je....hellooooooooo, aku main tenetpun keje aku siap tau, tak ada nak ot bagai.

Sabar jelah bulan-bulan puasa ni kan....hehehe, okeylah disebabkan masih lagi dalam bulan ramadhan jadinya mohle cuci2 mata tengok juadah berbuka yang aku masak setiap hari, kot2 dapat bagi idea kat korang nak masak apa untuk berbuka kan.


kuih keria, ini memang kuih kegemaran aku...masa rebus keledek tu aku rasa macam sikit je tapi bila dah buat mak aiii banyaknya, nak bagi jiran...jiran pulak tak ada.


nasi lemak telur mata, dapat makan nasi lemak time bulan puasa memang sedap....rasa nak makan nasi lemak lagilah, tapi petang ni suami suh masak bihun goreng je.


Mee bandung, meriah mee aku ni macam2 rencah aku taruk.


Nasi Minyak berlaukkan daging masak hitam, ayam masak merah dan dalca.


Kuih buah melaka, biasanya aku buat kuih ni guna pati daun pandan yang aku blander sendiri, aku sangat suka dengan aroma daun pandan yang terhasil.


Ayam masak lemak cili api, aku kalau masak memang pekat...secukup rasa bak kata mak aku la...:D 

Ni juadah masa bersahur, ayam masak kicap. Tiap kali sahur aku memang masak kicap je tapi hari2 tukarlah, kalau hari ni buat ayam masak kicap, esoknya pulak aku masak telur mata masak kicap, esok2nya lagi pulak daging masak kicap. Kenapa hari2 masak kicap? sebabnya suami tak suke makan pedas pagi2 dia takut sakit perut, maklumlah orang penggeli ni susah nak 'membuang' kt tempat lain selain rumah sendiri.


Ni juadah yang terbaru aku buat, tak silap aku hari selasa lepas. Aku masak nasi tomato dan kawan-kawannya, tak lain tak bukan ayam masak merah dan kuah dalca.


Meh close up sikit..............jangan terliur pulak ye.

Bila dah hari-hari masak ni seronok rupanyakan, lepas raya ni nak masak gaklah hari-hari boleh bawak bekal g kerja, dapat jimatkan perbelanjaan bulanan.

Ada yang kata kalau hidup berdua je lagi jimat beli je, tapi bagi aku tak....sebab aku rasa lagi jimat tau, ayam sekor boleh tahan seminggu macam tu jugak dengan daging dan ikan. Biasanya kos aku beli barang-barang basah ni untuk seminggu dalam RM50++ la.

Makan kat kedai aku rasa lagi rugi sebabnya ayam seketul je dah caj RM3.00 belum lagi dia caj sayur, nasi putih dan air, tu makan tengahari belum masuk sarapan ngan makan malam lagi, pitam rasa.

Jadi kesimpulannya tepuk dada tanyalah selera masing-masing.


p/s: masak ni satu kepuasan bila suami kekenyangan, dapat pahala tau.

Friday, July 27, 2012

Iftar Hari Ke 5 & 6 Ramadhan

Assalamualaikum..............




Hari ni saja nak tunjuk gak menu berbuka untuk hari ke 5 dan 6 Ramadhan, hari2 lain gambar semuanya hilang, aku terdelete pulak gambar2 dalam kamera sebelum sempat nak transfer masuk pc.


Menu hari ke 5, aku masak mee goreng basah, fresh oren yang aku blend dan suami beli popia je.
Menu hari ke 6, aku masak bihun goreng, roti jala + kari daging dan juga air tebu....terliurlah  pulok tengok gambar air tebu tu, bersabarlah wahai hati..........:D


Sehingga ke hari ni, aku belum jejak sekalipun ke pasar ramadhan....memang hari2 balik keje terus masuk dapur sediakan juadah berbuka, kami suami isteri pulak memang jenis tak makan nasi masa berbuka jadi senanglah sikit keje aku. masak main 1 kuih 1..dah cukup.

Hari ni plan nak buat nasi lemak pulak, korang lak masak apa tok berbuka nanti?

Salam Ramadhan untuk semua. Sedar tak sedar hari ni genap seminggu kita berpuasa kan. Alhamdulillah aku masih lagi berpuasa penuh, harapannya biarlah cukup sebulan aku berpuasa tahun ni..:P

Tuesday, July 24, 2012

Resepi Apam Balik

Inilah resepi apam balik yang sangat gebu dan sedap itu...puas aku ingat balik kat mana aku amik resepinya ini, akhirnya jumpa juga.

