Wednesday, October 19, 2011

Tutuplah AuratMu Wahai Wanita.........



يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ahzab 33: Ayat 59) 




Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut:-


KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.




Insya Allah, satu hari nanti aku mahu menjadi seperti gambar di atas ini...Amin                  

Sumber dari : iLuvislam 

Tuesday, October 18, 2011

Sedih!!!

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.


Sedih sangat bila baca berita pasai ni, kenapalah sanggup buat macam ni, sanggup bunuh darah daging sendiri.

Monday, October 17, 2011

4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Bersama.

Tadi blogwalking tak blog kawan-kawan, tertarik sangat ngan artikel kat bawah ini, iaitu 4 golongan lelaki yang ditarik bersama-sama ke neraka oleh kaum wanita...


Jadi pada insan bernama LELAKI, didik dan bimbinglah wanita-wanita di dalam hidup kamu dengan sebaik mungkin.


Pertama:- Ayahnya


Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikananak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikansegala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji &sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidakmenutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberikemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik olehanaknya.


Kedua:- Suaminya


Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diribukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yangbukan mahram.. apabila suami mendiam diri...... walaupundia seorang alim etc, solat tidak tangguh, puasa tidaktinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjagamaruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja danadik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAMtunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak..


Keempat:- Anak lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihalkelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuatkemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak ituakan disoal dan dipertangungjawabkan di akhiratkelak........nantikan tarikan ibunya.


* kenkadang tu tak paham kenapa ada kawan-kawan yang masih publish gambar yang tak pakai tudung dalam fb @ blog, sedangkan kamu semua bertudungkan bila keluar....

Kemas-Kemas Hadiah

Masa balik puchong hari tu masuk je bilik aku tengok semua hadiah kawen yang aku letak atas almari baju dah turun ke bawah.

Mak yang turunkan, mak cakap hadiah2 tu terlampau berat sangat sampai atas almari tu jadi mendap, sebelum kopak tu yang mak turunkan. Bila hadiah semua dah turun ke bawah maknanya akulah yang kena kemas.


Kerja aku senang jer, aku susun je kat tepi2 semua hadiah tu, alah lagipun tak lama dah....agaknya tak sampai sebulan lagi untuk angkut semua hadiah-hadiah itu ke rumah baru ku.

Bersykur sangat sebab kebanyakan hadiah yang aku dapat ni memang untuk kegunaan harian, tinggal nak top up sikit-sikit je lagi dan hanya tinggal barang letrik yang besar-besar macam tv, peti ais dan mesin basuh je yang perlu dibeli. Benda lain semua dah ada.

Kat rumah mertuapun ada separuh lagi hadiah-hadiah kawen kami.

Tik tok tik tok....membilang waktu dan hari je lagi untuk kami hidup sendiri, sangat-sangat tidak sabar.

Kisah bola lagi...:P

Akupun tak tahu sudah berapa kali jejakkan kaki kat stadium paroi ni....kali pertama jejak kaki kat sini sebab ikut suami yang memang minat dengan bola, aku pulak sebaliknya memang tak minat langsung.

Tapi bila dah selalu sangat pergi stadium tengok bola, lama2 minat tu datang pulak..macam ketagih rasanya, asal ada je perlawanan kat paroi mesti nak pergi, tapi hanya tengok perlawanan yang best jelah, kalau team biasa2 je memang tak adalah pergi...:D


Encik suami beli tiket grand stand masa n.sembilan lawan felda united....dapatlah isterinya ini tengok muka player deka-dekat...puas rasanya...oh hensem sungguh aidil itu ye, kalau mengandung mesti anak kenan muka dia...:P

Game jumaat lepas memang best, meremang bulu roma bila dorang dok bersorakkan...mana taknya, sebab game itu adalah penentukan untuk masuk separuh akhir...


Akhirnya keputusan malam itu berpihak pada n.sembilan, nampaknya lepas ni ada peluang ke stadium lagilah ye untuk tengok n.sembilan lawan t team pulak....


Aku harap n.sembilan & selangor dapat pergi final, nanti bolehlah fight ngan encik suami, kalau team mana yang kalah kena bayar duit percutian kt pullman nanti...:P

Wednesday, October 12, 2011

Johnny English Reborn



SiNoPsiS FiLeM:

Rowan Atkinson returns to the role of the improbable secret agent who doesn't know fear or danger in the comedy spy-thriller Johnny English Reborn. In his latest adventure, the most unlikely intelligence officer in Her Majesty's Secret Service must stop a group of international assassins before they eliminate a world leader and cause global chaos.

In the years since MI7's top spy vanished off the grid, he has been honing his unique skills in a remote region of Asia. But when his agency superiors learn of an attempt against the Chinese premier's life, they must hunt down the highly unorthodox agent. Now that the world needs him once again, Johnny English is back in action.

With one shot at redemption, he must employ the latest in hi-tech gadgets to unravel a web of conspiracy that runs throughout the KGB, CIA and even MI7. With mere days until a heads of state conference, one man must use every trick in his playbook to protect us all. For Johnny English, disaster may be an option, but failure never is

Serius cakap cerita ni memang best, sangat-sangat kelakar...aku baru je berkesempatan tengok ahad lepas bersama encik suami.

Pada yang belum tengok tu baik gi tengok, korang mesti tak menyesalnya beli tiket wayang untuk tengok cerita ni.



Rasa macam nak tengok lagi je. Takpun cari vcd je....bila bosan-bosan leh layan cite ni.

Wednesday, October 5, 2011

Rabu Tanpa Kata-Kata








* biar gambar cerita segala-galanya...:D

Tuesday, October 4, 2011

Malam di Lumut Waterfront

Gambar-gambar lama masa cuti hari Malaysia bulan lepas....sayang pulak tak update kat blog sebab bukan senang dapat jalan-jalan kat sana.

Nanti kalau adik dah pindah balik kl tak taulah bila lagi dapat g sana.

Malampun happening kat sini, mungkin sebab cuti tu yang penuh je kat lumut waterfront ni. Agaknya dorang ramai bermalam kat sini sebelum ke pangkor esok harinya.


Cantik pulak susunan gambar ini, yang paling kecik itu adalah anak buah aku fahmi. Umur baru 3 tahun kot, kalau tanya je abang g sekolah cikgu ajar apa, mesti dia akan jawab tidooooooo. Best dengar dia cakap loghat peraknya tu.


Aksi gedik kami, idea dari si sikin. Tapi kenapa fahmi tayang perut lak ni...ish2


Wah, kamipun nak bergambar gak...ingat dorang je...hehehehe


Kami bercuti kat perak 3 hari 2 malam, mujur rumah adik dekat Manjung jadi penginapan free jelah, nak pergi pangkor balik haripun boleh.

Monday, October 3, 2011

Kisah Semalam

Semalam kat rumah mak puchong buat makan-makan untuk family terdekat aje...buat simpl2 je sempena besday ayah....

Mak masak nasi tomato, ayam masak merah, kari daging cincang dengan acar timun nenas tu...memang sedap giler...

Aku lak buat makanan sampingan macam apam dot-dot, kek batik dan juga crabstik popia tu...makanan memang ngam2 je, tak adalah membazir namanya..

Dan hari ini harus kembali ke trek sebenar, diettttttttttttttttttttttttt!

Menuju ke angka 50kg...............

Selamat Datang Oktober

Kejap je kan dah masuk Oktober............
pejam celik pejam celik dah 11 bulan aku kawen....
11 bulan jugak aku tinggal bersama mertua...
dan 11 bulan jugaklah aku bekerja di Seremban...
kejapnya masa berlalu..........