Monday, October 17, 2011

Kisah bola lagi...:P

Akupun tak tahu sudah berapa kali jejakkan kaki kat stadium paroi ni....kali pertama jejak kaki kat sini sebab ikut suami yang memang minat dengan bola, aku pulak sebaliknya memang tak minat langsung.

Tapi bila dah selalu sangat pergi stadium tengok bola, lama2 minat tu datang pulak..macam ketagih rasanya, asal ada je perlawanan kat paroi mesti nak pergi, tapi hanya tengok perlawanan yang best jelah, kalau team biasa2 je memang tak adalah pergi...:D


Encik suami beli tiket grand stand masa n.sembilan lawan felda united....dapatlah isterinya ini tengok muka player deka-dekat...puas rasanya...oh hensem sungguh aidil itu ye, kalau mengandung mesti anak kenan muka dia...:P

Game jumaat lepas memang best, meremang bulu roma bila dorang dok bersorakkan...mana taknya, sebab game itu adalah penentukan untuk masuk separuh akhir...


Akhirnya keputusan malam itu berpihak pada n.sembilan, nampaknya lepas ni ada peluang ke stadium lagilah ye untuk tengok n.sembilan lawan t team pulak....


Aku harap n.sembilan & selangor dapat pergi final, nanti bolehlah fight ngan encik suami, kalau team mana yang kalah kena bayar duit percutian kt pullman nanti...:P

No comments: