Pengalaman pertama pergi mantai, agaknya kalau encik suami bukan orang nogori memang tak adalah melalui pengalaman macam ni.
Mantai ni kami pergi 2 hari sebelum raya, dan tahun ni kami menjadi pembekal daging kerbau ye, maklumlah kawen ngan org nogorikan haruslah ada daging kerbau. Mak, nenek ngan pak itam siap order lagi daging kerbau, nak rasa kelainan katanya. Biasa kat kami ni asal raya je makan rendang daging lembu jelah.
Awal pagi gigih dah bangun nak ke rembau, semata-mata nak mencari daging kerbau. Sebab encik suami kata kalau pergi lambat nanti habis.
Kat sini daging kerbau mahai sikit berbanding dengan lembu.
Bila dah makan daging kerbau barulah tau, rupanya rasa lebih kurang sama je cuma yang membezakannya daging lembu ni lebih lembut berbanding dengan kerbau.
Aku lagi suka daging lembu pasai rasa dia lebih manis, kerbau ni macam tawar je...hehehehe
2 comments:
mantai tu apa?
apa mksd mantai?
along:ntah,ko tanyalah amir...agaknya mantai tu korban sblm raya kot
Post a Comment