Kepada kawan-kawan yang nak cuba tu, selamat mencuba la ye...korang pasti akan berpuas hati..:P

APAM BALIK
resepi dari : chef hanieliza

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam

Bahan B
2 cawan susu segar [1 cawan susu cair + 1 cawan air]
1/2 cawan minyak
2 biji telur

Bahan C
coklat chips
jagung cream

Cara
1. Gaulkan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B dalam blender .
3. Masukkan bahan A dalam blender dan mesinkan.
4. Panaskan non-stik pan dan sendukkan adunan.
5. Tutup pan dan biarkan adunan 3/4 masak.
6. Letakkan coklat chips atau jagung.
7. Lipat dan hidangkan.

* aku tambah kacang tanah yang ditumbuk dan gula (taburkan aje), kulitnya pulak aku sapu dengan planta dan hasilnya lagi meletop...:P

Apam Balik


Menu hari ketiga berbuka puasa, aku buat apam balik........Alhamdulillah menjadi, dapatlah hantar ke rumah mertua sikit.

Kalau ada yang berminat nak try,nanti bagi taulah....ada masa terluang aku tempekkan resepinya.

Tuesday, July 17, 2012

Bengkel Oh Bengkel

18 Julai sampailah 20 Julai 2012, aku kena pergi begkel hrmis lagi............
kali ni buat dekat bukit tinggi, pahang pulak.........
nasib baik pergi berdua adalah peneman borak masa aku drive nanti.............
ye aku memang bawak kete sendiri sebab senang nak jalan2 bila ada masa terluang..........

Monday, July 16, 2012

Plan Yang Tidak Dirancang

bila suami bagi tau yang family dia nak datang rumah, aku mulalah gelabah...hahahaha, yelah ni pertama kali nak masak bagi family mertua makan, mau tak nebes.

suami suruh masak roti jala je tapi aku rasa macam tak syok pulakkan kalau buat kuih je, jadi akupun wat keputusan untuk masak bihun goreng bersama-sama dengan roti jala.

hari sabtu pulak suami kena kerja pukul 3.00 petang baru balik rumah, nampak gayanya memang aku sorang je kena bersilat kat dapur, kelentang kelentung sorang-sorang...mesti jiran aku tension je dengar periuk kuali berlaga2....hehehehe.


Makan time......


Nilah juadah yang aku sediakan......


dan ini adalah surprise untuk suami....kek hasil air tangan cika, tina dan kak long...kek ni sangat sedap, tak jemupun makan....


makanya hari sabtu hari tu boleh di katakan jamuan besday suamilah, 2 in 1...plan yang tak dirancangkan..


family belah suami, bangah & family je yang tak ada...sebab dorang duduk kl
 

aufa, budak comel yang sangat keletah...bersembang macam orang tua...:P


sesi memotong kek...:>

lega sangat bila semuanya selesai....rasa hepi bila semua ahli keluarga berkumpul...dah rasa macam hari raya lak...:D

Pulut Kuning Sempena Bufday Suami


Sempena bufday suami jumaat lepas, aku masak pulut kuning dan juga rendang daging untuk dijamu kepada kawan-kawan dan juga untuk mertua.

buat tak banyakpun sekilo pulut dan sekilo daging sahaja. Alhamdulillah semua dapat rasa.

Friday, July 13, 2012

Hepi Bufday Suami




buat suami....
Selamat Hari Lahir...
Semoga Dipanjangkan usia...
Dimurahkan Rezeki..........
Diberi Kesihatan Yang Baik............
Dan Semoga Hidupmu Sentiasa Dipelihara Dan Diberkati Oleh Allah.....

Wednesday, June 27, 2012

Semangat Membara Dengan Jillian Michaels

Aku memang minat dengan minah ni masa tengok The Biggest Loser, suka tengok dia guide peserta-peserta tu.

Lagi satu aku suka dia sebab badan dia cantik...Konon-konon nak berangan dapat bentuk badan macam dialah, eh tak salah berangankan mana tau satu hari nanti angan-angan menjadi kenyataan....:P





Aku beli ketiga-tiga vcd ini dekat Kak Zel, geng diet juga ni.

Kalau ada yang berminat nak dapatkan vcd ni leh je contact kak zel,buka je blog dia kat sana ada tertera email dan nombor phonenya sekali.

Monday, June 25, 2012

BerBBQ

Sabtu malam ahad semua adik beradik aku termasuk mak ayah turun seremban. Wawa punya plan la ni nak buat BBQ kat rumah aku.

Aku okey je, maklumlah duduk berdua memang sunyi bila family nak datang je haruslah seronok dan teruja sangat-sangat, sebab meriah lah sikit rumah aku yang sunyi itu.


Orang kuat membakar malam tu, kalau dorang ni tak ada memang tak makanlah...hehehehe


Semua bahan-bahan ni mak aku bawak siap2 dari puchong. Kalau nak suruh aku yang perap bahan-bahan ni memang tak menjadilah ye.

Aku hanya beli kepak ayam je dan perapkan dengan madu dan kicap. Jadilah kepak ayam madu...:D


Antara menu yang ada. Udang, Sosej. Ni memang budak-budak suka sangat sebab tak pedas.


Kepak ayam madu, daging dan ayam


Udang oh udang, napelah ko sedap sangat. Bila dah makan udang mulalah tangan ni sedap je menggaru ko.


Ayam panggang ni memang sedap, rempahnya memang terasa....bila tengok gambar ni balik rasa terliurlah pulak.


Daus yang suka sangat main penyiram pokok aku tu...:D



Abang fahmi dengan tangan 'peace' nya


budak ni pulak kalau dapat peha ayam memang suka sangatlah, sampai bersih isi ayam tu dia kerjakan.

Walaupun 4 jam je dorang lepak kat umah aku, tapi aku rasa seronok sangat. Pukul 11 malam dorang sume pakat balik puchong sebab esoknya masing-masing ada hal. Kembalilah sunyi rumah aku bila dorang tu balik, tak suke tau....:P

Friday, June 22, 2012

Sarapan Pagi Ini


 Karipap buatan sendiri 


teh panas untuk suami


Saya dah pandai buat karipap, bangga disitu ye....:D

Wednesday, June 20, 2012

Serba Sikit Gambar Rumah

Atas permintaan usmi dan dengan keizinan suami aku show la sikit2 gambar rumah aku ye selepas di makeover serba sikit.

Rumah kami biasa-biasa aje, masih nampak kosong lagi.


Ini garden kat bahagian depan rumah aku, aku memang suka dengan bunga-bunga ni, ruang ni masih nampak  belum sempurna lagi. Aku cadang nak tanam rumput karpet supaya kawasan ni nampak lebih hijau dan berseri.

Garden kat bahagian belakang aku tanam pokok kari, pokok kunyit, pokok limau dengan pokok pandan, senang bila nak masak main petik je. Semua pokok-pokok ni aku mintak bantuan mak yang tanamkan, sanggup tu import mak dari Puchong..:D


Dapur aku yang sedang-sedang aje, tak adalah besar manapun...tapi agak selesa jugaklah bila ramai kat dapur tu.

Kabinet dapur ni aku tempah kat opismate aku, suami dia memang ada kilang perabut...dan pemilihan warnanya adalah warna kegemaran aku.


Ini adalah ruang bersebelahan dapur aku, kat sini kalau nak letak meja makanpun boleh juga tapi aku rasa lagi sesuai letak alat senaman tu kat ruangan ni, sebab sambil bersenam leh pandang pemandangan kat luar tu.


Ruang tamu dan ruang makan aku letak bersebelahan, nanti sambil makan boleh tengok tv kan. 


Tempat lepak-lepak tengok tv..:), kipas sampai dua tu....sebab masa ni kipas siling tak boleh buka lagi...tapi sekarang dah okey, kipas-kipas nipun dah tak ada kat situ lagi, semuanya dah ku letakkan kat hall atas dan dapur.


Master bedroom. Bilik ni memang nampak kosong sangat-sangat lagi, belum habis di make over lagi.


Bilik kedua kami, kiranya ni macam bilik tetamu lah...


Dan ini adalah hall kat bahagian atas, ruangan sini memang nampak sangat kosongnya. Tunggu gomen bagi bonus dululah baru boleh beli apa yang patut..:

Menu Minum Petang Semalam dan Sarapan Pagi Ini


Petang semalam aku masak roti john untuk suami tercinta....makan untuk 2 orang je tapi buat roti john macam 5 orang punya makan, kenyang gila....sampai tak habis kami makan...simpan dalam peti balik kang leh panaskan dalam microwave.



Rajin2kan diri bangun pagi sediakan sarapan untuk suami, maka terhasil roti jala dimakan bersama dengan kari ayam dan juga teh panas sebagai pembasah tekak......mabeles memang sedap, nyum,nyum.........:P

Thursday, June 14, 2012

Indahnya Menjadi Isteri

Dah kawen setahun setengah barulah aku rasa betapa indahnya menjadi seorang isteri, sebelum ini indah juga tapi kali ni perasaan tu bertambah-tambah indah.

Setiap hari mata ni seakan-akan tahu rutin harian seorang isteri. Jam 5.00 pagi je dia pasti akan terjaga dan bermulalah tugas harian seperti biasa. Basuh muka, gosok gigi dan terus melangkah ke dapur menyediakan sarapan untuk suami. Aku seboleh mungkin akan pastikan perut suami terisi dulu sebelum kakinya melangkah keluar untuk mencari rezeki. Inilah impian aku saat di ijabkabulkan.

Aku jadikan emak sebagai idola dalam menguruskan rumahtangga. Mak memang tak pernah miss menyediakan sarapan untuk anak-anak dan suaminya. Mak akan pastikan sebelum kaki melangkah keluar dari rumah untuk bekerja atau sekolah perut haruslah diisi dulu. Sejak dari zaman kami kecil sampailah dah besar panjang macam sekarang ni mak masih lagi menyediakan sarapan untuk kami, mak jarang sangat beli makanan kat luar semuanya dia sediakan sendiri, mak lagi suka menyediakan juadah dari hasil tangan sendiri. 
Sebab tulah akupun mahu jadi sepeti mak, masak untuk suami sebab air tangan isteri adalah pengikat kasih sayang suami isteri.

Bila kat opis dalam kepala ni pikir je balik ni nak masak apa. Mujurlah suami tak cerewet dia akan makan apa je yang aku masak tapi pemilihan lauk dan sayur haruslah apa yang dia makan saja, kalau masak apa yang dia tak makan memang takkan dia jamahlah lauk tu.

Rumah pulak aku akan pastikan sentiasa bersih dan kemas, tak suka sepah2 ni, sebelum pergi kerja atau lepas balik kerja aku akan kemas rumah. Mop lantai dan cuci tandas aku akan buat hanya pada hujung minggu je, almaklumkan hidup berdua je kan lum ada anak kecik jadi keadaan rumah tu bersih dan kemas jelah setiap hari. Baju lak basuh 2 hari sekali, iron bajupun hujung minggu baru aku akan iron kesemuanya senang nak pergi kerja capai je mana nak, masa pun jimat.

Inilah rutin harian baru aku sekarang. Indahnya menjadi isteri.............rasa macam nak berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuh masa je.:P

Tuesday, June 12, 2012

Kembali Bekerja....

fuhhhh penat....hari pertama naik kerja lepas cuti seminggu lebih. Tak keruan dibuatnya bila tengok meja penuh ngan surat, tak tau nak buat yang mana dulu...:P

Urusan pindah rumahpun dah selesai 100%, secara rasminya kami telah berpindah ke rumah sendiri, memulakan hidup sendiri, dah tak ada nak bergantung pada orang lain lagi.

Bangun pagipun kena awal, dulu 5.45 baru bangun tapi sejak duduk sendiri ni pukul 5.00 pagi dah kena bangun, buat sarapan dan kemas rumah sebelum kaki melangkah keluar untuk bekerja pulak. Inilah pengorbanan seorang isterikan, ni belum ada anak lagi nanti bila dah ada anak tanggungjawab tu akan bertambah lagi.

Okeylah, nak sambung kerja dulu.....

Tuesday, May 29, 2012

Home Progress : Plaster Ceiling

Alhamdulillah satu benda ke satu benda hal rumah sudah selesai, tinggal 10% je lagi yang belum selesai, khamis ni dah mula amik cuti rehat sampailah rabu depan. Cuti untuk basuh dan kemas rumah. InsyaAllah awal bulan depan kami akan berpindah ke rumah sendiri.

Plaster ceilingpun dah siap semalam, lampu dan kipas pun dah siap di pasang. Lepas ni tinggal nak pasang kabinet dapur dengan almari baju je lagi, mungkin dalam minggu ni boleh selesai semua ni.


Kami pilih design yang simple dan moden, tak suke yang serabut-serabut. Ni adalah  hall belah bawah.


Family hall tingkat atas.

Aku update pasal rumah bukan nak menunjuk ke apa, tapi untuk kenangan dan sebagai rujukan masa akan datang.